August 6, 2011

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 3

Istana Kecoh

“ Puteri Aisyah!! Puteri Aisyah!!,” jerit Puteri Fatimah.

“ Anakanda, mengapa kecoh-kecoh waktu pagi ni?,” Tanya Bonda.

“ Puteri Aisyah tiada di kamarnya sejak Subuh tadi,” kata Puteri Fatimah cemas.

“ Cuba cari di Taman Mawar Merah,” cadang Bonda.

“ Dah cari seluruh tempat. Tapi Puteri Aisyah tak dijumpai. Sewaktu anakanda masuk ke dalam kamar Puteri Aisyah, anakanda Nampak sampul surat ini di atas katilnya,” kata Puteri Fatimah sambil menghulurkan sekeping surat berwarna emas.

“ Anakanda Puteri Aisyah,” kata Bonda perlahan lantas terduduk. Bonda menangis.

Puteri Fatimah cuba meredakan tangisan Bonda. Tidak sampai hati melihat Bonda kesedihan di situ. Tiba-tiba kedengaran derap kaki laju menuju ke arah Puteri Fatimah dan Bonda.

“ Anakanda, mengapa Bonda kamu menangis?,” Tanya ayahanda.

Puteri Fatimah tidak menyahut namun hanya menghulurkan sekeping surat tadi. Ayahanda membacanya dengan teliti. Setelah dia membaca, satu keluhan kecil terhembur dari mulutnya.

“ Anakanda Puteri Aisyah,”

“ Mengapa Puteri Aisyah menghilangkan diri ayahanda?,” Tanya Puteri Fatimah.

“ Hmm… Cintanya tidak dibalas,” jawab ayahanda perlahan lantas memapah Bonda ke kamar mereka.

Puteri Fatimah memandang ayahanda dan bondanya dengan perasaan sayu.

“ Mengapa dinda Fatimah berteleku di sini?,” tiba-tiba kedengaran suara menyapa dari belakang.

“ Owh.. kanda Ilyas,” Puteri Fatimah menyeka air mata dari terus menerus jatuh menyimbah bumi.

“ Dinda Fatimah. Mengapa menangis?,” Tanya Puter Ilyas sekali lagi tanda tidak puas hati tidak mngetahui apa yang membuatkan Dinda Fatimah menangis.

“ Dinda Aisyah sudah menghilangkan diri dari istana,” jawab Puteri Fatimah sambil tersedu-sedu.

“ Apa? Dia lari dari istana kah?,”

Puteri Fatimah hanya mampu menganggukkan kepala. Tidak mampu bertentang mata dengan Kanda Ilyas.

“ Biarkan sahaja DInda Aisyah pergi. Amanlah istana ini,” celah Kanda Ilyasa dengan wajah selamba.

“ Tutup mulut celuparmu wahai kanda Ilyasa,” marah Putera Ilyas.

“ Apa? Tidak betulkah apa yang kanda cakap? Selama dia menetap di istana ini, dia sering menyusahkan keluarga istana. Dan juga memalukan Istana Mawar Merah. Lebih baik dia pergi dari terus memalukan kita di sini!!,” lancang sungguh perkataan yang keluar dari mulut Putera Ilyasa.

Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Putera Ilyasa. Akibat tamparan itu, Putera Ilyasa jatuh terduduk. Sakitnya bukan kepalang.

“ Jangan anakanda menghina anakanda Aisyah. Walaupun dia memalukan keluarga kita, antara kamu semua, anakanda Aisyah yang paling boleh diharap dari kalian semua!. Sekali lagi mulut celuparmu menghina anakanda Aisyah, anakanda sendiri keluar dari istana ini!,” tengking ayahanda yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ketiga-tiga anakandanya terdiam lantas berlalu dari situ. Tiada siapa yang berani melawan kata-kata ayahanda. Jika tidak buruk padahnya. Ayahanda segera ke balairung istana lalu memanggil Laksmana Qaizen.

“ Beta perintahkan Laksmana Qaizen mencari Puteri Aisyah dan Dayang Seri Kekwa sehingga dapat,”

“ Perintah dijunjung tuanku,” sembah Laksmana Qaizen lalu beredar pergi mempersiapkan diri.

Namun di hati Laksmana Qaizen hanya tertera satu nama sahaja. Di hadapan Sultan, dia sanggup mengatakan yang dia mengadaikan nyawa mencari mereka berdua. Namun, hatinya lebih kepada menyelamatkan Dayang Seri Kekwa, buah hatinya.

“ Seri, tunggu kanda mencari adinda sehingga dijumpai. Kanda rindu akan suara adinda,” kata suara hati Laksmana Qaizen.