December 24, 2010

HADIAH DARI UMMI AISYAH


23 December 2010

tarikh yang amat dinantikan buat pelajar2 PMR...

kita boleh dengar, kawan2 kite x dpt tidur malam...

yg x tidur pun ada....

sbb berdebar-debar menantikan keputusan..

sya pun begitu...

mse nak pegy skool wk2 tu rase cm jantung nak keluar...

menangis lah juga...

ustazah merangkap guru kelas lambat2 je bagi keputusan...

bile tgok keputusan 2...

rse cm nk pengsan pon ade...

sya dpt 6A 2B...

sya dah buat yang terbaek...

sya x mampu dpt 8A...

tpi dengan keputusan itu membuatkan sya rse happy sngt...

sepupu sya pon dpt 5B 2C 2D..

sian mak dia...

dulu kakak dia pon teruk...

apa2 pon pas nie SPM menunggu kita..

buat yang terbaek...

sya bile nak besar nak jadi..

PENULIS NOVEL & GURU PENDIDIKAN KHAS

and then petang tu ummi sya ajak beli handphone idaman sya..

cantik kan? harganya RM 470...

henset SONY ERICSSON W2Oi

thnks ummi....

UMMI lah ibu sya ..

tiada 2... hanya 1 di dunia ini...

sya janji x nak letak ummi kat rumah orang tua2...

mcm orang2 yang kat luar sne yang kononnya x mampu jaga ibubapa mereka...


December 22, 2010

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 1


Sebuah pengorbanan

Istana Mawar Merah. Terletak di atas sebuah bukit. Kawasannya yang luas dan mempunyai sebuah taman yang cantik. Taman itu dihiasi dengan mawar-mawar merah dan kerana itulah istana itu dinamakan Istana Mawar Merah. Istana itu terletak di antara beberapa buah kampung naungan Sultan Ahmad Nizauriwan serta Permaisuri Dyana Seri Lyia. Pasangan itu juga mempunyai empat orang cahaya mata yang masing-masing kembar lelaki dan perempuan. Putera Ilyas Niwan dan Putera Ilyasa Nizam kembar lelaki manakala Puteri Fatimah Az-Zahra dan Puteri Aisyah Humaira adalah kembar perempuan.

Ketika itu, di taman istana mawar merah kelihatan dua pasangan kekasih sedang bertemu di dalamnya sambil menikmati air terjun buatan sendiri yang dihiasi dengan ikan-ikan emas.

“ Aisyah,” kata Putera Mirwan Mizan.

“ Ya kanda,” sahut Puteri Aisyah.

“ Kanda ingin memberitahu dinda sesuatu,”

“Apa dia? Katakanlah,”

“ Sebelum kanda mengatakan sesuatu, dinda haruslah menerimanya dengan sabar. Boleh?,”

“ Bunyi macam serius sahaja,”

“ Memang. Ini tentang kehidupan kita akan datang,”

“ Baiklah. Katakan…,”

“ Kanda mahu….,” Putera Mirwan teragak-agak ingin menyatakannya.

“ Mahu apa? Katakan sahaja. Dinda pasti dapat menerimanya dengan sabar,” kata Puteri Aisyah yakin.

“ Kanda mahu minta putus dengan dinda,” Putera Mirwan Mizan akhirnya meluahkannya.

Wajah Puteri Aisyah berubah namun tidak disedari Putera Mirwan Mizan kerana Puteri Aisyah membelakangkan Putera Mirwan Mizan. Puteri Aisyah mengawal wajahnya supaya tidak terlalu menonjol dan berkata dengan lembut.

“ Owh, tapi mengapa ya?,”

“ Kanda sudah menemui seorang perempuan yang serasi dengan kanda. Dia hanyalah rakyat biasa Negara kanda. Dia baik. Suka menolong orang. Sentiasa merendahkan diri pabila bercakap dengan orang. Kanda suka sangat,” kata Putera Mirwan Mizan membayangkan wajah perempuan itu. Dia bagaikan tidak sedar Puteri Aisyah memandangnya dengan pandangan yang sebak.

