June 27, 2014

Resepi : Nutella Cornflakes Bermadu


 Assalamualaikum dan Hai Hai dan Selamat Berpuasa buat muslim yang beragama islam . Haa ~ macam mana tu? Belum lagi puasa dah start buat kuih. Nak buat macam mana , gua memang minat betul cornflakes ni. Huahuahua. So , sabar je la kan. Nak belajar masak? Uih , sonang sangat lah kalau nak buat. Ini gua ubah sikit resepi nya. Bila gua makan , Emmm lemak berkrim sangat sedaplah. Tak susah langsung buat benda ni. Senang sangat sangat.

Bahan-bahan:

> Cornflakes (Pakai satu paket terus tapi yang bukat Jimat punya tu. yang biasa. Alah, actually sukati la nak berapa banyak )
> Gula castor ( 4 sudu )
> Madu ( Kalau hangpa beli botol punya. Pakai separuh je. Nanti manis sangat pulak )
> Nutella ( 2 sudu )
> Kacang hancur (sukati nak berapa banyak)
> Raibow rice sukati nak berapa banyak (sebagai hiasan)
> mentega 2 sudu

Step 1 :
Cairkan mentega .
Masukkan gula castor
Masukkan Madu
Masukkan Nutella
Kacau sampai gula tu dah takde rasa gula . ~.~ Hohoho. sampai gula cair .

Dalam bowl :
Masukkan cornflakes
Kacang hancur

Step 2 :
Tuang step 1 dalam bowl . Kacau sampai sebati. Lepas tu macam biasa la , letak la dalam papercup tu mengikut sukatan yang anda suka. tabur rainbow rice banyak banyak sebab dapat la warna yang pelangi nanti.

Step 3 :
Bakar dalam 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Nanti kalau lama lama takut hangus. Memang la sedap tapi orang tengok pun ingat kita tak reti masak. xD Lepas tu dah siap , sejukkan dan masuk dalam balang. Boleh la dibuat kudapan selepas berbuka ataupun nak buat sebelum raya nanti. Try laaa :3


June 21, 2014

Perkara/Aktiviti Biasa di Indonesia

Assalamualaikum. Jeng jeng jeng . Haa ~ hari ini aku nak tunaikan janji jugalah. Perkara Biasa yang anda di Indonesia. Aku bagitau ni bukan apa. Tak mahu la pulak korang terkejut macam nampak beruk pulak. Setiap negara lain perkara biasanya. Kat Indonesia ni biar la aku cerita sikit je la. Aku bukan merayap satu Indonesia pun. Aku lepak kat Bandung je pun.

1. JALAN JEM NAIK BUKIT / TURUN BUKIT - INCHE POLIS TRAFIK


Inilah adalah sesuatu perkara rare punya kalau kat Indonesia. Korang akan nampak jalan yang jem sangat sangat. Jalan ni jem sebab jalan nye kecil dan ditepi tepi pula ada rumah yang hampir dengan jalan. Jalan jem sebab semata mata bas kami nak turun dari bukit. Nak buat macam mana , bas kan besar. Satu lagi tengok orang tu. DIorang ni macam polis trafik. Tolong macam ni lah, suruh kereta tu ketepi sikit ke atau kalau korang nak keluarkan kereta tapi tak dapat dapat sebab sesak, ada je diorang korang dengan senang lenang boleh lalu. Tapi jangan la lupa bagi tips kat diorang. Berapa yang korang bagi pun dia terima dengan ikhlas.

2. MASJID UNIVERSAL


Ikhlas lah aku cakap , masjid diorang tak macam kita sebab tempat solat lelaki dan perempuan adalah campur. Kalau Malaysia, kan ada langsir bagai tu. Kalau kat sini tak ada. Jadi kalau nak cover aurat tu, elok elok lah ye. Jangan pulak terkejut. Ni aku bagitau lah ni.

