Makaroni Sup
Makaroni ikut berapa banyak suka . Rebus dan toskan
5 cawan air
2 biji kentang dipotong dadu/kecil ( potong kecil bagi senang masak )
2 kiub ayam / daging
1 sup bunjut
garam secukup rasa
5 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
5 biji cili padi ( kalau nak pedas )
lada hitam
minyak untuk menumis
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris dan diketuk sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Selepas itu masukkan kentang.
3. Masukkan 5 cawan air, 1 sup bunjut & 1 kiub ayam. Biarkan mendidih dan kentang lembut.
4. Bila kentang dah lembut , masukkan makaroni dan kacau sebati . Perasakan dengan garam dan lada hitam.
5. Dah siap boleh lah makan dengan nasi putih , ikan goreng dan sambal kicap
Sambal Kicap
1. Segenggam cili padi (ditumbuk)
2. 1 ulas bawang putih dikisar / diketuk dan dipotong kecil
3. 1/2 sudu gula
4. 4 sudu besar kicap manis
Cara Menyediakan
Tumbuk cili padi dan bawang putih . Masukkan dalam mangkuk kecil . Masukkan gula dan kicap manis dan seterusnya kacau . Siapp
Ikan goreng kunyit
1. garam
2. kunyit
Salutkan garam dan kunyit dan goreng . Siap xD
* Maafkan beta . Beta sebenarnya tak makan sayur jadi satu sayur pun takde dalam sup tu . Huhu .Tapi kalau nak tambah kobis dan carrot pun okay .