Siapa Ainul Mardhiah ?
Putera Mirwan Mizan memasamkan
muka di kamarnya. Malas melayan kerenah ayahanda dan bondanya yang memaksa
mengadakan majlis makan malam di istana atas sebab perkhawinan dia dan Dayang
Dang Wangi. Dia tidak suka membesarkan perkhawinannya dengan semua orang namun
sudah menjadi adat istiadat diraja ,dia terpaksa akur dengan adat tersebut.
Ketika itu, Putera Mirwan Mizan
terkenang akan janjinya dahulu kepada Puteri Aisyah. Katanya mahu membawa
Puteri Aisyah berjumpa dengan Dayang Dang Wangi namun tak kesampaian. Dia telah
hilang pada hari yang sama dia memutuskan ikatan cintanya dengan Puteri Aisyah.
Namun peribahasa ada mengatakan,
terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa. Dia sebenarnya rasa
sungguh bersalah dengan Puteri Aisyah. Berkali-kali difikirkan mengapa Puteri
Aisyah hilang begitu saja. Entahkan hidup entahkan mati kerana berita itu sudah
tersebar luas dengan mengatakan Puteri Aisyah terjun ke dalam sungai dan
tubuhnya tidak ditemui hingga sekarang.
Kata ayahandanya, yang berlalu biarkan
ia berlalu. Mungkin itu ada hikmahnya. Malam itu, ayahandanya juga menjemput Sultan
Ahmad Nizauriwan serta Permaisuri Dyana Seri Lyia, ayahanda dan bonda Puteri
Aisyah. Sudah berkali-kali dia meminta maaf kepada mereka. Walaupun mereka
sudah memaafkannya, dia masih lagi teringat akan Puteri Aisyah.
Puteri Aisyah terlampau baik.
Dialah puteri idaman lelaki sepatutnya. Pertama kali melihat Puteri Aisyah,
sememangnya dia jatuh cinta dengan sopan santun dan pandai mengambil hati orang
lain, namun apabila khabar angin menceritakan keburukan Puteri Aisyah,
membuatkan dia berusaha mencari alasan untuk memutuskan percintaannya dengan
Puteri Aisyah,
Segala – galanya terbongkar jua
dikemuncaknya. Rupa-rupanya, penyebar khabar palsu itu datangnya dari Putera Ilyasa
sendiri. Putera Ilyasa dengki akan perhatian kedua-dua orang tuanya terhadap
Puteri Aisyah membuatkan dia menabur fitnah dan akhirnya dia tertangkap. Sultan
terpaksa memenjarakan Putera Ilyasa kerana malu akan perbuatan anakandanya
sendiri.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Persembahan syair daripada Ainul
Mardhiah bakal bermula. Ainul Mardhiah pelik melihat Putera Mirwan Mizan hanya
menundukkan wajahnya di hadapan makanan. Dayang Dang Wangi disebelahnya
berkali-kali dilihat memujuk Putera Mirwan Mizan.
“ Dijemput Ainul Mardhiah dari
Kampung Sungai Permata untuk mempersembahkan syair cintanya. Dipersilakan,”
Ainul Mardhiah mengambil
tempatnya di atas pentas lantas bemulalah iringan lagu dan syairnya…
Kelihatan Putera Mirwan Mizan
tersentak.
Sultan Ahmad Nizauriwan
tergamam…
Permaisuri Dyana Seri Lyia
terpana…
“ I..itu.. Puteri Aisyahkah?,”
bisik Sultan Ahmad Nizauriwan.
“ Anakanda Puteri Aisyah,”
Permaisuri Dyana Seri Lyia menangis.
Ibu siapa yang tidak mengenal
anaknya. Setahun berlalu, pemergian Puteri Aisyah membuatkan jiwanya tertekan.
Anakanda kesayangannya itulah penyeri hidupnya selama ini. Bila bersamanya,
Puteri Aisyah sentiasa menceriakan suasana.
“ Sekian, terima kasih,”
akhirnya Ainul Mardhiah mengakhiri syairnya.
Ainul Mardhiah berjalan perlahan
menuju ke tempat duduknya namun tiba-tiba..
“ Anakanda Puteri Aisyah,” kata
Permaisuri Dyana Seri Lyia sambil memeluknya erat.
Ainul Mardhiah kelihatan
terkejut.
“ Ma..ma..af Permaisuri. Saya
bukan Puteri Aisyah. Saya Ainul Mardhiah,” kata Ainul Mardhiah perlahan –
lahan.
“ Kamu memang anakanda kami,”
“ Mana mungkin. Apa bukti saya
ni anak tuanku. Tuanku salah orang ni, Maafkan saya,”
“ Kamu mempunyai anak mata
berwarna merah jambu dan rambut berwarna kuning keemasan bukan? Dalam keturunan
Permaisuri Dyana Seri Lyia sahaja yang mempunyai keistimewaan ini,” jelas
Sultan.
“ Benar kata kedua – dua ibu
bapa kamu,” tiba-tiba ada seseorang pula mencelah.
“ Ka..kamu Qairen?,”
Pemuda itu menganggukkan kepala.
Dia menepuk tangan lantas kucing yang bernama Qairen yang berada di dalam
pangkuan Ainul Mardhiah terus melompat meninggalkannya dan pergi kearah Qairen.
“ Maafkan saya kerana tidak
memberitahu kamu juga. Ini adalah kucing milik saya dan sayalah yang menyuruh
kucing saya ini sentiasa menjaga awak,”
“ Dan maafkan patik tuanku dan
permaisuri kerana tidak memberitahu akan perkara ini. Saya mahu melihat dia
hidup berdikari,”
“ Maaf kamu diterima,” jawab
Sultan sambil tersenyum.
Para hadirin yang melihat
kesemua kejadian itu bersorak gembira. Mereka gembira melihat Ainul Mardhiah
a.k.a Puteri Aisyah gembira di pangkuan ibubapanya.
“ Dinda Aisyah,” Puteri Aisyah
tersentak mendengar panggilan tersebut lalu menoleh.
“ Kanda Mizan ?,” Putera Mirwan
Mizan mengangguk.
Pada waktu itu peristiwa silam
diulang tayang di kotak fikirannya. Puteri Aisyah berlalu keluar tanpa
mempedulikan orang di sekelilingnya. Putera Mirwan Mizan tergamam melihat
langkah kaki menyusun laju meninggalkan istana lantas dia mengejarnya.