March 20, 2013

UNIC - Aisya Humaira





Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira 
Namun bukan ingin ku bicarakan 
Hingga dirimu jadi sanjungan 
Tetapi merahnya darah perjuangan 
Peniup semangat suami 

Khabar al-ifqi satu titik permula 
Telah mencalar kebahagiaan 
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa 
Insan yang mulia atau sahaya 
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-mukatsirin

Usah ditanyakan mengapa 
Lewatnya turunnya wahyu itu 
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Tapi lihatlah hikmatnya 
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah 
Mempersia-sia ketabahan seorang insan 
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehna ujian

Takkan terhidu harum mewangi 
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora 

Kau isteri sejati yang memangku nabi 
Saat hujung nyawa kan pergi 
Sungguh beruntungnya dikau 
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya 
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu....


# Sempena dengan nama saya :'D

March 11, 2013

Erti Pelukan Seorang Ibu



Ibu
saat aku dilahirkan
aku mendapat pelukan pertamamu
pelukan yang penuh kasih sayang dah pengharapan
agar aku hidup dengan menjadi insan yang solehah
engkau katakan
" nak , ibu harap kamu menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah"
aku merengek dalam dakapan
aku masih tidak mengerti


Ibu
saat aku mula bertateh ke sekolah
kau memelukku dengan penuh erat
kau menasihatiku
" nak , belajar rajin -rajin , kelak nanti menjadi orang yang berjaya "
namun ,
aku masih tidak mengerti


Ibu
saat aku memenangi sesuatu pertandingan
engkau memelukku lantas menciumku dengan penuh kasih sayang
katanya ,
" nak , ibu bangga akan kamu "
aku tersenyum mendengarnya
tetapi ,
aku masih tidak mengerti

Ibu
saat aku berjaya dalam peperiksaan
kau memelukku dengan linangan air mata membasahi pipi
engkau berkata
" nak , kau berjaya nak ! kau berjaya !"
aku tersengih megah
masih ,
aku masih tidak mengerti

Ibu
saat aku berjaya ke puncak kecemerlangan
sekali lagi kau memelukku
engkau katakan
" nak , belajar lah lagi sehingga hujung nyawa . ilmu tak kan habis di sini ,"
aku terdiam
aku aku ,
masih tidak lagi mengerti

Ibu
saat aku dinikahi seorang lelaki
kau datang lalu memelukku erat
dengan air mata yang berlinangan
tersedu sedan kau berkata
" nak , kamu sudah menjadi milik orang. Ibu tiada hak lagi untuk kamu ,"
aku masih lagi tidak mengerti

Suatu hari ,
aku melihat ibu diluar rumah
memerhatikan sawah padi yang terbentang luas
tersenyum sambil menatap sebuah gambar
aku datang kepadanya lalu bertanya ,
" ibu , kenapa ibu bersedih ?"
ibu katakan yang dia rindu ayah
" ibu , kenapa setiap kali saya membuat ibu bangga , tiap kali itu ibu memeluk saya?"
ibu memandang aku lama - lama
lantas memelukku lagi
kata ibu ,
" ayah pernah berpesan kepada ibu . Jadilah ibu yang solehah dan menyayangi anaknya. Ibu tak mampu untuk menyenangkan kehidupan kita setelah ayah tiada  . Ibu hanya mampu memeluk , mencium , dan menangis kegembiraan di hadapan kamu supaya kamu rasa galau di hati tidak terasa"
kata ibu lagi
" pelukan seorang ibu adalah pelukan seorang bapa dan tangisan seorang ibu,"

Aku masih di situ ,
aku terpana
akhirnya aku mengerti
ibu bersusah payah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang
biarpun tidak cukup wang sekalipun
dia masih ada aku .
anugerah Allah yang terlalu besar nilainya

Ibu
akhirnya aku mengerti
maksud pelukan seorang ibu


:')







March 6, 2013

Sahabat , Inikah balasanmu ?




Sahabat ,
tidakkah kau mengerti perasaan sebenar hatiku ini
tidakkah kau memhami isi hatiku ini
tidakkah kau merasai betapa peritnya aku disini
menanggung penderitaan yang tiada penghujungnya

Sahabat ,
mengapa semua ini terjadi pada diriku
adakah aku yang bersalah
atau dirimu sendiri
mengapa ? mengapa ? mengapa ?

Sahabat ,
Inikah balasanmu terhadapku ?
Inikan balasanmu terhadap apa yang aku korbankan untuk dirimu ?
Inikah ?

Sahabat ,
sampai hati dirimu buat aku begini
terkapai kapai mencari arus kehidupan
mengharungi cabaran yang tiada henti

Sahabat ,
Sudahlah , Lupakan sahaja kisah kita bersama
Andai ini yang engkau inginkan
maka , lepaskanlah aku
dan lupakanlah aku dari mimpimu

Sahabat ,
andai dirimu perlukan aku lagi
In Sha Allah
temulah aku disyurga
 :')

p/s : buat sahabatku yang memutuskan tali persahabatan kita ._.