December 28, 2021

REVIEW HOTEL 2021 SELEPAS PKP

 Assalamualaikum , 

Hai kawan-kawan. Amboi kemain ya. Lepas je PKP yang paling panjang tahun ni habis, saya ada lah pergi berjalan-jalan terapi minda gitu. Baru-baru ni saya ada lah buat ala ala backpackers gitu naik train ets dari Ipoh - kl sentral - butterworth - Ipoh. Jadi ada beberapa hotel yang saya nak update perkembangan nya di dalam blog ni supaya menjadi rujukan kat orang yang nak stay kat hotel-hotel ni. 

SYMPHONY SUITES HOTEL , IPOH PERAK



Gambar 1 : Symphony Suites Hotel Ipoh, gambar pada waktu malam. 


Gambar 2 : Katil King Size 

HARGA BILIK : RM 180 (with government servant) termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- Semua bilik ada 2 partition ( satu untuk katil , satu lagi ruang tamu dan pantri. 
- tandas ada dua 
- tv ada dua 
- pantri 
- radio (ada bilik yang takde)
- peti sejuk
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh lipton dan nescafe 3 in 1
- iron dan iron board 
- sofa

Hotel
- Cafe 
- parking di tingkat 2 & 3 dan parking di luar hotel 
- ada lif 
- breakfast makanan buffet

KELEBIHAN 
- Parking sangat banyak. Boleh parking di tingkat 2 dan 3 atau parking di tempat open di depan hotel 
- makanan di cafe sedap-sedap dan saya suka
- harga hotel sudah termasuk sarapan dan sarapan ada banyak juga pilihan makanan 
- air panas ada dan laju 
- aircond sangat sejuk 
- tandas ada paip kalau nak membuang hajat

KELEMAHAN 
- tiada bathtub 
- tiada kolam 
- tandas di bahagian shower perlu disental lagi (semua hotel selepas pkp ni problem nya ) 
- plug tepi katil tak banyak. Plug tu hanya untuk lampu sahaja. Biasa orang nak caj fon sambil tidur kan. 
- tiada kedai makan yang terdekat kalau nak jalan kaki tapi boleh la order foodpanda dan grabfood
- view bilik asyik dapat menghadap klinik kesihatan sahaja. Hahahaha


DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR 


Gambar 3 : Dorsett Hartamas Kuala Lumpur 


Gambar 4 : Kolam di tingkat paling atas iaitu tingkat 27


Gambar 5 : Katil queen size


Gambar 6 : Tandas nya tingkap begitu tetapi tak nampak dalam pun 


Gambar 7 : Bilik ada bathtub

HARGA BILIK : RM 177 (with government servant) tidak termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- peti sejuk
- tv
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh dan nescafe
- meja kerja
- iron dan iron board 

Hotel
- Cafe di tingkat M
- parking ( maaf saya tak naik kereta jadi saya tak tahu bayaran nya berapa) ada parking valet RM20 semalam
- ada lif 
- breakfast makanan ala carte kecuali waktu ramai orang baru buka buffet. Buffet berharga seorang RM40/45
- kolam renang di tingkat 27

KELEBIHAN 
- berdekatan sangat dengan Hartamas Shopping Centre. Hanya seberang jalan dan ada jejantas. 
- ada bathtub 
- ada air panas dan laju 
- ada suis lebih tepi katil untuk caj fon

KELEMAHAN 
makanan ala carte. pilihan makanan ala carte sangat sikit 
- lif sangat lambat. Ada 27 tingkat dan agak lama untuk menunggu. Hanya 2 lif sahaja tersedia 
- Cafe untuk sarapan di tingkat M dibuka sehingga jam 3.00 petang sahaja . Kedai di tingkat 27 ada thai restoran dibuka hingga 12.00 tengah malam tetapi kalau ada event , dia akan ditutup
- di sekitar ada banyak kedai makan tetapi tak bukak sampai tengah malam. Paling tinggi pukul 10.00 malam dah tutup. Ada satu kedai mamak bestari. Tak tahulah harga macam tak masuk akal macam mahal. Ada kedai runcit seperti mynews dan 7 eleven. 
- view bilik tidak menarik langsung
- tempat membuang hajat agak sempit. ada paip 

IXORA HOTEL, PENANG


Gambar 8 : Ixora Hotel Penang


Gambar 9 : Ada katil king size dan sofa bed. (Gambar dari agoda.com)



HARGA BILIK : RM 205 (with government servant) termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- katil king size
- peti sejuk
- tv 
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh dan nescafe
- meja kerja
- iron dan iron board 
- sofa bed
- sinki tandas ada dua 

Hotel
- Cafe 
- parking ( maaf saya tak naik kereta jadi saya tak tahu bayaran nya berapa) 
- ada lif 
- breakfast buffet dan banyak sangat pilihan makanan 
- kolam renang 


KELEBIHAN 
- bersebelahan dengan Pacific Megamall Penang 
- ada air panas dan laju 
- ada suis lebih tepi katil untuk caj fon
- lif ada 4 dan agak laju

KELEMAHAN 
- tempat membuang hajat tiada paip. ada bidet dan bowl nya agak kecil 
- tempat shower tidak disental. agak geli bila nak mandi 
- tiada bathtub 
- lobby sangat tinggi. kereta lowered boleh sangkut kalau naik lobby. 
- view luar tidak menarik langsung


Okay ni je lah 3 hotel yang saya stay selama seminggu. Biasalah setiap hotel mesti ada pro and cons nya tetapi bab tandas paling perlu sangat dibaiki selepas pkp ni. Sila lah sental tandas tu elok-elok. Tak selesa nya bila nak mandi asyik ternampak je kesan-kesan tu. 

