May 20, 2014
Resepi : Sour Cream Chocolate Chips Cookies
Assalamualaikum . Hohoho . cuti sem ni tak de kerja betul kan. Asyik memasak je. Seronok pula rasanya memasak ni. Walaupun tak berapa comel tapi sedap tu yang penting . Betul dok? Lepas tu pergi kelas memasak. Memang best sangat lah. Resepi biskut ni aku ambik masa dalam kelas. Takde lah susah pun . Senang dan mudah untuk orang amatur macam aku ni. Meh meh aku ajaq hampa cara buat.
* bagi memudahkan proses , aku guna sukat CAWAN . Hampa ambil je la mana mana cawan. Janji cawan tu digunakan dari first sampai akhir. Jangan pakai cawan yang jenis lain lain.
> 1 cawan gula kastor
> 1/2 cawan susu masam / sour cream - aku pakai yogurt je. Yogurt pun masam jugak
> 1/4 cawan mentega tanpa garam (unsalted)
> 1/4 cawan shortening - ni bagi rangupkan biskut . Kalau tak pakai pun takpe
> 1 sudu kecil esen vanilla
> 1 biji telur gred A
> DIAYAK
> 2 1/4 cawan tepung gandum
> 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
> 1/4 sudu garam
Dan yang paling penting : Cip Coklat ( 2 cawan )
Cara-cara membuat :
1. Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang ( agak-agak dah nampak macam gula tu dah tercampur dengan mentega)
2. Setelah itu masukkan sour cream / yogurt , shortening , esen vanilla dan telur . Biar sebati okay .
3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak tu ke dalam mixer tu . Biar sampai bagi nampak memang dah tercampur dengan sebati nya . Lepas tu tutup la mixer tu
4. Campurkan cip coklat dan gaul gunakan spatula - jangan guna mixer pula . Habis hancur karang cip coklat tu.
5. Guna 2 sudu . Tangan yang bersih lagi suci pun boleh . Jarakkan antara satu sama lain biskut tu. Jarak jauh jauh sikit sebab biskut ni akan kembang bila dia masak. Sebelum tu jangan lupa letak mentega atas loyang leper ( hahaha , actually aku lupa apa nama nya)
6. Lupa nak cakap , masa dah nak gaul cip coklat tu sempat la panaskan oven dalam 15 minit ke. Panas oven 180 bakar atas bawah
7. Bakar dalam suhu 180 ( 15 minit - 20 minit )
8. Siap dan sedia untuk dikunyah. Yum Yum
May 13, 2014
Cukuplah Kawan
Aku seorang yang jenis sayangkan kawan
Apa apa aku buat aku harap ingin bersama kawan
Aku sanggup buat apa sahaja demi kawan
Bila gaduh pun aku cepat mengalah kerana kawan
Sampaikan aku bodoh bila berkawan
Bila aku mula membuat kawan
Aku mula sayang akan kawan
Namun kebanyakan aku menangis menderita kerana kawan
Tangisan bodoh untuk kawan
Yang tak pernah faham makna kawan
Telefon dan sms penghubung kawan
1 jam di talian berbual dengan kawan
Kredit diisi semata mata untuk kawan
Namun aku sanggup buang duit kerana kawan
Tetapi apa yang kau lakukan kawan
Kau tidak menghargainya kawan
Kau buat aku seperti operator kawan
Kau miscall aku call kawan
Kau mesej suruh pula aku call kawan
Dan aku banyak habis duit kerana kawan
Saban tahun hadiah hari jadi tidak ku lupa beri kawan
Kau terima dengan hati gembira kawan
Aku tersenyum melihat kau bahagia kawan
Bila tiba pula hari jadi aku kawan
Ucapan hari jadi sahaja kau berikan kawan
Aku tersenyum dalam kemuraman kawan
Sememangnya aku tak meminta dibalas kawan
Cuma ingin juga merasai hadiah dari kawan
Ah , aku terlalu naif kawan
Wechat , twitter , facebook semua kau layan kawan
aku juga layan kawan
Bila diajak berjumpa senyuman hingga ke bibir kawan
Bila usai lama berbual , telefon kau cari kawan
Aku duduk termenung melihat mu kawan
Tak pernah kah kau terfikir aku ingin lagi berbual dengan mu kawan
Ketika itu , kau sudah di dalam dunia kau kawan
Dan aku di dalam dunia kesedihan aku kawan
Aku semakin sedih kawan
Aku ingat kita baik betul berkawan
Rupanya bila kau sudah berpunya kawan
Kau mulai berubah kawan
Mesej dan call mula tidak dijawab kawan
Bila ditanya cuma berkata aku busy kawan
Aku semakin terasa asing kawan
Bila kau bosan baru kau cari aku kawan
Bila kau gembira kau lupakan aku kawan
Bodoh betul aku kawan
Sudahlah kawan
Kita sememangnya tiada jodoh berkawan
Menangis meraung pun tak perlu cari aku lagi kawan
Biarkan aku hidup begini kawan
Biarkan aku hidup dalam kesengsaraan kawan
Benarlah kata ibu , kawan
Jangan pernah kamu rapatkan diri dengan seseorang bernama kawan
Kerana gembira cuma seketika dan kau akan menderita kerana kawan
Kau menghabiskan air mata mu kerana kesetiaan kawan
Kau menderita kerana seorang kawan
Ya , aku bodoh bila berkawan
Cuma nak tau satu je kawan
Tolong lah tolong lah jangan kawan dengan aku kawan
Kalau dalam hati kau menginginkan sebuah kesempatan kawan
Cukuplah aku terseksa selama ini kawan
Cukuplah kawan .
P/s : Aku tak rasa ini sajak . tapi lebih kepada luahan hati berbentuk sajak . Apa apapun ini hasil nukilan aku ya.
Hak Milik Terpelihara : Saidatina Aisyah Humaira
May 5, 2014
Sahabat , Kita semakin jauh
Duduk termenung di pinggir pantai
Angin bayu menyapa lembut pipi mulus itu
Berseorangan bertemankan burung burung yang berkicauan
Bermain-main di petang hari
Sungguh mendamaikan
Tiba-tiba tanpa disangka
pasir yang putih suci itu
bertompok kesan air jernih
dan seketika itu kesan itu akan hilang
apabila air mencecah lantai pasir itu
Dia menangis
Menangis dan terus menangis
tanpa menghiraukan sesiapa
kedengaran bukan lah tangisan kematian atau kegembiraan
namun kedengaran tangisan kesakitan
Ya , dia semakin sakit dan tenat
dengan pelbagai kerenah sahabatnya yang pelbagai
sehinggakan dia sudah tidak mampu menanggung lagi kesakitan itu
dia menangis lagi
tanpa menghiraukan suasana yang hening dengan tangisannya
Air matanya belum punya mesin penghenti
dia menangis dan menangis
kerana dia tahu pengubat lukanya
tiada siapa kawan yang berdamping dengannya
walau tika di waktu kesenangan
Sahabat , Kita semakin jauh
Jauh dari ikatan persahabatan kita
bukan mudah untuk menjalinkan persahabatan
dan bukan mudah untuk memutuskan persahabatan
namun kini telah ternyata
susah dan sukarnya memutuskan persahabatan
terasa senang bagi dirimu
yang tidak pernah kenal erti sebuah persahabatan sejati
Maafkan aku jika aku melukakanmu
Maafkan aku jika aku menyakitimu
Maafkan aku jika aku menghinamu
Maafkan aku segalanya
dan ini
Sahabat
Kini Kita Semakin jauh
Hak Milik terpelihara : Saidatina Aisyah Humaira ^^


