February 27, 2014

I'm QUIT


Aku terdiam dengan balasan yang diterima olehnya . Aku cuma bergurau , bukan ingin menimbulkan pergaduhan . Apakah tidak boleh ? Mengapa ini terjadi ? Mesej terakhirnya membuatkan aku terpaku dan sebak. Apa dia ingat dia sahaja yang punya masalah ? Apa dia ingat dia seorang sahaja yang banyak masalah ? Aku tahu kau terlalu hebat di kalangan kelas kita . Aku tahu kau terlalu bangga dengan dirimu kerana semua pensyarah amat menyukai dirimu . Hebatnya dirimu sehingga kau terlalu bongkak dalam hidup. Kau menghina rakan-rakan kau seperti mereka seekor binatang yang tidak punya akal . Kau memaki mereka walaupun kawanmu itu tegur secara baik. Apa yang kau mahukan sebenarnya ? Apa kau tidak suka kehidupan ini ? Aku betul betul kagum dengan kau tatkala mata aku pertama kali memandang kau ketika kita sama-sama belajar di kelas yang sama tika sem 1. Sungguh cepat masa dan sungguh pantas kau berubah ke arah yang lebih teruk .

Kau sentiasa tidak puas hati dengan teguran kawan kawan . Kau masih mencari masalah dengan mereka sehingga mereka akhirnya give up dan nah ! Kau menang dalam kekalahan ! Kau menang kerana tiada siapa mahu mengatakan kepadamu lagi tetapi kau kalah dalam pertempuran syaitan . Ikut nafsu ikut hati . Jika suatu hati nanti kau baca ini pun kau pasti akan menampal artikel ini di facebook kau dan kau sepuas-puasnya menghina aku kann ? 

Aku ? Ya , selama mana aku bersabar akhirnya aku tewas jua . Orang seperti kau memang tidak boleh dikategorikan manusia yang berperikemanusiaan. Mengapa aku menulis di sini ? Kerana aku tak mahu kawan kawan aku tahu bahawa aku kalah dalam perdebatan ini . Ya , aku lemah dalam persaingan ! Aku lemah kerana aku sudah penat untuk menjadi kuat . Benar , aku akhirnya mengalirkan air mata yang sia-sia. Hidup dalam penuh kepuraan . Hati aku semakin sakit melihat rakan rakan ku kau permainkan . 

Ya , ketika aku sedang menaip di sini , tangan aku kerap kali bergetar dan air mata aku tidak henti mengalir. Aku terlampau sakit . Sakit yang amat . Kalau boleh diberi peluang untuk memulangkan kembali HATI ini kepada ALLAH , aku sanggup kerana hati aku sudah penat menerima keperitan . Hati aku sudah lemah . Aku gagal untuk mengubah . I'm QUIT untuk mendekati dirimu yang terlalu ampuh dengan keegoan . 

No comments: