April 13, 2018

Resepi Bubur CaCa Bahan Mudah

Assalamualaikum,
Sedapnya makan bubur caca time minum petang, Tak pun sebagai dessert lepas makan nasi. Tapi nak buatnya tu yang malas dengan bahan yang banyak kan. Jadi, sekarang marilah kita melihat cara-cara buat bubur caca paling mudahhh sangattt.

STEP 1


First,  Rendam caca ni dalam air biasa  (100gm) . Lama lagi bagus bagi dia lembut senang nak rebus tak payah lama-lama kan. Tapi kalau nak cepat dalam 10 minit . Lepas tu rebus sampai caca ni empuk . Api besar pun takpe. Sampai jadi macam gambar. Dah mengembang, Lepas rebus lalu kan kat air sejuk. 

STEP 2



Sediakan 3 bahan ini. 
1. santan
2. gula melaka (better beli yang macam dalam gambar tu. senang je ambik seketul je)
3. daun pandan 2 helai disimpul.
Jangan buka api lagi. Masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan air. Air tu nak agak, pakai balik kotak santan tu. Dalam 2 kali. Santan kara ni pekat, so air kena banyak sikit. If pakai santan Ayambrand, air pakai 1 1/2 je dari kotak. Lepas dan masukkan semua yang disebut, baru buka api perlahan. Tunggu sampai gula melaka tu cair sepenuhnya. 

STEP 3


Ok dah boleh masukkan caca kita. Masukkan sedikit garam.

STEP 4


Kacau-kacaulah sikit. Tunggu dia menggelegak sikit baru tutup api dan siap dimakan. 
ACTUALLY, IF PAKAI KARA, MASUKKAN LAH LAGI DALAM 2 SUDU GULA TAPI KALAU PAKAI AYAMBRAND KOTAK BIRU, TAK PERLU TAMBAH SEBAB DAH MANIS. JANGAN PAKAI AYAMBRAND KOTAK HIJAU. NANTI BUBUR CACA TAWARR. HUHUHU.


April 2, 2018

Updating Life at Unikl Business School 2018

Assalamualaikum semua.
Entry kali ini nak cerita lagi pasal tempat belajar kite di Unikl Business School. Bukan apa nak cerita kat sini, sebab before ni ada tulis pasal Serba Serbi Unikl Business School, lepas tu tengok ramai jugak la view pasal UBIS ni. Jadi kita update la life masa menjadi pelajar disini. Masa update dulu Sept  2016 masa tu baru sem 3 and now dah sem 6 dah. Alhamdulillah. So, sekarang nak bagi tau serba sikit lagi pasal UBIS ni dengan lebih dekat supaya nanti bila pelajar baru masuk tak lah terkejut sangat kan.

UBIS FACEBOOK 



Page FB ni khas untuk pelajar UBIS sahaja. Apa-apa tentang UBIS akan diletakkan disini seperti class cancelled on first week, mara masuk, tarikh result, pertanyaan dan pelbagai lagi. 

UBIS (HOUSE & BOOK)



Page FB ni pulak khas untuk pelajar yang menjual buku rujukan terpakai dengan harga murah serta mencari housemate untuk rumah mereka juga. Iklan tidak dibenarkan selain pengiklanan buku dan rumah sahaja.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU UBIS



Bermula Jan 2017, pendaftaran pelajar baru mula dibuat di UBIS sendiri dan bukannya di Unikl MIIT sebelum ini. Gambar ni kredit dari Prof Aimi (Lecturer UBIS). Pendaftaran dibuat di kafe UBIS Persiaran Gurney. Dimaklumkan sekali lagi UBIS mempunyai dua bangunan (1) Bangunan Yayasan Selangor (2) Persiaran Gurney, Keramat ( Boleh waze Unikl Business School Gurney Mall


PEMBELAJARAN DALAM KELAS

Sekarang ni dah maju sikit dah UBIS ni. Dekat Gurney tak pakai LCD dah sekarang ni. Pakai smartboard. Kira macam komputer besar la siap dengan internet so tak payah pakai pendrive pun takpe. Just bukak kat smartboard tu dah senang. Lagipun pakai pendrive cepat masuk virus kan.



Rasanya ni jela yang nak di update. Boleh tanya apa-apa kat email kalau nak tanya : feira.flora@yahoo.com. Kalau tanya kat komen selalu tak nampak dan jarang bukak blog. Tapi jangan la tanya pasal pinjaman MARA . Huhuhu. Sebab i pun bukan tau sangat. Cuma masa apply mara tu, siapa yang kelas nya selalu kat Persiaran Gurney nak ke Yayasan Selangor susah sikit la. Suruh hantar macam macam. Due date bagi sekejap je selalunya. So get ready je lah sebab In sha Allah akan dapat jugak pinjaman. Bakal Bachelor in Accounting (Hons) dialu-alukan tanya apa-apa pasal kos.