“ Wah, dia sangat baik. Boleh dinda tahu, namanya siapa?,”

“ Dayang Dang Wangi,”

“ Namanya sedap. Suka dinda mendengarnya,”

Seketika mereka berdua diam. Putera Mirwan Mizan masih sedang membayangkan Dayang Dang Wangi manakala Puteri Aisyah sedang melihat ikan-ikan emas itu berenang sambil matanya sarat dengan manic jernih itu namun dia sabar untuk menumpahkan manic itu jatuh menyimbah bumi.

“ Owh ya dinda. Ayahanda sudah mahu berangkat pulang. Sepurnama nanti apabila kanda datang, kanda akan tunjukkan dinda Dayang Dang Wangi,”

“ Ya, kanda,” Puteri Aisyah tersenyum kearah Putera Mirwan Mizan. Ketika itu Putera Mirwan Mizan sudah berlalu pergi. Setelah itu, Puteri Aisyah segera berlari menuju ke biliknya. Dia melihat tubuhnya di dalam cermin. Seketika itu, air matanya deras menyimbah bumi. Puteri Aisyah menangis. Dayang Seri Kekwa, sahabatnya memujuk Puteri Aisyah.

“ Tuanku, mengapa ni?,” Tanya Dayang Seri Kekwa tatkala Puteri Aisyah sudah reda dari tangisannya.

“ Seri, beta tidak cantikkah? Teruk sangatkah beta ini?,”

“ Mengapa tuanku berkata sedemikian. Tuanku cantik. Kulit tuanku putih,”

“ Mengapa kanda Mirwan mahu putus dengan beta hanya kerana dia sudah memiliki seorang gadis?,”

“ Tuanku, jodoh bukan di tangan kita. Sabarlah tuanku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya,”

“ Seri, katakanlah sahaja beta tidak cantik. Beta memang tidak cantik berbanding dengan adik beradik beta. Putera Ilyas Niwan dan Putera Ilyasa Nizam sudahpun hendak melangsungkan perkhawinan. Puteri Fatimah pula sudah bertunang. Hanya beta sahaja yang tinggal. Sebab apa, sebab beta gemuk!!,” tangisan Puteri Aisyah kembali kedengaran.

Sayu hati Dayang Dang Wangi mendengar luahan hati Puteri Aisyah. Puteri Aisyah begitu menyayangi Putera Mirwan sepenuh hatinya. Sudah 1 tahun mereka bercinta tapi hari ini telah melakar sejarah hitam di hati Puteri Aisyah. Puteri Aisyah memang agak berisi namun kulitnya yang putih lebih terserlah berbanding adik beradiknya.

“ Malam ini, Seri perlu tolong beta,” kata Puteri Aisyah tiba-tiba. Dayang Seri tersentak.

“ Apa yang hamba boleh bantu?,”

“ Beta nekad. Beta mahu meninggalkan istana ini. Tiada guna beta berada di sini. Tiada siapa yang mempedulikan beta di sini,”

Dayang Seri Kekwa terkejut mendengarnya. Untuk membantah Dayang Seri tidak berani walaupun dia sudah bersahabat baik dengannya lebih 10 tahun. Dia tahu, Puteri Aisyah apabila bercakap pasti dibuatnya betul-betul.

“ Sediakan beta bekalan makanan yang kering dan seekor kuda,” kata Puteri Aisyah tegas. Dayang Seri akur dengan kehendak Puteri Aisyah.

“ Boleh hamba menemani tuanku?,” kata Dayang Seri.

Puteri Aisyah memandang Dayang Seri.

“ Mengapa?,”

“ Tak sampai hati hamba mahu meninggalkan tuanku bersendirian pergi. Bolehkah hamba pergi bersama?,” kata Dayang Seri dengan penuh mengharap.

