March 20, 2015

Cerpen : Jodoh Itu Milik Dia

Assalamualaikum ,
Hari ni sajalah nak 'promote'.
Bukan apa pun , cuma nak suruh bagi komen tentang cerpen aku ni haa .
Free je ni tahu . Hehehe . Lawati sini




Kalau nak lebih detail aku punya cerpen klik SINI 

Ini tak ada maksud apa-apa pun cuma nak perbaiki lagi kalau aku ada buat cerpen yang seterusnya . Sebelum itu kita bagi perenggan pertama dia , biar bagi membuak buak rasa nak baca tu . Ecewah . 
Jangan la lupa bagi BINTANG . Nak KOMEN pun boleh . Terima kasih banyak banyak :D

Perenggan pertama : 

Widya termenung menghadap pantai pada waktu senja itu. Sungguh mengasyikkan jika sesiapa yang memandangnya. Buku di pelukan tangan Widya dipeluk erat bagai tidak mahu langsung berpisah. Semakin erat dipeluknya buku itu , semakin matanya terasa berat untuk mengeluarkan air jernih itu. Tanpa dapat ditahan lagi, akhirnya air jernih itu laju menuruni pipi mulusnya. Widya menangis tidak tertahan lagi. Bertemankan bunyi ombak yang menghempas lantai pasir, tangisan Widya menjadi semakin kuat.
            “ Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa?!,” luah Widya dalam tangisan.
            “ Apa yang aku dah buat dengan kau sampai kau buat aku macam ni,  Linda. Kenapa kau sanggup buat macam ni!,” sambil mencampakkan buku itu ke atas pasir putih itu. 


March 5, 2015

Kursus Pendek : Masakan Bollingger Patty

Kursus Pendek : Kursus Masakan Bollingger Patty 
Anjuran : Kolej Komuniti Teluk Intan 
Tarikh : 01 Mac 2015

Assalamualaikum . Seperti biasa aku nak share pasal kursus komuniti yang telah aku pergi pada hari ahad yang lepas. Ini adalah kali pertama aku pergi kursus anjuran kolej komuniti Teluk Intan . By the way, ini yang paling best la aku kata sebab aku pergi dengan cikgu kesayangan aku yang dah pencen iaitu Puan Norazizah Zakaria. Yeah ! Best woo . Datang dalam 11 orang dan kami semua macam keluarga . Siap buat group whatsapp. Aku kira yang aku adalah second yang termuda dari semua sebab banyak mak mak yang dah hebat memasak. Ada yang berniaga kek dan ada yang pergi kursus ni memang nak berniaga burger ini . 

Chef dia sangatlah baik dan pandai ambil hati . Tolong kami dan puji kami walaupun agak hancur jugaklah burger tu . Huehuehue. Biasalah , kami first time belajar . Actually , Bollingger Patty tu adalah Burger Homemade yang dibuat sendiri tanpa bahan MSG . Tapi serious memang sedap dan padat . Makan sekali boleh kenyang berhari hari - okay , ini tipu . So , aku malas cakap panjang - panjang , marilah kita mencuci mata . 


ni semua yang join kursus masakan ni 


bersama cikgu azizah (sebelah kiri ) dan makcik yang baru kenal :D


Woaa , banyak tak segala macam benda nak kena masukkan ni ? 


Ni namanya Chef Nor Hafiz . 

Pada hari itu kami belajar buat empat benda iaitu : 
1. Patty burger ( daging dan ayam ) 
2. Mayonis 
3. Sos BBQ 
4. Design burger .