December 1, 2013

Sajak : Sahabat , Awak kena tahu



Sahabat ,
Awak kena tahu ,
Saya sayang akan sahabat saya
Kerana apa?
Kerana sahabat juga adalah anugerah Allah untuk kita

Sahabat ,
Awak kena tahu ,
Bila kita bergaduh
Bukan bermakna kita sudahpun memutuskan tali silaturrahim kita
Hal ini kerana ,
Saya ingin mengujimu tahap kesabaran awak
Kerana , bila bersahabat sudah tentu kita perlu memahami antara satu sama lain

Sahabat,
Awak kena tahu,
Bila awak sudah berpunya
Jangan tinggalkan saya berseorangan
Jangan biarkan saya kesunyian tanpa awak di sisi
Kerana seorang sahabat tidak pernah meninggalkan sahabatnya walau apa pun yang berlaku
Walau badai menimpa diri

Sahabat ,
Awak kena tahu
Jika saya menegur
Jangan mudah terasa hati
Ini kerana saya ingin awak tahu
Betapa saya mengambil berat tentang awak
Kerana itulah tugas seorang sahabat

Sahabat
Awak kena tahu
Andaikata saya tiada lagi di sisi awak
Tolong jangan menangis demi saya
Kerana saya tak suka tengok sahabat saya berendam air mata
Tapi awak kena tahu
Walau jauh pun kita berada
Saya tetap sahabat awak sampai bila-bila

Sahabat
Andai awak memahami diri saya ini
Jangan biarkan saya pergi lagi
Pergi meninggalkan kenangan manis dan membawa segala kenangan pahit
Saya Cuma nak awak tahu

Saya sayang sahabat saya selama-lamanya