“ Kerana Seri sahabat baik beta, beta benarkan Seri ikut sekali,”

“ Terima lasih tuanku,”

Buat bonda dan ayahanda yang disayangi,

Bonda, maafkan anakanda kerana pemergian anakanda dari istana ini tidak diberitahu. Anakanda mahu, bonda tidak perlulah bersedih dengan pemergian anakanda. Anakanda meninggalkan istana ini kerana mahu merantau. Anakanda harap bonda buat seketika, lupakan anakanda. InsyaAllah anakanda akan kembali lagi ke istana andai umur anakanda masih panjang.

Ayahanda, maafkan anakanda juga. Anakanda tak mampu menyintai Putera Mirwan Mizan dengan sepenuh hati. Maafkan anakanda kerana ayahanda terpaksa melupakan saja hasrat untuk mengahwini anakanda dengan Putera Mirwan Mizan kerana hubungan kami sudah sampai penghujungnya.

Katakan pada kakanda dan adinda bahawa anakanda mahu mengucapkan Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Semoga mereka hidup bahgia di samping orang yang tersayang, dan tidak seperti anakanda yang tidak ada sesiapa yang menyayangi lagi.

Warkah ini ditulis, bukan untuk diingati, namun untuk meminta maaf kepada bonda dan ayahanda yang tercinta…

Salam sayang,

Puteri Aisyah

Mata pena diletakkan setelah selesai menulis. Ketika menulis warkah itu, Puteri Aisyah kelihatan sentiasa mengalirkan air mata. Bagi Puteri Aisyah dia tidak sanggup meninggalkan ibu bapanya, namun ego telah menguasai dirinya. Dia tetap ingin pergi. Pergi meninggalkan keluarganya, istananya, dan bekas kekasihnya yang kini Puteri Aisyah berasa dendam dengan Putera Mirwan Mizan.

“ Tunggu kau, aku akan balas balik apa yang kau buat kat aku,” bentak Puteri Aisyah sambil menghentakkan tangannya ke meja tulis.

Malam telah menampakkan dirinya. Puteri Aisyah dan Dayang Seri Kekwa telah menyiapkan diri mereka dengan berpakaian menutupi seluruh badan dan memakai purdah. Hanya matanya sahaja yang kelihatan.

“ Tuanku sudah sedia?,” Tanya Dayang Seri.

Puteri Aisyah mengangguk dengan yakin. Dia sendiri sudah tekad untuk pergi dari istana itu. Setelah segala kelengkapan tersedia, Puteri Aisyah dan dayang Seri Kekwa menuju ke belakang istana. Kata Dayang Seri, dia telah berpakat dengan tukang masak istana yang kebetulan mengetahui tempat masuk rahsia dari tembok istana tersebut. Tukang masak itu juga berbesar hati mendermakan kudanya sendiri buat tungangan Puteri Aisyah dan Dayang Seri.

“ Pak Zren, ingat tau, biar pecah di perut jangan pecah di mulut,” kata Puteri Aisyah tegas.

“ Ya tuanku. Saya berpegang pada janji,”


Bersambung....

December 20, 2010

Mahalnya Harga Blog Ini !!


wow ! Hebat betul la website2 niyh,,,

ni blog TOP TEN di MALAYSIA

GOOGLE - RM 89.90 million

THE STAR - RM 12.79 million

MAYBANK - RM 12.23 million

MOZZI - RM 11.46 million

MALAYSIA KINI - RM 10.26 million

LOWYAT - RM 8.55 million

MUDAH - RM 8.04 million

UTUSAN - RM 6.48 million

CARI - RM 6.00 million

BERITA HARIAN - RM 5.56 million


DAN SYA PULANG TOP 20 THOUSAND..

