July 22, 2015

Resepi : Daging Cili Padi Berkuah Mudah dan Senang


Alkisah . Ini punya resepi main hentam je . Masa tu bahan takde banyak jadi buat jelah dengan bahan -bahan yang ada . Lepas tu makan . Masa makan baru terasa sedapnya . Tapi makan punya makan sampai tinggal ni . Sedap sangat tak sempat ambik gambar . Letak sini pun sebab takut lupa macam mana nak buat . Ini betul memang resepi orang bujang . 

Resepi : 

1. Daging ( direbus sampai empuk ) 
jangan tinggalkan dia dalam periuk je . kena check selalu , takut airnya melimpah . 
2. Bawang merah kecil / besar . *
( Kalau kecil ambil 4 biji kalau besar 1 biji pun cukup )
3. Bawang putih ( 5 ulas ) *
4. Cili Padi ( 15 biji ) *
kalau nak pedas tambah banyak banyak lagi 
5. Sos Tiram ( 2 sudu ) 
6. Kicap manis ( 2 sudu ) 
7. Gula dan Garam ( Secukup rasa )
8. Minyak 
9. Air rebusan daging ( setengah cawan ) 

1. Bahan bertanda * sila blender siap siap . Masukkan sedikit air 
2. Panaskan minyak dalam 3 sudu dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau
3. Masukkan daging yang telah direbus serta setengah cawan air rebusan daging dan kacau 
4. Masukkan kicap manis dan sos tiram . Kacau rata 
5 . Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa .
6 . Taraaa ~ siap . boleh dimakan dengan nasi yang masih panas . Perghhhh