December 10, 2012

Menangis hanya keranamu .



DEAR VIEW ,
sila jangan baca jikalau anda tidak menyukainya .
=D




Saja nak bercerita kat sini . 
eh , suka hati aku lah nak cerita kan . blog aku -.-
hurm . bermulanya kisah di sebalik kesedihan aku ni . aah . memang aku sedih pun sekarang ni sebab semalam dan sekarang aku rasa perit tu memang tak dapat nak hilang . Disebabkan pasal semalam , aku punya keperitan rasa macam dah meluap luap . ergh !

Kisahnya bermula begini .

Woah , cantik dah pakai baju warna 'purple' dan tudung pun hampir sama . Ah ! So cute and adorable like twin . Tapi bezanya saiz je lah . Aku ni comel dan dia pulak cantik . Semalam hari pendaftaran dia masuk politeknik POLIMAS . Mak aku tolong bawak dia pergi daftar sebab mak ayah dia lambat sikit keluar rumah . Pendaftaran tu dalam pukul 9 lah . Kami sampai dengan selamatnya . Selepas daftar , dia dibenarkan pergi tengok bilik . Memang waktu tu tak bawak barang apa - apa sebab semuanya dalam kereta mak ayah dia . Lepas tu , pergilah semangat mencari bilik dia . Bilik dia kat bawah je . Masa sampai tu roomate dia dah sampai . Untunglah ada roomate dah . Lepak lepak kejap sembang dengan mak kepada roomate tu . Lepas tu mak suruh pergi koperasi pergi ambil barang koperasi yang telah dibayar . Sampai kat koperasi , pekerja tu kata barang barang ambil malam . Lepas tu tiba-tiba dia kata nak pergi balik tempat pendaftaran tu . Aku tanya kenapa ? Dia kata dia tak daftar lagi . Yang tadi tu daftar asrama je . Aku macam marah la kat dia . Uih , jauh kot asrama dengan tempat daftar tu . Tapi disebabkan aku ni sabar , aku pun pergi lah . Lepas tu tiba-tiba dia gatal mulut nak tanya akak senior pulak pasal pendaftaran tu masa pertengahan jalan. Akak tu kata dah selesai lah pendaftaran tu . cuma duduk kat bilik dan kemas sahajalah . Hati aku panas . Penat -penat aku teman dia nak pergi daftar balik , rupanya tak payah . Aku mengamuk jugalah waktu tu . Dia boleh pulak buat muka sengih . Eii geram nya aku . Lepas tu mak aku ajak pergi makan kat kafe . Masa makan tu ayah dia call dah sampai . Dia suruh ayah dia masuk kat kawasan asrama , tapi ayah dia kata tak boleh . nak kena ada sticker bla bla bla . Sticker ape kebendanya ! Budak baru mana ada sticker . Aku cakap lah mungkin kertas PARKING ASRAMA tadi tu , tapi kertas tu kat kereta . Jauh kot mak aku letak kereta . Perghh ! mak aku dengan selamba nya suruh aku pergi kat kereta ambik kertas tu . Aku mengamuk lagi ! Tak kan nak kena patah balik kesana . yang dia tu sengih-sengih lagi . Di pertengahan jalan , dia jumpa pulak ayah dia , waktu tu jugak ayah dia tiba-tiba tanya senior tu kena ada sticker ke kalau nak masuk asrama , senior tu cakap tak payah . Hari ni terbuka. Waktu tu hati aku dah menggelegak . Sakitnya hati bukan kepalang . Ayah dia suruh aku tunggu kat situ . Memang tak la ! Aku blah dari situ patah balik ke kafe asrama . Masa sampai kat kafe asrama , mak aku kata baru nak pergi kereta . Haaa ? Apa ni ? Takkan nak ulang balik ke kereta ! Ni dah melampau . Dibilang bilang dah 4 kali aku ulang alik tempat yang sama . Kau ingat aku patung ke atau robot ke ? Aku dah serik dah waktu tu , aku nak balik , balik dan balik ! . Pertengahan jalan tu tiba-tiba nampak kereta ayah dia menuju ke asrama , ayah dia hon . Aku pandang sekilas dan aku terus blah . Rasa macam nak menangis waktu tu . Kau tau , hati aku sakit masa tu . Kalau tak , aku tolong kau kemas bilik kau . Tapi , hati aku dah sakit , aku fikir nak balik je . Dalam kereta aku tunggu kau mesej aku mintak maaf . Tapi tak de pun . Tiba-tiba kau call aku , kau kata " Weh , kau kat mana ? ," Aku cakap " Aku dah balik ," kau tak dengar kau cakap nanti aku call kau balik , tapi kau tipu . Kau tak call aku dari semalam kau cakap kau nak call aku balik . Aku dah fikir , mungkin kau busy . Tapi tak kan lah nak call kejap pun tak boleh . Kau dah janji nak call aku . Apa ni ? Kau buat apa kat aku ni . Waktu tu aku teringat hari - hari yang berlalu dengan kau .

