July 16, 2019

Resepi Asam Pedas Ayam Pekat versi bujang

Assalamualaikum. Resepi ini hanyalah untuk simpanan sis di sini tetapi kalau korang nak try jugak apa salahnya. Aku suka pakai resepi ini sebab kena dengan tekak aku yang suka kuah pekat. Boleh makan dengan nasi panas atau pun roti. Fuh mengancam. Ni aku masak versi orang bujang tak pakai seekor ayam pun sebab untuk diri sendiri makan.

Resepi asal : Azie Kitchen



Masya Allah sis suka lah ini resepi sangat sedap. 


Bahan-bahan yang perlu ada di dalam asam pedas ni. Aku ikut resepi dari azie kitchen then olah beberapa. Kalau nak confident, boleh tengok resepi Azie Kitchen tu lah ye . 

BAHAN-BAHAN

Bahan kisar 

Belacan seinci
Kunyit hidup seinci (takde pakai jela serbuk kunyit)
Bawang merah 3 atau 4 biji tengok besar saiz bawang
Bawang putih 3 ulas
Cili kisar - ikut kepedasan korang nak letak berapa sudu (aku beli je cili kisar ni malas buat sendiri tapi brand aku pakai ni serious sedap dan pedas mengancam)

Bahan wajib lain 

Ayam (aku beli bahagian peha suruh pakcik tu potong 4)
Bunga kantan sebatang ( potong dua )
Serai sebatang (ketuk )
Daun kesum segenggam (dalam gambar saja letak 4 helai je padahal letak banyak )
Gula
Garam
Maggi secukup rasa
Air Asam jawa - dalam gambar lupa letak (asam jawa + air masak 2 cawan if nak pekat. Tak nak pekat tambah la lagi air)
Tomato (optional)

1. Tumis bahan kisar + serai hingga naik bau
2. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Pastu gaul dulu dan biar dalam 3 4 minit gitu
3. Masukkan air asam jawa + tomato dan tunggu ayam tu masak
4.  Perasakan gula + garam + maggi secukup rasa
5. Asam pedas ayam is DONE

July 9, 2019

Question & Answer Unikl Business School (UBIS)

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian. Memang lah blog ni tahun ni tak update langsung. Walaupun tak update, ada orang still mencuba nasib bertanya tentang unikl di facebook dan email. Sis jawab semua soalan awak semua dengan gembira. Seronok sangat boleh bantu adik adik yang bakal masuk unikl ni. Tapi kalau kos Accounting In sha Allah boleh tanya banyak sikit daripada kos lain sebab yela sis mana tau kos lain punya subjek macam mana. Sebab surrounding sis semua budak accounting je dan accounting campus kat keramat dan kos lain punya campus dekat kampung baru.  So, untuk post kali ni nak buat question and answer yang orang selalu bertanya benda yang sama berulang kali. Even korang tanya soalan berulang kali pun sis tetap jawab panjang panjang.

1. UBIS ada hostel tak? Dekat mana? Ada transportation tak?

UBIS tak lah macam uni lain yang sebelah dia ada hostel or hostel di dalam kawasan uni. UBIS ada beberapa buah condominium yang menempatkan pelajar pelajar ubis. Setahu saya ada tiga buah condo :

1. PV 20 (Setapak) - Kebiasaan pelajar kos selain accounting
2. Zetapark (Setapak) - Kebiasaan pelajar kos selain accounting
3. Maxim Citylight (Sentul) - Ada kos accounting & ada kos lain

Bas ada disediakan untuk ke kolej. Ada dalam 3 waktu (pergi dan balik kelas) bas ada tetapi hanya untuk pelajar sem 1 sahaja. Disebabkan saya tak pernah duduk di salah satu condominium di atas, saya tak dapat bagi jawapan untuk cara-cara menaiki bas/lrt untuk ke kolej. Tetapi jangan risau masa orientasi akan diajar.

** Before ni entry saya ada letak hostel di Bangsar kan? Itu sekarang hanya untuk pelajar Unikl MIIT sahaja sekarang ni. Kalau hostel di bangsar ada lrt terdekat so senang je masa dulu.

2. Lifestyle di UBIS

Bagi yang pernah belajar di IPTA before masuk sini mesti rasa IPTA lifestyle dia kena pakaian kemas, kasut bertutup, tak boleh pakai seluar tracksuit atau tshirt tanpa kolar. Di sini agak bebas juga pakaian tapi seeloknya jangan la datang pakai SELIPAR. At least sandal ke and yang elok la. Time presentation kebanyakan lect suruh la pakai smart attire so please ikut sebab tu pun markah. Kelas start pukul 9 pagi dan berakhir pukul 6 petang (secara general). Kemungkinan ada lect akan ganti kelas di waktu malam atau waktu hujung minggu.

3. Lepasan diploma terus masuk sem 3? - jawapan untuk kos accounting

Kalau before ni diploma kita ambik kos accounting jugak, masa degree ada banyak exemption yang akan dapat tapi kalau kos lain atau pun result subjek diploma dapat C-, banyak exemption tak dapat dan perlu ambik balik. Tetapi memang lepasan diploma akan masuk sem 3 jugak (dari 4 tahun jimat jadi 3 tahun sahaja). Kalau banyak subjek tak boleh exemption, mungkin kena tambah lagi 1 sem sahaja.

Boleh KLIK SINI untuk tengok subjek accounting yang boleh exemption.

4. Confirm dapat pinjaman MARA? 

Confitm 100% tu tidaklah tetapi 90% pasti akan dapat. Mungkin 20-30% takkan dapat elaun dan selebihnya dapat elaun. Tapi pinjaman mara ni lambat sikit dapat around sem 2 baru dapat. Sem 1 dah get ready sedia dokumen and sentiasa tengok update bila permohonan pinjaman dibuka. Nanti bila dapat elaun, dia akan bagi elaun sem 1 yang lambat dapat tu jugak so awal awal rasa la kaya sikit.

5. Berapa yuran pengajian di UBIS? - jawapan untuk kos accounting 

4 tahun (8 sem) - RM5,600 (per sem)

6. Rumah sewa yang berdekatan. - jawapan untuk campus gurney sahaja

1. Gurney Height Condominium Block A&B dan Block C&D - agak jauh sedikit tetapi boleh naik bas percuma berwarna pink. Cuma balik je kena jalan kaki / naik grab sebab bas pink tu cuma sehala
2. Pangsamurni Keramat - Boleh jalan kaki sahaja atau naik bas pink tapi dia separuh perjalanan dah ke Gurney Height condo
3. Paladdium Condominium - Jalan kaki sahaja sebab sangat dekat

7. Transportation yang berdekatan

1. Untuk Campus Gurney

- Bas berwarna pink (free) - boleh juga untuk ke Bangunan Yayasan Selangor  sebab satu laluan
- LRT Kelana Jaya (Damai station) - kena jalan around 10/15 minit jugak
- Grab / Mycar / Teksi

2. Untuk Campus di Bangunan Yayasan Selangor 

- ada bas yang lalu adalah 302 dan 220 - boleh cek di google arah laluan bas
- Grab / Mycar / Teksi (agak susah dapat bila dah orang balik kerja)

*** AKAN DIUPDATE DARI SEMASA KE SEMASA. MASIH BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI EMAIL : feira.flora@yahoo.com (saya kerap membuka email) - jika nak mintak nombor or apa apa hanya berhubung dahulu melalui email.