3. WAKTU SOLAT DI INDONESIA


Sepatutnya ini paling first . Huuuu ~ Ni benda paling penting untuk orang muslim yang berada di Indonesia. Solat subuh pukul 4.40 am tahu. Jangan bangun pukul 6. Dah habis solat dah kiranya tu. Walaupun aku pergi bulan 5, dia punya waktu solat kat situ situ juga la. Bukan beza banyak pun.

4. PENGHIBUR JALANAN 


Ini penghibur jalanan. Kalau dia tahu kita dalam bas pelancong , diorang laju laju datang dan buat persembahan nyanyian. Ala , macam Tegar lah. Jangan la pula korang halau dia. Kesian lah dia. Kalau korang tak nak bagi tips pun jangan maki hamun pulak. Tu kira rezeki halal tu. 

5. PASAR BARU 



Aku tau sangat la kalau korang datang Indonesia , tak sah kalau tak pergi pasar baru. Banyak betul barang yang dijualnya . Disebabkan aku baik sangat , aku terus bagi tau la tingkat tingkat yang korang boleh beli barang yang korang aim. Mana lah tau , ada orang dia cekap buat plan dah ke sebelum pergi Indonesia. Hohoho

Dari tingkat bawah :

D1 - BUSANA MUSLIM , FASHION , TEKSTIL , AKSESORI
D2 - TAS , SEPATU & SANDAL , FASHION, BUSANA MUSLIM, PUSAT JAKET
L1 - TEKSTIL, SPREI, BEDCOVER, KARPET, SARUNG
L2 - BANK, ATM, TOKO MAS, TEKSTIL
L3 - FASHION, TAS, KELENGKAPAN BAYI & ANAK , PUSAT PAKAIAN DALAM
L4 - FASHION, SEPATU, AKSESORI, KELENGKAPAN HAJI & BUSANA MUSLIM
L5 - MUDA MUDI CENTRE, SALON KECANTIKAN, HANDPHONE, DVD
L6 - BANDUNG FOOD CENTRE, GAME MASTER , FURNITURE, SALON
L7 - PARKIR

6. PENIAGA JALANAN


Ini adalah peniaga jalanan. Kalau korang naik kereta la kan , lepastu berhenti pulak kat lampu insyarat yang lama, pasti ada peniaga ini. Mereka jual macam macam, Ada jual air , kacang , surat khabar dan macam-macam lagi. Kalau korang naik bas , nak beli macam mana ? Tak ape , ini juga mencari rezeki yang halal bukan?

7. JALAN TAK ADA LINE


 Jalan kat Indonesia kebanyakan tak ada line. Jadi kalau nak menyusup sana sini, silakan la. Aku tengok walaupun macam ni tak ada pulak kemalangan berlaku tapi kalau hon tu normal lah jugak kan. So, sesiapa yang bawak kereta sewa ke kat sana kan, aku harap korang kena sedia mental dan fizikal la dulu tau.

### Ini ajalah aku dapat survey kat sana. Bukan duduk lama kat sana pun . cuma 3 hari je. Kalau salah ke ape ke , betulkan lah aku ni ye. Aku cuma bagitau apa yang aku tengok je.

June 13, 2014

Bengkel Kerawitan Muzik Pergendangan Dan Seni Tari Nusantara di Bandung , Indonesia




Assalamualaikum ya habibi ya maulana gosok gigi guna spanar ~.~
Hohoho , di waktu cuti sem yang agak menyeronokkan ni , memang la seronok sebab dapat bercuti ke negara orang. Tapi ini punya holiday , ikut pemandu pelancong je. Actually ikut rombongan sekolah mak untuk bidang tarian punya. Aku tak terlibat sama sekali okay . Aku tak reti menari . Hohoho. Aku ni sebenarnya sangat malas untuk bercerita pun. Cuma nak bagi tahu tempat yang best dilawati kat sana je. So far , bandung ni kira okay dan boleh la. Tak nak cakap banyak , mari tengok tempat yang wajib dilawati. Abaikan gambar yang ada aku tau , Tau lah comel . Ada aku kesah ? :3 Nanti aku bagi tip tip pada sesiapa nak pergi bandung okay ? ~.~


