February 25, 2018

Trip to Singapore ( 3 hari 2 malam )

Assalamualaikum...
Dah lama tak update blog ni. rasa macam dah nak setahun jugak la rasanya. Hari ni sebab free cadangnya nak cerita la pasal trip pergi singapore masa tahun baru cina haritu. Tak pernah plan pun nak ke singapore tapi disebabkan Enrich point (pengguna tegar kapal terbang MAS) nak expired 5,000 points (banyak tu) terus cari jugak tempat nak pergi tapi yang dekat. So, plan nye ke Singapore la jawabnya.

FRAGRANCE HOTEL - RIVERSIDE


Hari tu stay dekat hotel ni. Ambik family room (muat 3 orang). Nama kawasan ni Clarke Quay. Sebab apa ambik hotel ni, sebab dia murah sikit dari yang lain (sebab nak family room) dan dekat dengan MRT station, makanan halal, sebelah je ada convenient store (7 eleven) dan bus station. Better tak payah la ambik hotel dengan set breakfast sebab dia bukan macam kat Malaysia ada buffet, dia just dah bungkuskan untuk kita.

BOAT QUAY - ESPLANADE PARK - RIVER CRUISE


Nak sampai ke sini jalan kaki je dah sampai. Dalam 10 minit je. Sini ada banyak kedai makan. Masa datang hari tu memang ramai orang jugak makan beramai-ramai kat sini dengan kawan sekerja.


Nampak bawah tu? Tu la cruise. Boleh naik kat sini. Nanti dia bawak pusing kat beberapa tempat dalam 40 minit macam tu lah. Kiteorang tak naik sebab rasa mahal pulak. Huhu.



Sini pemandangan dekat Esplanade Park. Ada orang jogging, sightseeing. Dekat kawasan ni jugak ada singa tu tapi kiteorang tak pergi la sebab malas. Hahaha. Memang dekat sini jugak dekat dengan Museum. 


SINGAPORE ZAM ZAM RESTAURANT


Hari pertama kat singapore makan dinner kat restoran ni. Pergi jalan kaki balik naik bas sebab tak larat nak jalan. Jauh sangat dalam 2 km jugak la dari Boat Quay. Nak naik grab/uber mahal sangat. dalam SGD20. Lebih rela la jalan kaki tapi penat. Balik naik bas. bayar dalam SGD1.40 je. 


Kat restoran tu kiteorang makan ni je la. Sini special nya martabak la. Ambik martabak kambing. Sedap dan harga pun of course la sedap jugak. Restoran ni betul betul depan masjid. Waze je Singapore Zam Zam. Confirm jumpa punya.

TEH TARIK TIME RESTAURANT (24 HOURS)


Second day before pergi USS, makan breakfast kat sini. Tak payah ambik breakfast kat hotel, makan kat sini je. Memang dekat sangat dengan hotel. Tak sampai 5 minit dah sampai. Kat sini nak dapat roti canai memang takde la. Diorang panggil roti prata.

MRT STATION (CLARKE QUAY - HARBOURFRONT ) - Menuju ke Universal Studio Singapore (USS)




Ni kat MRT station tengah beli tiket. Actually boleh je beli Public transport Pass SGD10 sehari/dua hari SGD 16/3 hari SGD 20 tapi tak beli sebab bukan naik sangat. Kalau yang jenis berjalan memang patut la beli pass tu.


Ni tiket yang akan dapat. Tiket ni boleh pakai beberapa kali. Just top-up bila nak pakai. Dari clarke quay ke harbourfront dalam SGD1.70.


Dari clarke quay ke Harbourfront tak jauh sangat pun. Dalam 3 stop dah sampai. Tak payah risau kalau terlepas sebab Harbourfront stesen yang paling last.



Lepas sampai Harbourfront , ikut je orang ramai pergi mana ( diorang akan ke Vivocity Mall). Naik escalator sampai tingkat 3. Kat situ ada sentosa station untuk ke USS. Beli tiket train dalam seorang SGD4.


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)


So, welcome to USS. Memang pergi Singapore kalau tak ke USS, kira macam tak bermakna jugak lah kan. Masa kiteorang pergi tu ramai betul orang. Yela masa tu kan cuti public holiday Chinese New Year jadi bertabahlah beratur panjang. Cuma nak ingatkan kalau nak beli tiket cari kat internet dah la. Kita beli kat 8excite Kalau walk-in mahal sikit. USS ni besar dah memang kena banyak jalan. Tapi malas nak cerita sebab banyak blogger mesti dah cerita punya pasal USS. Cuma nak bagitau yang penting je. 



Dekat kawasan The Lost World sila datang dalam pukul 12. Ada show yang memang rugi tak tengok. Ada jugak petang show nye. Real punya show lah. Dalam setengah jam. Kalau nak rasa kena simbah air, duduk la depan sekali. Setiap tayangan dalam 30 minit.

Kedua, lepas je tayangan The Lost World ni sila terus ke Far Far Away. Sebelah je dari Lost World. Nampak ada tempat beratur sila beratur kat situ sebab situ ada tayangan 3D cerita shrek, Serius best. Setiap tayangan dalam 15 minit gitu.

Express  - bayar mahal sikit (ada tempat beratur dia supaya laju nak naik apa sahaja) kira macam potong barisan yang legal la Hahaha, Attraction Entrace - macam kita-kita yang masuk cuma bayar tiket biasa. Beratur agak panjang. 




M.A DEEN BIASA - SUP TULANG MERAH 


Credit gambar : http://paleorina.com/2013/10/02/review-soup-tulang-at-m-a-deen-biasa/


Dinner hari kedua makan sup tulang merah serve with roti. Serius memang sedapp kuah dia. Marvelous. Portion nye yang banyak. Ni medium. Ada small, medium, large. Small seingat kita dalam SGD20.


Ok tu jelah kita nak tunjuk. Vacation yang singkat tapi nice. Balik je terus demam. Yelah, dah lama tak jalan banyak macam kat Singapore. Seminggu jugak la. Selalu pergi oversea jauh-jauh, tak terpikir nak pergi dekat-dekat pun. Have a nice day siapa yang nak pergi travel ke Singapore tu.