July 31, 2011

Badan Berbau ~ Masalah Pergaulan

Sok Sek Sok Sek... ( kedengaran Syelin dan Shani berbisik sambil mata mengarah kepada Alfina)

Alfina pula rasa gelisah semacam.. rasa diperhatikan..

tiba-tiba Syelin dgn Shani gelak besar ( mata masih mengarah kepada Alfina)

Alfina( berbadan besar) rasa terhina lantas berlalu dari situ.

Firna datang ke tempat Syelin dan Shani duduk lalu bertanya,

" Apa yang awak gelakkan?"

" Itu, anak gajah tu."

" Alfinakah?"

Mereka mengangguk lalu ketawa lagi.

" mengapa kamu ketawakan dia?"

" sebab dia duduk sorang2 je at situ. tak de sape nak teman. awak tau kenapa?"

" Kenapa?"

" Sebab badan dia BERBAU !!" mereka gelak lagi kecuali Firna.

" Berbau macam mana pula?"

" Dah sedar dia tu gemok, mmg cepat peluh. pastu busuk la.. Eiii, tak sanggup aku nak dekat ngan dia. tekak aku rasa cm nak Muntah,"

" itulah sebab dia tak de kawan. kawan2 slalu pinggirkan die,"

" Siannye Alfina,"

" Tak payah awak nak kesian kat dia pula..," lantas mereka berdua berlalu pergi.

10 TAHUN KEMUDIAN

" Pemenang ' Miss Universe' pada tahun 2011 telah dimenangi oleh MISS NURUL ALFINA,"

kelihatan Syelin dan Syani ternganga...

MEngimbau kenangan lalu, Alfina gadis yang gemuk dan obesiti. mempunyai rupa paras yang tidak setanding dengan Siti Nurhaliza. kini, badannya kurus langsing mengalahkan Nora Danish. Mukanya putih suci bak rembulan di tengah malam. kini kawannya juga sudah banyak dan dia sendiri sudah terkenal 1 Malaysia..

Syelin dan Syani akhirnya insaf kerana mereka kini bukan seorang gadis yang cantik lagi, lebih2 lagi mereka sedang mengandung anak ke5 berkat khawin awal dan menjadi suri rumah..

notakaki:

Kadang-kadang kita tak tau apa yang terjadi selepas ini.
Kadang-kadang kita terlepas kata
Kadang-kadang kita terhina mereka
Kadang-kadang kita tak sedar kita tidak sempurna
Kadang-kadang kita pun malu nak tunjuk muka
Kadang-kadang kesempurnaan yang kita ada, hilang sekelip mata..

Dan ini bukan KADANG-KADANG

= Allah terima akan doa hamba yang ditindas
= Allah terima doa hamba yang beriman
= Allah terima taubat nasuha mereka

Kerana Allah adalah pencipta segala alam dan isinya..
Jangan memperkecilkan kelemahan orang lain..
sedangkan kita sendiri pun akan sensitif apabila kelemahan kita dihina.,.


( cerita rekaan yang membawa makna ) Nama hanya rekaan


2 comments:

Winter Snowy said...

hmm... let they do want ever they want

Winter Snowy said...

hmm... let they do want ever they want