NASI LIWET

Jeng jeng jeng . Meh aku perkenalkan , ini namanya NASI LIWET . Erk , actually jangan fikir bukan bukan tahu. Nasi Liwet ni ada banyak lauk . Ada tauhu , ikan talapia masak tepung goreng , ayam percik kot , telur goreng dan sebagainya. Kami dihidangkan dengan air strawberri serta kawasan yang sejuk dan damai . Kedai ni atas bukit ~.~


KAWAH PUTIH

Kawah Putih merupakan sebuah kawasan air yang bertakung yang berbau belerang yang sangat kuat  serta berwarna putih. Hal ini disebabkan di sini adalah kawasan gunung berapi yang aktif. Sesiapa yang asma , jangan sesekali pergi tahu nanti mati katak je kat situ. Diingatkan bawak payung juga sebab kawasan ini di atas gunung yang tinggi dan seringkali hujan . Kalau naik bas , diorang akan berenti satu tempat ni . lepas tu nak naik atas sana akan pakai van. Kalau bawak kereta ke atas sana pun boleh. Tapi jalan dia memang menakutkan . Kalah cameron highlands daaaa.


MASAKAN PADANG 

Masakan Padang menyediakan banyak juadah. Satu hidangan terdapat hampir 10 juadah. Memang kalau makan sorang-sorang mahu semput. Banyak sangat dia bagi. Buat pengetahuan juga , setiap kedai yang menyediakan juadah masakan padang , ada yang tak sama lauknya. Lain kedai , lain lauk . Kalau semua sama lauk , siapa yang mahu pergi? 


ZODIAK HOTEL

Kami menginap di hotel ini sepanjang berada di Bandung. Hotel ni boleh tahanlah . Wifi pun laju je. Kalau nak pergi bilik naik tangga bukan ada lift . So , sabar je lah. Lalala . Hotel ni hotel baru . Dan jangan risau . Sebab kat hotel ni ada converter. Tak payah beli converter.


SMK Negeri 10 BANDUNG 
Ni kira acara kemuncak bagi rombongan ini sebab ini yang paling penting pun. Kiranya sekolah ini dah buat link la dengan sekolah mak. Sekolah ni adalah sekolah vokasional . Bidang mereka adalah bidang seni. Memang sekolah ini pentingkan bidang seni la kiranya. Macam kat Malaysia , ada juga sekolah vokasional kann? Ada banyak persembahan yang dipertontonkan seperti tarian , classic music , modern music , apa ke nama yang main teng teng teng teng { gambar paling atas belah kanan tuuu }. Hahaha ~ aku tak ingat daa . By the way , boleh tahan lah persembahan mereka.


SEAFOOD 

Lepas je aktiviti tarian tu , makan pulak dekat kedai makanan Seafood. yum yum . Sangat sedaplah makanan nya. Sampai sekarag terliur rasanya tekak ni. Hadoi  Lauknya macam macam jugak lah . Ada ikan talapia , butter prawn , mee , dan sebagainya . MasyaAllah . Sangat sedap lah . ~.!


ANGKLUNG UDJO

 Yeah ! Ini adalah pusat pembuatan angklung. Kami disajikan persembahan tradisional Indonesia. Ada yang bermain angklung, ada yang menari tarian merak, ada yang si cilik menari comel dan ada juga muzik angklung moden. Sangat menarik bila mana banyak persembahan disembahkan oleh anak-anak kecil yang sangat berbakat. Lepas itu, kami diajar bagaimana bermain angklung. Hah ! Aku terus rasa macam nak je belajar main angklung. Memang best sangat sangat sangat . Tak boleh nak cakap. 



