October 17, 2015

Pertandingan Rancangan Perniagaan Politeknik Seberang Perai 2015

Alhamdulillah . Berkat doa ummi , kawan-kawan dan dengan usaha yang lebih akhirnya kami menang dalam Pertandingan Rancangan Perniagaan pada sesi Jun 2015. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya aku dengan kemenangan ini. Walaupun di dalam politeknik sahaja , namun ia cukup membuatkan aku benar-benar rasa bersyukur. Aku pernah juga menang untuk The Biggest Entrepeneurship Kedah 2015 yang berlangsung pada bulan 8 yang lalu .

Haha , sebagai pengurus di dalam rancangan perniagaan ni , siapa yang tak bangga kan. dengan nama syarikat kami SWEET LITTLE THINGS BAKERY boleh buatkan kami menang . Nombor Satu lagi tu . Syukur tak terhingga . Dengar kata pula , puan kata macam nak bawa aku ke Jakarta . Program apa tak tau pula . mungkin berkaitan entrepeneur rasanya . tapi puan kata dah lambat hantar nama , tapi puan hantar juga nama . Setiap kali usai solat , dalam doa aku pohon dapat pergi program tu . Memang la aku pernah pergi luar negara dengan family aku , tapi ini bawah politeknik. Itu yang teringin nak rasa pengalaman baru. Tapi kalau tak dapat , bukan rezeki lah namanya tu. Allah mesti akan bagi yang lebih baik. Percaya lah . :D

Tak nak cakap banyak dah. Nak tunjuk gambar je . Sebagai kenangan sampai bila-bila . In sha Allah .


Ni masa ambil hadiah Booth Kreatif dan Presentation Terbaik 


Haa , ni hadiah untuk Booth Kreatif tu 


Kami meja nombor 14 . Nama syarikat kami SWEET LITTLE THINGS BAKERY 


Hehehe . Alhamdulillah . No 1st


Ni kumpulan kami . Purple gitu. I'm the CEO  . Huahuahua




Di booth kami menjual biskut dan kek batik :D sedap tauu


* Mula mula memag tak imagine boleh menang sebab semua peserta hebat-hebat . Tapi yelah , kalau Allah dah bagi rezeki , terima la dengan hati terbuka 

-16102015-