December 27, 2014

MY LITTLE GIRL - MAHER ZAIN LYRICS



You are a miracle
You are a blessing from above
You brought joy to my soul
And pleasure to my eyes
In my heart I can feel it
An unexplainable feeling
Being a father
The best thing that I could ever ask for

Pre-chorus:
Just thinking of you makes me smile
Holding you, looking in your eyes
I’m so grateful for having you
And everyday I pray
I pray that you’ll find your way

Chorus:
You know I love you, I love you
My little girl, my little girl
I ask God to bless you, and protect you always
My little girl, my little girl

You’re like a shining star
So beautiful you are
My baby girl
You light up my world
I pray that I’ll get the chance
To be around and watch you grow
And witness your first steps
And the first time when you will call me “dad”

PRE-CHORUS
CHORUS
I could spend hours watching you
You’re so innocent, so wonderful and pure
O God I can not express my gratitude!
But I’ll raise her good, ‘cause all I want is to please You
And now I pray You’ll guide her steps forever

CHORUS
** suka sangat dengan lagu ni . Dah la senang sangat lagu dia . Lagu paling teman minat setelah Open your eyes dan one big Family :D

December 16, 2014

Holiday Destination : Melbourne , Australia

Assalamualaikum ,
Aku sebenarnya dah lama menulis diari masa ke Melbourne hari tu. Tapi tak siap siap sebab busy sangat dengan kerja. Last-last aku malas buat diari. Aku cuma nak kongsi tempat tempat yang aku pergi masa dekat Melbourne. Janji aku tak kedekut untuk berkongsi okay . Hohoho

1. MOSLEM MOSQUE



Ehehe . Tempat menarik lah ni kan ? Well , aku jalan jalan kat sini pun , masih lagi mencari tempat yang terbaik seperti ini. Memang kita tak akan dapat lihat masjid besar-besar macam kat negara sendiri  tapi memadai kita dapat melihat Islam tersebar sampai ke sini kan ? 

2. GOULBURN VALLEY HEALTH HOSPITAL



Okay ni memang lawak. Aku pergi jalan-jalan melawat hospital. Huahuahua . Korang apa tau ? Jalan-jalan tempat tempat yang best je. Hospital ni pun best jugak lah. Actually , hospital ini adalah tempat kerja bekas pelajar ummi. Dia kerja doktor dah sekarang. Alhamdulillah . Dia lah yang bawak kami jalan jalan kat Bumi Melbourne ni. 


Inilah orangnya . Sebelah kiri . Nama beliau Dr Fitri 

3. MONASH UNIVERSITY 


Ummi aku adalah seorang guru. Kami dah berjalan hampir 7 buah negara dan semua tempat pasti tak ketinggalan tengok universiti di sana . Memang tak sama pun universiti kat sini dengan kat sana. Dekat Malaysia , diorang selalu tak boleh masuk sebab ada pak guard yang jaga tapi kat sini kebanyakan universiti boleh masuk sesuka hati sahaja. Universiti ini adalah tempat belajar Dr Fitri tu. Sekarang dah kerja dah. Dulu beliau ambik medic kat sini. 


Sempat makan kebab kambing dekat kantin universiti ni. Omak aii , besarnya tapi sedap sangat-sangat daging kambing nya. Marvelous ! Comel je Air Lipton Tea tu. Dapat percuma kalau beli kebab sederhana besar tu. 

4. PAPPA RICH 




Lapar perut pergi lah cari kedai yang halal. Pernah dengar kan pappa rich kat Malaysia ? Kat sini pun ada. Memang hidangan orang Malaysia banyaknya. Ada roti canai , satay, nasi lemak dan seangkatan dengannya. Sangat sedap dan lazat. Memang ramai juga orang datang kat sini . 


5. SHOPPING CORELLE DI CORNINGWARE




Haha. Ini sahaja je nak tunjuk. Bekas pelajar ummi kata , orang Malaysia selalu datang sini sebab semata mata hanya nak beli pinggan corelle. Memang pinggan ni cantik dan boleh dikatakan mahal . Tapi kalau beli kat Malaysia, mahu dibagi dua kali ganda nya. Kalau dekat sini nampak la murah sikit. 