November 7, 2021

Jalan - Jalan di Bagan Datuk , Perak

 Assalamualaikum . 

Baru Baru ni saya berjalan jalan di sekitar Bagan Datuk. Disebabkan covid melanda, saya tak dapat bercuti ke luar negara seperti kebiasaannya tetapi dapat melawati tempat-tempat menarik di dalam negeri sendiri. Lebih kecil lagi di dalam daerah sendiri. Saya memang penduduk kawasan Bagan Datuk tapi tidak lah begitu dekat dengan Pekan Bagan Datuk. Dalam 20 minit jugak naik kereta untuk sampai ke pekan Bagan Datuk. Jadi saya nak bercerita nak ajak awak semua jalan-jalan di Bagan Datuk ok?

SUNFLOWER GARDEN BAGAN DATUK (LADANG BUNGA MATAHARI)


Gambar 1 : Tempat wajib bergambar supaya orang tau kita dah sampai sini. Hehe

 Tempat ni wajib la kena ambik gambar kan sebab menunjukkan kita dah sampai di Sunflower Garden. Yeay. Tapi sekarang belum lagi musim bunga nya keluar. Ada la bunga tapi tak mekar sangat. Tengok la gambar tu . Ni waktu saya pegi 2 Oktober 2021. Mereka bukak balik selepas pkp pada 1 Oktober 2021. Tengok tak ramai orang lagi sebab saya pergi waktu pagi. 


Gambar 2 : Masa dibuka dan harga tiket terkini Oktober 2021

Saya datang memang awal sangat . Dalam 9.15 pagi macam tu dah sampai . Tu sebab takde orang pun kat ladang ni. Masa dah nak balik baru nampak orang datang. Bayaran tidak boleh menggunakan kad okay. Kena bayar cash sahaja. Nanti masuk akan dapat gelang untuk dipakai. 


Gambar 3 : Banyak ikan lapar 

Masa pendaftaran jugak akan diberi makanan ikan secara percuma dalam bungkusan kecil. Boleh la diberi pada ikan ikan tu. Jangan la bagi kat depan je tau sebab ladang ni besar jugak. Merata rata ada ikannya. Ingatlah ikan yang duduk jauh dari pintu utama . 



Gambar 4 : Banyak juga bunga lain selain matahari yang tumbuh. 


Gambar 5 : Ada tempat berehat untuk berehat setelah mengambil banyak gambar 


Gambar 6 : Gambar keluasan ladang ini 


Gambar 7 : Banyak tempat boleh ambil gambar 


Gambar 8 : Ini tempat jualan pokok-pokok yang saya tak berapa tau pokok apa. Boleh melawat selepas keluar daripada ladang


Gambar 9 : Ada kedai tudung dan kedai jualan snack serta aiskrim. Aiskrim dia not bad. Saya ingat dia jual aiskrim honey sebab gambar madu rupanya takde. Dia jual mango dan jagung ke tak silap. Hahaha

DATARAN BAGAN DATUK 

Dataran ni sesuailah untuk datang pada waktu petang sebab banyak kedai buka. Walaupun saya duduk di daerah sini tapi saya jarang sangat datang kesini sebab yelah ke sini kalau nak berehat-rehat. Kat sini boleh ambik gambar di Welcome. Masjid terapung tu masih belum siap. Ada kapal yang boleh anak-anak main sepatutnya tetapi masa saya pergi bulan 10 belum dibuka lagi sebab masatu baru habis pkp fasa 2. 


Gambar 10 : Boleh ambil gambar disini. Kalau pergi pagi hingga tengah hari tak ramai orang pun jadi boleh ambil gambar banyak-banyak 



Gambar 11 : Kapal tu sepatutnya kanak-kanak boleh main tapi masa saya pergi bulan 10 belum boleh lagi, Tak sure sekarang dah boleh ke tidak 


Gambar 12 : Masjid Terapung ni masih belum siap ya

KARI KEPALA IKAN MANAF BAGAN DATUK

Kedai makan ni ada di area  dataran bagan datuk jugak. Kedai ni buka awal tapi tu la tak sure buka pukul berapa. Saya order roti cana bersama kari ikan nya. Takdela order kepala ikan sebab tak reti makan. Order bahagian isi sahaja. Puas hati jugak makan. Kalau order dia akan bagi panas panas boleh melecur lidah kalau terus makan (sebab kena. Hahahahaha ). Nanti singgah la juga di sini ya kalau dah sampai Dataran bagan Datuk.


Gambar 13 : Kedai dia tak nampak sangat nama kedai tapi di tepi jalan sahaja ni. 


Gambar 14 : Haa nampak tak nama kedai kecil sangat. Tapi kalau orang sini pasti tau lah kedai ni. 


Gambar 15 : Sedapppp kari ikannya. Ambil dua isi ikan. Tak sure berapa harga sebab orang lain bayarkan. Hehehe


Ok dah habis dah pasal jalan-jalan di Bagan Datuk. Kalau nak datang, boleh pergi sekali di Beting Beras Basah tapi saya tak pergi masa tu sebab ni cuma short vacay separuh hari sahaja. Nanti masa cuti sekolah jemput jemput lah datang ke Bagan Datuk. Kalau nak sarapan pagi yang sedap di Hutan Melintang sebelum ke Bagan Datuk, boleh datang ke Kedai Din Canai. Nasi lemaknya sangat sangat sedap. Selalu ramai orang kedai ni.