June 13, 2014

Bengkel Kerawitan Muzik Pergendangan Dan Seni Tari Nusantara di Bandung , Indonesia




Assalamualaikum ya habibi ya maulana gosok gigi guna spanar ~.~
Hohoho , di waktu cuti sem yang agak menyeronokkan ni , memang la seronok sebab dapat bercuti ke negara orang. Tapi ini punya holiday , ikut pemandu pelancong je. Actually ikut rombongan sekolah mak untuk bidang tarian punya. Aku tak terlibat sama sekali okay . Aku tak reti menari . Hohoho. Aku ni sebenarnya sangat malas untuk bercerita pun. Cuma nak bagi tahu tempat yang best dilawati kat sana je. So far , bandung ni kira okay dan boleh la. Tak nak cakap banyak , mari tengok tempat yang wajib dilawati. Abaikan gambar yang ada aku tau , Tau lah comel . Ada aku kesah ? :3 Nanti aku bagi tip tip pada sesiapa nak pergi bandung okay ? ~.~


NASI LIWET

Jeng jeng jeng . Meh aku perkenalkan , ini namanya NASI LIWET . Erk , actually jangan fikir bukan bukan tahu. Nasi Liwet ni ada banyak lauk . Ada tauhu , ikan talapia masak tepung goreng , ayam percik kot , telur goreng dan sebagainya. Kami dihidangkan dengan air strawberri serta kawasan yang sejuk dan damai . Kedai ni atas bukit ~.~


KAWAH PUTIH

Kawah Putih merupakan sebuah kawasan air yang bertakung yang berbau belerang yang sangat kuat  serta berwarna putih. Hal ini disebabkan di sini adalah kawasan gunung berapi yang aktif. Sesiapa yang asma , jangan sesekali pergi tahu nanti mati katak je kat situ. Diingatkan bawak payung juga sebab kawasan ini di atas gunung yang tinggi dan seringkali hujan . Kalau naik bas , diorang akan berenti satu tempat ni . lepas tu nak naik atas sana akan pakai van. Kalau bawak kereta ke atas sana pun boleh. Tapi jalan dia memang menakutkan . Kalah cameron highlands daaaa.


MASAKAN PADANG 

Masakan Padang menyediakan banyak juadah. Satu hidangan terdapat hampir 10 juadah. Memang kalau makan sorang-sorang mahu semput. Banyak sangat dia bagi. Buat pengetahuan juga , setiap kedai yang menyediakan juadah masakan padang , ada yang tak sama lauknya. Lain kedai , lain lauk . Kalau semua sama lauk , siapa yang mahu pergi? 


ZODIAK HOTEL

Kami menginap di hotel ini sepanjang berada di Bandung. Hotel ni boleh tahanlah . Wifi pun laju je. Kalau nak pergi bilik naik tangga bukan ada lift . So , sabar je lah. Lalala . Hotel ni hotel baru . Dan jangan risau . Sebab kat hotel ni ada converter. Tak payah beli converter.


SMK Negeri 10 BANDUNG 
Ni kira acara kemuncak bagi rombongan ini sebab ini yang paling penting pun. Kiranya sekolah ini dah buat link la dengan sekolah mak. Sekolah ni adalah sekolah vokasional . Bidang mereka adalah bidang seni. Memang sekolah ini pentingkan bidang seni la kiranya. Macam kat Malaysia , ada juga sekolah vokasional kann? Ada banyak persembahan yang dipertontonkan seperti tarian , classic music , modern music , apa ke nama yang main teng teng teng teng { gambar paling atas belah kanan tuuu }. Hahaha ~ aku tak ingat daa . By the way , boleh tahan lah persembahan mereka.


SEAFOOD 

Lepas je aktiviti tarian tu , makan pulak dekat kedai makanan Seafood. yum yum . Sangat sedaplah makanan nya. Sampai sekarag terliur rasanya tekak ni. Hadoi  Lauknya macam macam jugak lah . Ada ikan talapia , butter prawn , mee , dan sebagainya . MasyaAllah . Sangat sedap lah . ~.!


ANGKLUNG UDJO

 Yeah ! Ini adalah pusat pembuatan angklung. Kami disajikan persembahan tradisional Indonesia. Ada yang bermain angklung, ada yang menari tarian merak, ada yang si cilik menari comel dan ada juga muzik angklung moden. Sangat menarik bila mana banyak persembahan disembahkan oleh anak-anak kecil yang sangat berbakat. Lepas itu, kami diajar bagaimana bermain angklung. Hah ! Aku terus rasa macam nak je belajar main angklung. Memang best sangat sangat sangat . Tak boleh nak cakap. 



PASAR BARU BANDUNG

Ini memang sesiapa kaki shopping , datang je la ke sini. Pasar baru ni memang sangat besar nye pun. Ada enam tingkat. Hambek mung. Boleh pakai duit RM lagi kalau tak cukup duit. Jangan pulak pakai kredit kad. Dia pun tak layan daa. Harga boleh nego. Kalau pandai nego, dapat la harga murah. Time ni aku demam. So, takde selera nak jalan jalan pun. Haihhh.


RM. WIBISANA { MASAKAN BIASA }

Ini adalah tempat last sekali . Lepas tu memang terus bergegas ke airport takut terlambat. Makanan dia boleh tahan la tapi disebabkan gue demam , terpaksa redha makan sikit dan tak lalu langsung. Menangis tidak berlagu T.T 

## Ini sajalah coretan . Ada sambungan . Tapi sambungan yang lain aku nak bagi tahu benda / perkara biasa yang akan korang tengok dekat Indonesia. Jadi , stay tuned . xD



No comments: