December 16, 2012

Kerana dia sahabat sejati




" Erm , aku nak cerita kat dia , tapi dia tak memahami . Bila orang serius dia ketawa , "

" Nak cerita kat dia tapi tak sampai hati bila tengok dia sendiri pun asyik menangis je ,"


Sahabat sejati tidak pernah mempersia-siakan persahabatannya
tidak pernah mengeluh tentang perilakunya
tidak pernah menyebarkan tentang aibnya
tidak pernah membiarkan sahabatnya dalam esak tangis kesedihannya
di hadapan kita , suaranya mempunyai daya kekuatan
di hadapan kita , ketabahannya mengatasi segala-galanya
di hadapan kita , air mata diseka sebelum persoalan yang bermain di pemikiran kita
di hadapan kita , senyuman manis yang terukir di bibirnya

pernah dengar lagu ini ?


Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara 
Bahawa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa berderailah airmata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Menangislah..
Kadang manusia terlalu sombing tuk menangis
Lalu untuk apa airmata telah dicipta
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia

Menangislah 
Di bahuku kau berikan ku kepercayaan 
Bahawa laramu adalah haru biruku 
Kerna aku adalah sahabatmu

Menangislah 

Menangislah..

Menangislah di bahuku,ku di sini untukmu..

Menangislah di bahuku,kerna ku sahabatmu..












Menangislah di bahuku - FIRDAUS



> Aku dah tak dapat kira berapa kali aku MENANGIS depan dia . Sebab apa ? Sebab dia memahami aku. Dia tak pernah merungut. Bila dia tahu aku menangis , dia akan gelabah . Dia akan tanya 'what happens?'. Dia boleh tahu aku sedang menangis. Padahal kami berbual melalui HP . Tidak pernah bertentang mata , tidak pernah bersua muka tetapi dia memahami aku. Terlalu memahami. Dia suka gembirakan aku tatkala aku sedih . Aku tengah sedih dia akan menceriakan aku dengan suara manja dia. Comel sangat sampai buat aku gelak . Susah nak cari kawan macam dia. Sanggup tadah telinga dengar luahan perasaan kita. Sanggup buang air liur membebel bebel kat kita. Aku ingat kot semua tu. Tadi aku menangis lagi kat dia. Small matter punya masalah pun aku menangis . Ergh ! Aku benci tangki air aku selalu bocor. Macam takde kerja lain nak buat ke haaa ?

Alisya Yasmin Binti Haji Halim

I ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ you so much :3
Forever and ever
               

December 2, 2012

Luahan Hati Seorang Sahabat Yang Dilukai




1.      Bilaku bukakan mata
Hatiku tak ceria
Pabila memikir dia
Teman bermanja
Berkongsi semua
Kisah suka duka
Yang dilalui bersama

2.      Tiada lagi warna warni
Pelangi dan mentari pagi
Yang menyinari hari
Ku terasa sepi
Sungguh ku menyendiri
Di temani hati kecilku ini
Tanpa teman disisi

3.      Sesungguhnya ku terasa bahagia
Kerna kau ada di depan mata
Tapi kini sudah berbeda
Sungguh aku terhina
Melihat engkau ketawa

4.      Benar kata orang
Jangan terlalu sayang
Takut dirimu hilang
Dicuri rasa sayang
Meranalah sekarang

5.      Jika benar engkau masih sahabat aku lagi
Engkau tidak biarkan aku sendiri
Dalam ciptaan realiti
Engkau pasti kembali
Tapi kau tetap biarkan aku terhenti di sini

6.      Oh, tidak …
Tidak mudah untuk aku kembali …
Setelah apa yang dilalui ,
Aku akan berhati – hati

7.      Takut nanti hati dilukai
Tak ku biarkan pisang berbuah lagi …
Jangan kau cipta kisah dongeng fantasi buatku lagi …
Kerna hati ini telah kau sakiti …

8.      Biarkan itu kata orang
Tapi hati tidak merelakan
Kerna hati masih sayang
Itu kawan itulah juga lawan

9.      Aku rindu kenangan lalu
yang terindah tercipta untukku bersamamu
kerna itu aku amat merinduimu

10.  Wahai sahabat yang ku rindu
Tidak terdetikkah di hatimu untuk kembalikan kenangan lalu
Persahabatan yang pernah terbina di antara kau dan aku suatu masa dahulu
Merupakan kenangan terindah buat kau dan aku

11.  Hanya kerna satu kesilapan
Akibat dari kealpaan
Hancur musnah sebuah ikatan
Persahabatan yang diharapkan berkekalan

12.  Air mata ak,u dianggap lucu bagimu
Kata-kataku menjadi hiburan buatmu
Hilai tawaku menjadi bahan ejekanmu
Segala tingkah laku menjengkelkan dirimu
Aku yakin itu
Kerana aku tahu kau membenciku
Aku pun jua begitu berganda benciku padamu
Tapi makin dibenci makin disayangi
Yang jauh dekat di hati
Yang dekat itu amat dirindui

13.  Cukup sampai di sini aku mencoretkan rasa di hati
Maafkan ku teman tak mudah untuk aku memaafi kezaliman mu ini
Hati dan jiwa ku lebih keras dari batu kelikir di bumi

14.  Kerna segala kasih sayang , kesetiaan , kejujuran , keikhlasan
dan yang maha penting ialah kepercayaanku terhadapmu telah kau ragut dari hatiku ini
sukar bagiku melupakan semua ini kerna berparut sudah di hati


credit to : Azreen Atiqah Azlan