RANK YANG KE

28 145




( klik untuk besar )


Oklah.. sya nak kongsi gak

tempat kat mane nak tgok harga blog kowunk yng tak berapa mahal mcm sya ni...

hua5...

ni.. tgok kat sini ok





Lepas buat, bagitau sya ok?

kite bandingkannya...

he5... :)

December 17, 2010

Anda Perlu Baca Ini !!




RAHSIA BOLA HITAM PUTIH


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si
anak cuma bagitau,"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu.

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut
roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah,
syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu...

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk
kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya."Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"


(anda semua pun ingin tahu kan ..?)





Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan
masanya sudah hampir tiba...


"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!..........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat
Sya..

P/S : Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ... dan apakah motif orang itu nak tules cerita pasal bola hitam putih ni?
pelik x? hua5..

December 6, 2010

10 Kejadian Letupan Pelik


B0o0o0o0o0mmmmm!!!!

Pewh... bunyi apa uh?
mcm bom jew...
bek kita lari...

Stop! Stop!

Mengapa stop?

Tak macam bunyi bom la...

Abis tu bunyi ape?

Bunyi benda meletup...

Benda? Benda ape?

MAri kita tengok oke....



1) Ikan paus 50 tan meletup

Seekor ikan paus yang ditangkap untuk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di sebuah jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai itu dibawa ke Tainan, meletup disebabkan pengumpulan gas yg terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit, Tekanan yg kuat menyebabkan ianya meletup secara tiba-tiba.

Nampak macam sedap je...

hehehehe...

uweekkkk ...


2) Rokok meletup

Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang lelaki kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yang dihisapnya meletup. Andi Susanto yg berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut. Akibat kejadian itu, Andi berniat untuk berhenti merokok…

Agak-agaknya ape la yang ada dalam rokok andi tu? mercun??

Bila dah kene baru nak insaf..

Tapi memanglah... insaf kita bermula dari kesalahan kita sendiri...



3)Ipod Meletup

Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dengan sepantas kilatnya dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi ‘pop’, huhu, cam ujian oksigen ngan CO2 masa zaman sekolah menengah lak ada bunyi ‘pop-pop’ nih..



4) Laptop meletup semasa persidangan

Semasa mengadakan satu persidangan di Jepun, sebuah laptop jenama Dell tiba-tiba je meletup. Nasib baik la pemilik laptop tu takde depan laptopnya semasa kejadian tu berlaku,

kalau tak hilang la mukanya yang hensem tu..

hensem gak? hua5..



5) Jamban Meletup

Camner la jamban pun boleh meletup?? Kejadian ni berlaku kepada John Jenkins, 53 menggunakan jamban ni, sebaik je dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..isk3, bahaya tol.. Akibat kejadian ni, mamat nih menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kaki Jenkins mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yg bocor di bawah jamban ini berapi dan meletup..

moral : jangan isap rokok dalam jamban...


6)Kerusi pejabat pun meletup gak

Camner la kerusi meletup, mengikut sumber2 yang diceritakan, kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yg berada di bawah kerusi tu, silinder gas tu digunakan utk memudahkan kerusi tu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Menurut ceritanya, itu yg berlaku..tapi xtau la kot2 ada orang letak bahan letupan bawah tu. Kejadian ni menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut dimana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.. pergh, sula cara moden..



7) Chewing gun meletup

Ni lagi satu citer yang tak masuk akal, Seorang pelajar yg berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas sedara maranya mendengar satu bunyi ‘pop’ yg kuat. Selepas ditemui, sedara maranya terkejut menjumpai Vladimir mengalami luka yang teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gum yang mengandungi satu bahan kimia yang tidak dikenali.

moral : nak makan chewing gum lagy x?


8) Telefon bimbit meletup

Ni salah satu kejadian yg biasa kita dengar, kat Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon meletop nih, bagaimanapun citer ni berlaku kat China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletop. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yang baru dicas ke dalam henfonnya, dan dia letak kat poket, henfon dia tros meletop. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan
arteri utama.