6. THE CHADSTONE MOTOR INN : MOTEL ( BUDGET HOTEL )





Kami tidur kat sini satu hari. Memang berpuas hatilah dengan hotel ini. Macam tipu je kan ni motel. Kalau kat Malaysia, motel memang nampak motel. Yang ini Hotel 3 bintang je macamnya. Kalau nak breakfast, dia boleh hantarkan ke bilik. Kalau nak la . Kalau tak nak, its okay je lah. Mana tau berminat ke, itu aku dah bagi nombor hotel tu sekali . 

7. NIGHT VIEW BEHIND RIVER 




Lepas makan malam kami pergi jalan jalan dulu ambil angin. Haha. Angin la sangat. Sejuk sangat-sangat tahu ? 12 darjah celcius. 

8. THE NOBBIES 





Wah wah wah . Cantik betul pemandangan kat sini tahu ! Tengok langitnya yang biru. Ni tak main la edit edit . Cuma ambil gambar pakai iphone je tau . Kalau kita bernasib baik, dapat jumpa penguin balik rumah . Tapi teman tak dapat nak tengok sebab terlambat sikit je. Huh ! Angin kat sini sangat lah kuat. Tapi takdelah sampai boleh angkat kereta ke hape. Cuma kalau macam teman pakai tudung ni , memang terbang aje la. Nasib baik je tak terbuka. Huuuu 





Dekat The Nobbies ni juga ada tempat makan dan tempat permainan kanak-kanak. Kami makan fish & chips . Bekas pelajar ummi tersilap beli . Kami dapat 8 hidangan. Masha Allah. Kenyang sangat sampai minta bungkus. Dahla banyak sangat dalam satu pinggan. Ughhh !


9. THE WILDLIFE PARK




Hewhewhew. Korang jangan jelous tahu ! Teman dapat bagi kangaroo makan. Comel betul mereka makan . geram tau. Yang besar ni takut sikit la nak bagi makan sebab tangan dia nanti mesti nak pegang tangan kita. Sakit woo sampai merah sebab tangan dia kuku nya tajam. Tapi kalau bagi makan kat anak kangaroo tu boleh sebab kuku mereka masih lembut dan tak tajam. Lebih baik datang awal-awal tau kalau tak nanti kangaroo tu kenyang sebab orang lain dah bagi makan. Bukanya pukul 10.00 pagi
10. ORCHARD CHERRY HILL 

Okay yang ini memang best ! Kami dapat petik buah ceri dan terus ngap . Sedap betul ! . Buahnya merah merah. Kita boleh kutip bawak balik. Nanti dia timbang kilogram yang kita ambil. Tapi teman tak kutip sebab masa tu dah nak balik pun. Memandangkan dah tak boleh bawak balik buah dari negara lain, tak dapat nak bawak balik. Kalau tak, dah boleh buat jus ceri tahu !.
ADULTS : 10 AUD
CHILDREN ( 3-13 YEARS OLD ) : 5 AUD
INFANTS : FREE
FAMILY ( 2 ADULTS AND 3 CHILDREN ) : 30 AUD




11. THE UNIVERSITY OF MELBOURNE




Lawatan sebentar di universiti ini. Mana la tau suatu hari nanti teman pula yang belajar kat sini kan ambil master pulak tu. Perghhh ! Dalam universiti ni ada kantin yang menyediakan makanan Malaysia . Masa kami pergi dah nak maghrib dah. Tak sempat lama lama sangat sebab flight malam ni pukul 12.00 pagi . 

12. LITTLE IPOH RESTAURANT 




Haaa , ini adalah destinasi terakhir kami kat Melbourne ni. Ni restoran yang diusahakan oleh orang Ipoh. sebab tu nama restoran ni Little Ipoh Restaurant. Makanan jangan cakaplah, memang makanan Malaysia lah. Kesian bekas pelajar ummi tu sebab dia dah lama nak balik Malaysia. Kasihan. By the way, terima kasih banyak banyak sebab bawak kami jalan-jalan dan belanja macam macam. Jasamu dihargai . :D


notakaki : Fuh , penat nak menaip panjang pasal melancong yang baru baru ni . Harap anda suka lah dengan karangan SPM saya ni. Huehuehue . Ok ;3