November 18, 2014

Zaman Sekolah Adalah Paling Seronok

Assalamualaikum,
Aku tak tahu pasal apa tiba-tiba aku nak menulis tentang sekolah ni.
Aku dah tinggalkan sekolah dah 2 tahun.Serius aku cakap , sebenarnya zaman sekolah adalah zaman paling indah yang pernah anda rasakan. Manakan tidak, anda boleh buat macam-macam. Aku rindu sangat nak ke sekolah balik. Nak jumpa cikgu-cikgu yang baik, kawan-kawan yang gaduh pun tak lama, mesti baik balik. Makan dan minum sama-sama. Ya Allah, indahnya. Hampa tau tak, zaman IPT adalah zaman yang mula hilang keseronokan. Sebab masa inilah hampa akan dapat lihat dan tahu mana satu kawan mana satu lawan. Masa inilah hampa kenal kawan-kawan hampa.

Okey sekarang aku malas nak cerita pasal zaman IPT sekarang ini. Bosan sangat. Aku memang tak boleh lupa zaman sekolah yang indah. Dulu kalau nak pergi sekolah punyalah malas. Nak buat kerja sekolah apatah lagi. Aku selalu juga tak siap kerja sekolah sebab malas nak buat. Haha. Tahu jelah sekolah convent, kalau bagi kerja memang rasanya tak tido malam. Oleh itu, aku selalu tak siap. Kalau cikgu tu garang, yang tu aku siapkan. Huahuahua. Nampak macam semacam je kan. Tak baik tau buat cikgu macam tu. Sorry tau cikgu , kalau cikgu baca blog saya ni. Ehehe



( gambar SMK CONVENT TELUK INTAN )

Masa zaman sekolah dulu aku memang aktif sangat. Paling aku aktif ialah PBSM atau nama sekarang BSMM. Kira aktif la jugak kan. Aku banyak sertai aktiviti sebab aku ada cikgu yang paling bagus dan hebat. Nama cikgu ni Puan Azizah Zakaria. Sekarang beliau dah pencen dah pun. Beliau sakit sekarang dan harap cepat sembuh. Tengok gambar beliau dah kurus sangat. Dulu sentiasa comel macam aku ni haa. Hohoho. Sebab apa aku sayang cikgu aku ni ? Sebab beliau seorang yang tidak mementingkan rupa namun mementingkan bakat yang kita ada. Aku boleh bersajak. Aku boleh menggunakan perisian komputer. Aku boleh menjadi ketua. Beliau tahu kebolehan aku. Masa Kem Antarabangsa Bulan Sabit Merah, aku masuk pertandingan. Aku bersajak. Walau tak menang, dapat saguhati pun jadilah. Pertandingan ICT , aku dapat nombor 2. Aku memegang jawatan sebagai pengerusi BSMM selama 2 tahun . Aku pernah menang Anugerah Belia BSMM. Itu semua hasil usaha Puan Azizah selama ini. Aku tak boleh lupa jasa beliau yang sanggup luangkan masa bersama kami. Allah Allah.


( gambar KEM KEBANGSAAN/ANTARABANGSA DI PAHANG  )
2010


( gambar KEM ANTARABANGSA/KEBANGSAAN DI KELANTAN)
2011


Aku aktif juga dalam bidang sukan tapi tak terlalu sangat. Sebab sukan kaki aku terseliuh sampai sekarang tak baik. Nak buat macam mana, aku ni gemuk. Itulah masalahnya. Huuu ~. Aku masuk lontar peluru dan lempar cakera masa olahraga dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5. Lepas tu aku masuk bola baling dari tingkatan 3 hingga tingkatan 4 dan menjadi defender. Aku tak suka jadi goalkeeper dah sebab sekolah rendah aku selalu je kena jadi goalkeeper sampai bosan dah. Yang ni aku salute kat cikgu aku yang satu ni. Cik Mazura binti Ahmad Fadzil.  Ntah kenapa aku sering cakap pasal Cikgu Mazura dan Cikgu Azizah. Mereka sangat baik dan tidak suka melihat rupa. Asal ada bakat, mereka serlahkan.


(masa ambil result SPM)



"Bersama Ex student Sains Sukan 2012, Siti Aisyah...student yg telah membuktikan bahawa saiz bdn bukan penghalang utk berjaya dlm bidang kokurikulum. Bravo Echah....cikgu bangga dgn awak." - Cik Mazura

Tapi ada satu masa ini, aku masih ingat lagi. Masih sangat. eh , kata zaman sekolah paling seronok, apa kau ingat takde sedih ke? Ada la juga tapi tak simpan dalam hati sangat. ada satu cikgu tu , masa tu aku volunteer nak masuk pantun dia terus tak bagi sebab aku pelat R . Okay fine. Padahal ada kawan aku satu lagi pelat R dia masukkan pantun. Aku terasa masa tu tapi aku tak kisah sangat. Itu aku cakap . dua cikgu yang atas tadi aku sebut sangat bagus. Mereka tak pernah fikir kan kelemahan aku yang pelat R serta berbadan gemuk. Tapi mereka lihat bakat. Itulah orang, selalu cari yang perfect je.