PASAR BARU BANDUNG

Ini memang sesiapa kaki shopping , datang je la ke sini. Pasar baru ni memang sangat besar nye pun. Ada enam tingkat. Hambek mung. Boleh pakai duit RM lagi kalau tak cukup duit. Jangan pulak pakai kredit kad. Dia pun tak layan daa. Harga boleh nego. Kalau pandai nego, dapat la harga murah. Time ni aku demam. So, takde selera nak jalan jalan pun. Haihhh.


RM. WIBISANA { MASAKAN BIASA }

Ini adalah tempat last sekali . Lepas tu memang terus bergegas ke airport takut terlambat. Makanan dia boleh tahan la tapi disebabkan gue demam , terpaksa redha makan sikit dan tak lalu langsung. Menangis tidak berlagu T.T 

## Ini sajalah coretan . Ada sambungan . Tapi sambungan yang lain aku nak bagi tahu benda / perkara biasa yang akan korang tengok dekat Indonesia. Jadi , stay tuned . xD



June 4, 2014

Bila Hati Dah Sayang



Assalamualaikum , wahai blog ku yang tersayang . Maaflah blog selalu tinggalkan kamu sorang-sorang. Lepas tu kalau ada masalah baru nak cari kamu. Hurm, maaf sangat-sangat. Nak buat macam mana. Takde siapa pun nak dengar luahan hati kita yang seringkali macam takde faedah nak fikir.

Tajuk post bila hati dah sayang . Ni bukan cerita pasal aku jatuh cinta dan hati pun sayang kat mamat tu dan bla bla bla pasal cinta. Memang tak lah. Aku tak minat. Ni pasal sahabat. Oh man! WHY la you ! Bila datang blog ni je mesti nak cerita pasal sahabat. Tak ada benda yang faedah lagi ke ? Buang masa buang air mata buang apa ntah. Aku nak buat apa lagi ???? Aku memang sayang kan persahabatan . Tapi aku macam syok sendiri . Aku rasa aku je yang perlukan diorang . Tapi diorang mana kisah kat aku pun!! Aku rasa macam aku nak hilang ingatan pasal semua memori kawan kawan aku. Aku hidup menderita. Biar aku lupa semua. segala-galanya. Biar mereka gembira.

Memang jujur aku gaduh dengan kawan aku ni. Tak mahu mention nama. Kami rapat sangat dan aku anggap macam sahabat baik sangat. Tapi , kami gaduh. Tu pun memang salah aku la kan. Tapi ntah la . Aku akhirnya minta maaf akan segalanya. Aku cakap aku anggap dia sahabat baik aku tapi , dia kata aku memang rapat dengan orang tapi tak de lah sampai sayang. Just rapat je . Just rapat je Just rapat je. Ayat tu berapa kali dah terngiang-ngiang kat kepala otak ni dan aku rasa macam , WHAT?? and aku diam dan aku mengaku sahaja lah.

Dan the whole day aku fikir pasal tu dan ntah macam mana keluar jugak air mata berharga ni. Ya Allah , masa ni lah aku nak sangat hilang ingatan supaya aku tak fikir lagi pasal tu tapi apakan daya. Bukan boleh tiba-tiba. And then , mana boleh doa kat Allah macam tu. Mana tahu nauzubillah aku bawak kereta lepas tu kena langgar dan Allah kabulkan permintaan aku dan aku hilang ingatan dan aku hilang tubuh badan . Ini? Bukan yang aku nak !Jangan fikir macam tu . Tak baik.

Mak aku pernah pesan , kalau nak berkawan jangan rapat sangat and once bila dia sakitkan hati kita , kita selama-lamanya tak akan maafkan dia dan akhirnya aku faham. Aku tak sepatutnya berharap dengan orang. Ugh ! Ya ! Mulai hari ni aku tak mahu terlalu rapat lagi. Cukuplah sekadar kawan sahaja. Biar aku tak ada kawan yang memahami. Biar aku bersendirian sahaja. Biar aku begini selamanya. Biar ! Sebab aku ada kawan dan sahabat yang paling bahagia . Selalu mendengar luahan hati aku . Aku sayang dia selamanya . Allah Pendengar segala-galanya.