Ni mesty call lame2...

9) Deoderan meletup, remaja cedera

Seorang remaja cedera selepas dia baru je men’deoderan’kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah..fuhh, bahaya ni

Tatotlah sya nak gune dedoran...


10) Mesin basuh meletup

Kejadian ni berlaku apabila sorang mamat ni yg bernama Glenn Johnson meletak gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris pada bajunya. Menurutnya lagi, dia dah 25 tahun mengamalkan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia letak detergen, air
dan sedikit gasolin utk tujuan tersebut. Katanya ayah dia yg ajar… tapi dia mengaku dia dah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas2 gasolin yg terbebas keluar dari mesin basuh tu yg mungkin menyebabkan letupan terjadi…

Di sini tiada moral values...

hua5..


p/s : ambik dari kawan...

December 3, 2010

Kucing Anda Pembunuh Rupanya!!!

Mak... Tatotnya...
Kucen ni sd pgg pistol...
Adakah dia nak bunuh owg??
Ataupun Tuan punya kucen ni sendiri?
Naseb Sya x de bela kucen...
x la kne bunuh...
Meh tgok cara2 kucen ni nak bunuh kowunk...














Kucing Suka Tidur Di Merata Tempat ...

Kucing..Kucing...Kucing..
Sya suka sangt kucing...
sbb kucen comey...
lebih agy kucen parsi...

dengan anak kucen...
sbb bulunya lembut...
seronok dibelai...
tapi kucen ni agak hebat lah...
sebab dierowunk boleh tido kat mane2 je...
meh tengok dierowunk punya tmpt port nak tido..
mesty best pnye...





( La.. Patutlah cari mangkuk tak jumpa..)


( Nasiblah kucen ni warna putih,.. kalau warna hijau, kompem tak perasan punya )


( Bukankah Anjing ngan kucing bermusuhan ? )


( Eh, mengapa tepung ni ada mata, telinga dan mulut? )


( Ini gitar kucen ni punya oke.. )


( Jangan ambik radio saya..!! )

( Saya kucen pemalas oke.. )

( Encik2... Jaga bawak keta tu lagy.. Ada makhluk melekat kat bwh tayar encik )

( Tolong2... Ada anak kucen terbuang kat umah saye.. )


( Encik Kucen.. Tolong tepi sikit. Sya nak men piano.. )


( Wah.. perhiasan rumah yang cantik )


( Naseb la kau montel kucen... ade ruang tok tido )


( Pokok sya x dpt hidup dengan selesa sebab ade makhluk yang datang memeluk )


( Ari nie kite akan makan sup kucen )


( Wanginya kasut ni... Wekk :p )

Shopping Mall Di Jepun Memang Best !!

Sya bukanlah owg yang jenis beli belah...
Sya paling suka pun beli novel jew...
sonok taw..
dapt kumpul koleksi novel sampai beratus-ratus...
tapi, ari nie sya nak tnjuk kat kowunk..
shopping mall yang best sangat !!...
teringin nak pegy...
huhhuhuhu...


NAMBA PARKS, pusat beli belah antara terbesar di JEPUN.
Apa yang menariknya di Shopping mall ini ada tersedia jugak design landskap...
Antaranya seperti gunung, sungai, kolam, air terjun dan lain-lain..
Sambil pegy shopping, bolehlah beriadah sekali an...


Tengok dari atas...
nampak serabut jew....
tapi cantik jugak kan...


Pemandangan waktu malam lagy cantik kan..
meh...tengok...
mesty tergoda kowunk nak pegy kan...


Tengok secara dekat, inilah bentuk design nye...
bermacam2 bentuk...
Tapi nak tunjuk satu je la...
hehehehe...


Sebenarnya teringin gak la nak pegy shopping mall uh...
mcm best sngt je...
tggu besar nanti...
akanku sampai jua ke situ...
hehehe...