Sambung lain, lepas tu aku masuk teater. Disebabkan aku gemuk mungkin, cikgu bagi aku jadi latar je. Jaga bunyi. Tapi tak apalah, masa tu aku terseliuh sebab main bola jaring. Cikgu tak nak susahkan aku. Husnuzon sahaja ye ecah sayang. Tak semua akan lihat bakat kita. Kira ok la aku aktif ni. Dekat IPT aku tak dapat masuk mana-mana dah. Semua orang dah ambil. Aku ni cuma jadi orang biasa je sekarang ni. Aku dah tak mampu nak macam dulu.

Kawan?
Mesti la ada. Ramai kawan-kawan aku yang dah berjaya semuanya. Kita jumpa ramai kawan tapi kita serumpun. Kalau kat IPT tak serumpun. Kutuk sana kutuk sini. Di sekolah convent macam aku ni, ramai pelajar india dan cina. Kami macam satu keluarga. Rapat dengan mereka. Bukannya ada sifat racist.  Siapa yang ada sifat racist ni adalah orang yang sempit akal fikirannya. Allah ciptakan manusia bermacam-macam jenis kulit dan agama.

Sekarang ni aku belajar kat POLITEKNIK SEBERANG PERAI kat Penang . Kalau ada masa aku balik dan sudah tentunya aku akan ke sekolah. Aku pasti nak jumpa cikgu cikgu kat convent tu.
Cikgu Mazura, Cikgu Azlia, Cikgu Annisah, Cikgu Rahmah, Cikgu Aminah, dan semua cikgu kat convent.  Nanti saya datang selalu tauu .


( Pintu gerbang Politeknik Seberang Perai, Penang )

Panjang juga karangan aku ni. Aku tak kisah hampa nak baca ke tak. Inikan blog aku . Aku tak kisah lah. Aku cadang nak buat giveaway dan slogan terbaik la. Haha. Amacam ?

November 12, 2014

Resepi : Kek Batik Mudah



Assalamualaikum orang bujang ~
Orang bujang ni dia memang suka buat benda mudah-mudah je  Kalau makan benda susah boleh la, kalau buat memang sampai kurun ke berapa baru nak buat. Macam aku juga, aku tak suka buat benda susah. Kalau aku cari resepi pun , mesti yang mudah sahaja. Kalau rumit aku kena pergi kelas masakan lah. Aku pun budak baru belajar tau . Uhuk Uhuk.

Tanpa membuang masa dengar eden membebel , jom lah buat kek batik nih. Aku rasa ambik masa tak sampai 30 minit siap. tapi nak masuk peti sejuk seeloknya semalaman. Sebab tu aku selalu buat time malam. Esok dah boleh makan. Kek batik ni aku selalu buat sebab mak dengan abang aku suka sangat .

So , let's start .

Apa yang anda perlukan  :
1. Biksut marie ( tu sudah semestinya ) kalau tak , bukan kek batik la jawabnya .
2. Serbuk milo ( tahu tak , kalau nak lebih sedap letak banyak-banyak. Aku tak pernah sukat . Kalau nak sukat , letak la dalam 3 cawan . Ikut berapa banyak nak buat )
3. Serbuk koko ( letak dalam 4 sudu besar dah la )
4. Mentega ( separuh dari mentega rectangle tu )
5. Telur 2 biji
6 . susu pekat manis satu tin
7. Kadang-kadang aku letak coklat masakan . coklat hershey , nutella sebab tambah sedap . Kalau tak letak tak kisah .

1. Cairkan mentega dalam kuali . ( guna la api besar . cepat sikit cair nya )
2. Lepas cair , masukkan susu pekat manis
3. Masukkan serbuk milo dan serbuk koko
4. Masukkan telur 2 biji
5. Kacau sampai rata dengan api yang kecil .
6. Dah siap tu , masukkan dalam jug ke ape ke sebab senang nak tuang .
7. Sediakan bekas besar mana pun. Susun biskut marie dalam bekas . Susun satu lapis , tuang kuah coklat tu , buat sampai kuah coklat tu habis .
8. dah penuh satu bekas , ambik satu plastik yang orang bungkus lauk tu . Lepas tu tumbuk/tekan bagi rata . pecah pun takpe biskut tu.
9. Dah rata , taburkan serbuk milo yang lebih . Biar lagi sedap.
10. Masukkan dalam peti sejuk

* Aku tak suka buat cara patahkan biskut marie dan tuang ke dalam kuali yang ada kuah coklat tu sebab bila nak susun dalam bekas , jadi rumit ( bagi aku la ) . susun je terus pun takde beza. Masih lembut dan boleh makan . Telur adalah penting sebab kalau takde telur , kek batik akan jadi keras dan susah nak dimakan.