Seindah Nama Ainul Mardhiah
Subuh
pagi memang menyejukkan. Dikelilingi hutan belantara dan haiwan-haiwan jinak,
sentiasa dilihat harmoni. Di hutan tersebut, tiada perburuan berlaku. Haiwan
riang kemana sahaja tanpa rasa takut. Haiwan dan manusia juga adalah kawan
baik.
Kelihatan kelibat seorang pemuda
sedang memancing bersama seekor beruang disisinya. Pemuda itu mengisi masa
lapangnya dengan memancing apabila waktu hari cuti berniaga. Pancingnya diikat
di sebuah pokok dan dia berjalan-jalan bersama beruangnya di kaki sungai sambil
merenung awan biru. Tiba-tiba pemuda itu mematikan langkahnya. Pemuda itu
memandang beruangnya. Beruangnya hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu
apa-apa. Pemuda itu terus mendekati sebuah kotak emas yang besar.
“ Harta karunkah ? “ bisik
pemuda itu. Dengan perlahan-lahan juga dia membuka kotak tersebut.
Dia tergamam. Tergamam melihat
sesuatu yang sangat susah dilihat orang. Seorang perempuan yang sedang
terbaring. Perempuan itu memakai pakaian berwarna putih. Rambutnya berwarna
keemasan. Kulitnya putih melepak bagaikan bidadari yang turun ke bumi. Cantik
sungguh apabila dipandang.
“ Kelihatan perempuan ini masih
bernyawa. Mari kita bawa dia ke rumah bagi dirawati. Kemungkinan dia pengsan.
Pemuda itu mengangkat perempuan itu dengan perlahan-lahan. Kebetulan, pemuda
tersebut membawa kereta kudanya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kampung Sungai Permata heboh
dengan kepulangan Daim yang membawa seorang perempuan cantik. Di rumah Daim,
perempuan itu dirawat oleh ibu Daim, Mak Dayang juga terkejut apabila anaknya
membawa pulang seorang perempuan yang sangat cantik. Takut pula Daim membuat kerja-kerja jahat
dengan mencuri anak gadis orang. Namun, Daim tidak seteruk begitu kerana Daim
seorang yang taat akan ibunya, rajin bekerja, suka membantu orang dan suka
bersedekah.
“ Nama anak ni siapa ?,” tanya
Mak Dayang apabila gadis itu tersedar dari pengsan.
“ Saya tak ingat,” kata gadis
itu perlahan.
“ Anak berasal dari mana?,”
“ Saya tak ingat,”
“ Cantiknya mata merah jambunya.
Pertuturannya juga sungguh sopan,” bisik Daim dalam hati. Kagum akan
kesempurnaan diri gadis itu.
“ Jangan puji saya. Saya takut saya
lupa diri,” kata gadis itu tiba-tiba.
Daim tersentak lantas terdiam.
“ Di mana saya ?,” tanya gadis
itu.
“ Kampung Sungai Permata. Daerah
Nawaini,”
“ Saya mahu pulang ,”
“ Awak masih tidak sihat.
Tinggallah di sini dahulu,”
Gadis itu hanya merenung lantai
kayu rumah papan itu.
“ Awak tidak ingat siapa diri
awak. Jadi, saya mahu memanggil awak apa?,”
“ Saya suka nama Ainul Mardhiah,”
“ Saya panggil awak Ainul. Nama
saya Daim,”
“ Sekarang sudah masuk waktu apa
?.”
‘ Zohor. Mahu solat?,” Ainul
mengangguk.
Hangat sungguh perbualan
masyarakat kampung itu tentang Ainul Mardhiah. Ke mana sahaja Ainul Mardhiah
pergi, mesti ada mata yang memandang lebih-lebih lagi manusia yang bergelar
lelaki. Mana taknya, tidak pernah ada seorang wanita yang cantik seperti Ainul
Mardhiah.
Ainul Mardhiah juga sentiasa
tersenyum. Senyumannya sentiasa terhias di bibir walau di mana jua. Dia suka melayan
kerenah kanak-kanak kampong itu. Hampir setiap hari, Ainul Mardhiah akan duduk
di pohon rendang berdekatan dengan rumah Daim sambil bercerita pelbagai
kisah-kisah yang menarik perhatian kanak-kanak.
Paling mengkagumkan, dia juga
dapat bermain senjata dengan baik. Tidak kira senjata tersebut kecil atau
besar, dia mampu untuk menggunakannya. Kerana semua itu, Ainul Mardhiah mula
menjadi kegilaan lelaki di kampong itu. Namun, ada satu nalurinya yang tidak
pernah merubah dan sentiasa mengalir dalam jiwanya. Dia pernah merasakan selama
ini dia tidak pernah tersenyum. Dia pernah merasakan dia pernah dikecewakan
oleh lelaki. Oleh itu, dia seperti sentiasa menjaga batas apabila bertemu
dengan lelaki.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Setahun sudah berlalu. Pelbagai
cabaran hidup membuatkan dirinya semakin matang menjalani kehidupan. Ainul
Mardhiah teringin sekali mengenali dirinya yang sebenar. Sudah berkali – kali
dia cuba mengingati zaman silamnya namun gagal sama sekali. Hanya kerana itulah
dia sering mengeluh bersendirian tanpa pengetahuan orang lain.
“ Apa yang dimenungkan itu
Ainul?,” tegur Mak Dayang.
“ Eh, Mak Dayang. Tidak perasan
pula kehadiran Mak Dayang tadi,”
“ Mana nak perasan kalau asyik
sungguh berangan tu. Teringkatkan buah hatikah?,”
“ Ish.. mana adalah Mak Dayang.
Lagipun saya mana ada buah hati,” jawab Ainul Mardhiah segan.
“ Eloklah tu. Boleh Mak Dayang
satukan kamu dengan anak Mak Dayang, Si Daim tu. Gayanya si Daim tu dah minat
sangat dengan kamu,”
“ Erk.. Mak Dayang ni, saya muda
lagilah,”
“ Muda – mudalah kena khawin.
Jangan tunggu sampai tua. Kalau kamu dah sedia, beritahulah Mak Dayang,”
AInul Mardhiah tunduk malu.
“ Lupa nak beritahu, malam ni
ada jemputan ke istana. Sultan kita nak buat kenduri. Anaknya bakal khawin
esok,”
“ Siapakah nama anaknya itu Mak
Dayang?”
“ Putera Mirwan Mizan. Bakal
isterinya pula Dayang Dang Wangi,”
Ainul Mardhiah tersentak. Terasa
dia mengenali lelaki tersebut.