> Aku datang rumah kau hari jumaat , kau happy dan aku pun sama . Gelak sama - sama . Tapi tu tak lama pun , kau mula pegang HP . Kau mesej dengan kakak angkat , abang angkat , adik angkat kau dan seangkatan dengannya . Aku terasa . Tapi aku tak nak salahkan kau juga . Aku jadi sedih . Tak da siapa nak cakap dengan aku . Kau bila mesej , kau tak ingat apa aku cakap , kau tak fokus apa aku cakap . Kau boleh suruh diam bila aku cakap masa kau tengah mesej . Apa ni ? Aku tak pernah buat kau macam tu . Aku sms pun boleh dengar kau cakap tau . Aku diam . Aku tak ada kawan nak sembang , aku godek godek  HP aku cari kawan yang boleh mesej. Tiba -tiba Alie call , aku happy . Ada jugak kawan nak sembang dengan aku . Aku sembang dengan Alie , lepas tu aku tengok kau membebel bebel sebelah aku cakap kata nak sembang sama sama , aku buat tak tau . Kau buat aku boleh pulak . 30 minit je sembang lepas tu tak dah . Waktu tu kau tengah mesej lagi . Aku malas nak cakap . Aku tido awal , kalau tido lambat tapi takde sapa nak sembang pun tak guna.

> Kawan yang baru kau kenal , call kau . Woah , happy sungguh kau sembang dengan dia . Dah macam aku . Call tiap hari . Kawan baru dia  pun call dia tiap hari . Ini dah melebih , tak pernah orang buat macam tu kat aku . Aku je selalu call orang . Siapa nak sembang dengan aku . Kalau call pun benda penting je , Kalau tak , jangan harap . Kau dah sama macam kawan-kawan aku . Ignore aku semacam . Aku dengar kau cakap kat kawan kau , aku nak kau call aku tiap hari . tanpa miss , kalau tak aku bunuh kau . Aku dengar je . Aku terasa . Aku tengok sejak kau main chat hp tu kau dah mula tak nak sembang dengan aku . Kau dah ada banyak kawan . Hurm . Aku terpaksa cari Alie . Kalau tidak , aku nak rasakan kebahagiaan aku dengan kau macam dulu -dulu , bukan selalu datang rumah kau kan ? Aku cari Alie . Aku call Alie . Waktu tu aku tengah sedih tapi aku pendam . Aku sembang -sembang dengan Alie bagi tutup segala kesedihan itu . Kau tak tau kan ? Memang ! 

> Bila aku nak mintak tolong dia , dia mesti nak mintak upah . Masa dia mintak tolong aku , aku tak mintak apa -apa pun . masa tolong check kan kemasukan poli , masa buat PTPTN . Masa tolong isi borang matriks dulu . Ntah , banyak dah aku tak pernah fikir untuk mintak upah. Bila aku nak mintak tolong kau , kau mintak upah . Dia ingat aku kaya sangat nak bagi macam-macam kat dia . Banyak aku bagi kat dia . Haritu aku bagi keychain nama , IC holder , HP case , Brooch , HP Galaxy Y . Kau tengok ? Betapa sayangnya aku kat kau . Tu aku bagi percuma je kat kau . 

> Kau faham tak ? Aku sure kau tak kan baca pun benda benda ni . Sebab kau tak kan tahu kewujudan benda ni . Biarlah rahsia . biarlah aku menahan rasa perit di dada. Kau mesti tak rasa apa yang aku rasa , kau tak tahu pun aku tengah terasa kan ? Hah ! Memang tak pun . Aku sure sangat lah . Last , aku tulis post ni aku MENANGIS , aku tak da tempat mengadu lagii . aku kehilangannya . Kawan -kawan kalau tengok aku pun macam ignore . Pandang aku macam aku ni makhluk asing . Aku nak tunggu kau MINTAK MAAF kat aku , itupun susah ke ? Kenapa susah sangat . Kenapa setiap kali aku je yang kena minta maaf . Tak adilnya hidup macam tu . 

Last , aku harap kau bahagia lah dengan kawan baru kau tu . Dia kan sekepala dengan kau . Jadilah macam Alie . Yang masih setia dengan rakan-rakannya . 


credit to someone yang buat aku MENANGIS . T.T
kau bukan sesiapa di hatiku . 
kau sepupu yang paling aku sayang ,
jangan tergamak buat aku menangis keranamu .. 



No comments: