December 26, 2018

Idea Bekal Makanan

Assalamualaikum guys, fuh diambang ke 2019 baru lah nak update blog. Aishh lama bebenor dah tak update. Hari ni rajin sikitlah nak update benda biasa-biasa je. Maklumlah tengah praktikal kerja takde sebab semua dah siap. Jadi kita update la sat. By the way, ini idea bekal makanan yang kite bawak masa praktikal ni. Idoklah sedap bebenor tapi saje nak bagi idea korang bawak bekal tak pun masak untuk kat rumah. Before tu nak bagitau la , jangan la kutuk sangat masakan orang bujang ni ha. Semua belajar dari encik google je dan kadang-kadang bila malas memang main campak je apa jenis benda ada kat rumah.


Menu 1 : Ikan bawal goreng + Sotong masak cili padi + Sambal kicap + Nasi Putih


Menu 2 : Ayam masak kicap + Nugget 6 ketul + Nasi Putih


Menu 3 : Telur Sambal + Ikan kembung goreng + Sambal kicap + Nasi Putih


Menu 4 : Tomyam + Ikan siakap goreng + Sambal kicap + Nasi Putih


Menu 5 : Sotong masak cili padi / kunyit + Nugget 6 ketul + Nasi Putih


Menu 6 : Udang butter prawn + Ikan masin 2 ekor + Nasi Putih


Menu 7 : Ikan bawal masak sambal serai + Nasi Putih


Menu 8 : Udang masak lemak cili padi + Ikan Masin Seekor + Nasi Putih


Menu 9 : Telur Sambal + Ikan kembung goreng + Sambal belacan goreng + Nasi Putih


Menu 10 : Ayam KFC lebih semalam + Bihun goreng singapore cili padi pedas berapi


Menu 11 : Ikan Merah masak sambal + Nasi Putih 


Menu 12 : Ikan siakap masak asam pedas + Nugget 3 ketul + Nasi Putih 


Menu 13 : Ayam masak cili padi + Nasi Putih 


Menu 14 : Telur Sambal + Ikan Salmon + Sambal kicap + Nasi Putih 


Menu 15 : Ikan kembung masak cili padi + Nasi Putih 


Menu 16 : Nasi goreng cili padi + Nugget 6 ketul


Menu 17 : Ayam masak kunyit cili padi + Telur dadar + Nasi Putih 


Menu 18 : Nasi goreng cili kering + Daging marinated AEON


Menu 19 : Daging blackpepper + Telur mata + Nasi Putih 

Yeahhh, inilah antara menu yang dimasak. Ni semua menu simple simple je takdela macam mak mak. Huhuhu. Selamat berbekal ke pejabat/sekolah.


August 18, 2018

Cara masukkan PDF ke dalam blog

Assalamualaikum semua. Dah lama tak post something. Lagipun trend blog ni pun dah hilang sedikit demi sedikit. Jarang orang nak melawat blog kita ni ha kan . Hari ni saya nak bagi tahu cara-cara masukkan PDF ke dalam blog. Senang je kome oi

STEP 1


Sila buka google drive and wahai anak anak. Search je google drive kat google.

STEP 2


Cari butang NEW dan tekan. Then akan keluar macam ni tekan File upload 

STEP 3


Lepas download dia akan keluar macam ni. Tekan kat PDF tu. Takpun tengok kat home dan cari balik PDF tu


STEP 4

Dia akan keluar macam ni 


Tekan butang tiga titik tu. Butang tu ada kat sebelah kanan atas.


Dia akan keluar macam ni. Tekan get shareable link dan tekan copy link 


STEP 5
Bukak blog anda kembali. Buat satu post sepeti contoh di atas. tulis JOURNAL dan highlight kan guna mouse. Tekan LINK .


Masukkan copy link tadi. Nak tahu link tu jadi ke tak, boleh Test this link. Kalau dia bukak dekat journal tadi maknanya betul lah tu. Kalau tak dia akan keluar macam ni 


SELAMAT MENCUBA !




April 13, 2018

Resepi Bubur CaCa Bahan Mudah

Assalamualaikum,
Sedapnya makan bubur caca time minum petang, Tak pun sebagai dessert lepas makan nasi. Tapi nak buatnya tu yang malas dengan bahan yang banyak kan. Jadi, sekarang marilah kita melihat cara-cara buat bubur caca paling mudahhh sangattt.

STEP 1


First,  Rendam caca ni dalam air biasa  (100gm) . Lama lagi bagus bagi dia lembut senang nak rebus tak payah lama-lama kan. Tapi kalau nak cepat dalam 10 minit . Lepas tu rebus sampai caca ni empuk . Api besar pun takpe. Sampai jadi macam gambar. Dah mengembang, Lepas rebus lalu kan kat air sejuk. 

STEP 2



Sediakan 3 bahan ini. 
1. santan
2. gula melaka (better beli yang macam dalam gambar tu. senang je ambik seketul je)
3. daun pandan 2 helai disimpul.
Jangan buka api lagi. Masukkan santan, gula melaka, daun pandan dan air. Air tu nak agak, pakai balik kotak santan tu. Dalam 2 kali. Santan kara ni pekat, so air kena banyak sikit. If pakai santan Ayambrand, air pakai 1 1/2 je dari kotak. Lepas dan masukkan semua yang disebut, baru buka api perlahan. Tunggu sampai gula melaka tu cair sepenuhnya. 

STEP 3


Ok dah boleh masukkan caca kita. Masukkan sedikit garam.

STEP 4


Kacau-kacaulah sikit. Tunggu dia menggelegak sikit baru tutup api dan siap dimakan. 
ACTUALLY, IF PAKAI KARA, MASUKKAN LAH LAGI DALAM 2 SUDU GULA TAPI KALAU PAKAI AYAMBRAND KOTAK BIRU, TAK PERLU TAMBAH SEBAB DAH MANIS. JANGAN PAKAI AYAMBRAND KOTAK HIJAU. NANTI BUBUR CACA TAWARR. HUHUHU.


April 2, 2018

Updating Life at Unikl Business School 2018

Assalamualaikum semua.
Entry kali ini nak cerita lagi pasal tempat belajar kite di Unikl Business School. Bukan apa nak cerita kat sini, sebab before ni ada tulis pasal Serba Serbi Unikl Business School, lepas tu tengok ramai jugak la view pasal UBIS ni. Jadi kita update la life masa menjadi pelajar disini. Masa update dulu Sept  2016 masa tu baru sem 3 and now dah sem 6 dah. Alhamdulillah. So, sekarang nak bagi tau serba sikit lagi pasal UBIS ni dengan lebih dekat supaya nanti bila pelajar baru masuk tak lah terkejut sangat kan.

UBIS FACEBOOK 



Page FB ni khas untuk pelajar UBIS sahaja. Apa-apa tentang UBIS akan diletakkan disini seperti class cancelled on first week, mara masuk, tarikh result, pertanyaan dan pelbagai lagi. 

UBIS (HOUSE & BOOK)



Page FB ni pulak khas untuk pelajar yang menjual buku rujukan terpakai dengan harga murah serta mencari housemate untuk rumah mereka juga. Iklan tidak dibenarkan selain pengiklanan buku dan rumah sahaja.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU UBIS



Bermula Jan 2017, pendaftaran pelajar baru mula dibuat di UBIS sendiri dan bukannya di Unikl MIIT sebelum ini. Gambar ni kredit dari Prof Aimi (Lecturer UBIS). Pendaftaran dibuat di kafe UBIS Persiaran Gurney. Dimaklumkan sekali lagi UBIS mempunyai dua bangunan (1) Bangunan Yayasan Selangor (2) Persiaran Gurney, Keramat ( Boleh waze Unikl Business School Gurney Mall


PEMBELAJARAN DALAM KELAS

Sekarang ni dah maju sikit dah UBIS ni. Dekat Gurney tak pakai LCD dah sekarang ni. Pakai smartboard. Kira macam komputer besar la siap dengan internet so tak payah pakai pendrive pun takpe. Just bukak kat smartboard tu dah senang. Lagipun pakai pendrive cepat masuk virus kan.



Rasanya ni jela yang nak di update. Boleh tanya apa-apa kat email kalau nak tanya : feira.flora@yahoo.com. Kalau tanya kat komen selalu tak nampak dan jarang bukak blog. Tapi jangan la tanya pasal pinjaman MARA . Huhuhu. Sebab i pun bukan tau sangat. Cuma masa apply mara tu, siapa yang kelas nya selalu kat Persiaran Gurney nak ke Yayasan Selangor susah sikit la. Suruh hantar macam macam. Due date bagi sekejap je selalunya. So get ready je lah sebab In sha Allah akan dapat jugak pinjaman. Bakal Bachelor in Accounting (Hons) dialu-alukan tanya apa-apa pasal kos. 


March 4, 2018

Resepi Nasi Ayam Bujang

Assalamualaikum,
Weh, rajin pulak lately ni nak tulis blog. Rindu betul zaman zaman dulu yang kerap je tengok blog. Rasa seronok la pulak. Hari ni nak kongsi pasal satu resepi nasi ayam yang tak berapa nak nasi ayam sangat sebab nak cepat punya pasal. Barang asal ada kat rumah pun dah okay. Bukan nak kena tunggu semua barang ada baru boleh buat. Sesuai la untuk orang bujang-bujang yang teringin makan nasi ayam kat luar tapi mahai nak mampus. Kalau korang nak try dipersilakan la. Kalau tak, sila tengok resepi lain.

Hal ni sebab i pakai nasi putih je. Nak dijadikan cerita memang nak buat nasi ayam tapi bila pagi-pagi masuk dapur tengok dalam rice cooker dah ada nasi dah dimasak. Takkan la nak masak lain pulak kan semata mata. Lastnya makan je nasi putih dengan lauk nasi ayam. Tapi nanti i bagi je resepi nasi nya jugak. Resepi ni ambik dari Azie Kitchen . Tapi sebenarnya i dah olah banyak sebab nak cepat punya pasal. kira nasi ayam durhaka lah tak ikut petua petua orang kampung. HAHAHA.


Haaa tadaa ini lah nasi ayam bujang saya. Simple betul.

First step : 

3 ketul ayam drumstick (bahagian lain pun boleh)
1 kiub pati ayam
3 bawang merah
2 bawang putih
Air ikut berapa banyak nak ( Saya letak 2 cawan )

1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan putih hingga garing.
2. Masukkan kiub pati ayam tu. Ramas bagi hancur, senang sikit nak masak
3. Lepas tu masukkan ayam dan rebus la sampai empuk ayam itu.

INI RESEPI SUP YANG TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MASAK NASI. KALAU TAK MASAK SEKALI DENGAN NASI, TAK PERLU TAMBAH APA APA DAH SEDAP.

sebab nak masak nasi perlu air yang banyak dan perlu masak sup dalam 3-4 cawan. Menyebabkan sup jadi tawar dan perlu dimasak lagi sekali untuk masukkan penambahan lain.

Second step :

Lepas ayam dah empuk, keluarkan ayam di mangkuk lain dan kuah ayam di mangkuk lain dan kita buat sambal cili nya pulak . Sorry la tak warna merah sebab takde cili merah. Tapi rasa nya sangat sedap. Percayalah. Huhuhu

20 cili padi
5 bawang putih
1/2 cawan air sup
1 sudu kecil cuka
1 sudu sos tomato
1 sudu kecil garam / secukup rasa
1 sudu kecil gula / secukup rasa

1. Masuk kan semua bahan tu dalam blender. Blend sampai hancur
2. Panaskan minyak dan masak sambal cili tu dalam 2-3 minit dengan api perlahan

Third step :

Sekarang untuk ayam pulak.

3 ketul drumstick yang dah direbus
1 sudu besar sos tiram

1-2 sudu besar kicap
1-2 sudu besar madu1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih (diblend)
5 ulas bawang merah (diblend)

1. Masukkan semua bahan tu dan gaul rata ayam drumstick tu. Perap dalam 5-10 minit 
2. Goreng dengan minyak yang agak banyak. Hati-hati goreng sebab dia akan meletup kuat tapi tak lama.
3. Goreng dalam masa 1-2 minit sahaja dan angkat. Cuma nak bagi dia garing je.

BETTER PAKAI MINYAK LAMA SEBAB MINYAK AKAN JADI HITAM LEPAS GORENG AYAM.

Fourth step : 

Untuk kuah kicap tu kita pakai lebihan kuah perapan ayam tu. Masak di atas api. Masukkan dalam 2 senduk kuah sup dan kacau sampai mendidih. Lepas tu tutup api

Fifth step : 

Sedia untuk dimakan panas panas. 
Kalau nak masak nasi nya perlu buat masa second step. Sebab kita akan pakai kuah sup itu. Tengok berapa banyak nak masak nasi, buat kuah sup jadi banyak. 

Resepinya paling simple: 

2 sudu mentega
1 helai daun pandan 
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Kuah sup
Nak bagi warna boleh letak sikit serbuk kunyit



I TELL YOU, MAKAN MACAM NI MEMANG SEDAP UNTUK ORANG BUJANG MACAM 1. JIMAT DAN SENANG. BANYAK BAHAN DAH ADA KAT RUMAH. 


March 2, 2018

Bestfriend Become Stranger

Assalamualaikum, 
I just want to share story dekat blog ni because nak memenuhkan post tahun 2018 ni . HAHAHA
Lagipun tak ada siapa pun nak baca blog macam ni sebab takde kepentingan sangat. Lainlah yang memang blogger sepenuh masa, aku ni tak la sepenuh masa just kadang-kadang melawat jugak la blog ni. Kalau blog boleh tunjuk habuk-habuk takpun sarang labah-labah, rasanya memang dah penuh sangat dah ni. 

Sedihkan, kawan yang kita anggap dia bestfriend but now boleh jadi stranger yang macam tak pernah jumpa dan wujud. 
Takpun kita je yang anggap dia bestfriend kita but kawan tu tak rasa apa pun sebab dia banyak kawan lain yang bagi dia bestfriend.
Sadis jugak bila kita je macam berusaha nak eratkan persahabatan kita yang macam bertepuk sebelah tangan. 
Lagi haru bila dia ada kawan lain dan kita ni dianggap bestfriend part time, bila sedih baru cari, bila mintak tolong baru cari. 


Okay jadi memang betul pun overthinking ni tak elok. Tapi memang susah nak buang perangai overthinking macam ni. Stress weh bila asyik fikir benda yang ntah pape. Lepas tu mula la nangis la ape la. Annoying pulak rasa dengan diri sendiri. LOL

Aku tak rasa la boleh buang pun tabiat overthinking macam ni. Boleh jadi depression ntah aku rasa sebab asyik fikir je sampai terbawa-bawa ke alam mimpi. Okay jujur aku cakap, memang aku terbawa-bawa ke alam mimpi and tidur aku jadi ganggu. Sebab kadang-kadang aku terbangun and tidur duduk, kadang kadang aku tengok jam ingat dah masuk waktu subuh padahal baru pukul 3 pagi. THE STRUGGLE IS REAL you know. 

The worst thing is bila kau meroyan macam kau putus cinta. HAHAHA. Padahal dengan kawan satu gender je pun bukannya bercinta bagai. Putus cinta yang aku selalu tengok, nangis gila-gila la. Dan aku pun macam tu. Sedih kan ? Aku nak cerita kat orang pun segan. Penat kawal perasaan. Kadang kawan tengok kita ni kuat, sebab dah biasa tengok kita kuat, dia tak expect pun kita ni selemah lemahnya sampai nak berdiri pun kaki rasa longlai je. Nangis dia semakin menjadi-jadi bila kau solat malam dan lepas solat kau tadah tangan dan suruh Allah dengar luahan hati kau sampai kau menangis tak henti-henti air mata keluar. 

Kau takkan tahu siapa kawan kau yang selalu doa kau masa dalam solat. Doakan kau kuat, capai kebahagiaan, sihat sejahtera even kau dengan dia dah completely stranger hampir nak setahun. Dia doa setiap kawan baik yang dia pernah ada dan mungkin berharap ada orang doakan untuk dia jugak suatu hari nanti. 


I'm sorry if aku banyak cakap. Banyak cakap memang tak elok pun sebenarnya sebab boleh buat orang terasa dan sakit hati even kau tak sengaja pun. Aku sometimes nak jadi pendiam so that aku tak perlu sakitkan hati orang. Aku berharap aku seorang pendiam tapi aku suka bercakap. and NAH, aku dah buatkan orang terasa dan orang tu pergi dari hidup aku dan menjadi stranger. I'm completely a person yang memang merosakkan pershabatan aku dengan kawan aku. 

IT'S ALL MY FAULT AND I'M SORRY TO PEOPLE YANG TERASA DENGAN AKU. AKU TAK SENGAJA . I'M SORRY AND PLEASE FORGIVE ME. I NEVER DO IT AGAIN.

By the way, I need to log out all my media social. Kalau boleh delete account lagi la aku suka sebab pasal media sosial ni la perasaan sakit hati/terasa tu ada. Aku penat dah. 

POST NI MEMANG ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA BUT TAK PERLU TERASA LAH . SEBAB TAKDE ORANG BACA BLOG NI SANGAT LA AKU TULIS. LAGIPUN SEMUA SALAH AKU PUN. 






February 25, 2018

Trip to Singapore ( 3 hari 2 malam )

Assalamualaikum...
Dah lama tak update blog ni. rasa macam dah nak setahun jugak la rasanya. Hari ni sebab free cadangnya nak cerita la pasal trip pergi singapore masa tahun baru cina haritu. Tak pernah plan pun nak ke singapore tapi disebabkan Enrich point (pengguna tegar kapal terbang MAS) nak expired 5,000 points (banyak tu) terus cari jugak tempat nak pergi tapi yang dekat. So, plan nye ke Singapore la jawabnya.

FRAGRANCE HOTEL - RIVERSIDE


Hari tu stay dekat hotel ni. Ambik family room (muat 3 orang). Nama kawasan ni Clarke Quay. Sebab apa ambik hotel ni, sebab dia murah sikit dari yang lain (sebab nak family room) dan dekat dengan MRT station, makanan halal, sebelah je ada convenient store (7 eleven) dan bus station. Better tak payah la ambik hotel dengan set breakfast sebab dia bukan macam kat Malaysia ada buffet, dia just dah bungkuskan untuk kita.

BOAT QUAY - ESPLANADE PARK - RIVER CRUISE


Nak sampai ke sini jalan kaki je dah sampai. Dalam 10 minit je. Sini ada banyak kedai makan. Masa datang hari tu memang ramai orang jugak makan beramai-ramai kat sini dengan kawan sekerja.


Nampak bawah tu? Tu la cruise. Boleh naik kat sini. Nanti dia bawak pusing kat beberapa tempat dalam 40 minit macam tu lah. Kiteorang tak naik sebab rasa mahal pulak. Huhu.



Sini pemandangan dekat Esplanade Park. Ada orang jogging, sightseeing. Dekat kawasan ni jugak ada singa tu tapi kiteorang tak pergi la sebab malas. Hahaha. Memang dekat sini jugak dekat dengan Museum. 


SINGAPORE ZAM ZAM RESTAURANT


Hari pertama kat singapore makan dinner kat restoran ni. Pergi jalan kaki balik naik bas sebab tak larat nak jalan. Jauh sangat dalam 2 km jugak la dari Boat Quay. Nak naik grab/uber mahal sangat. dalam SGD20. Lebih rela la jalan kaki tapi penat. Balik naik bas. bayar dalam SGD1.40 je. 


Kat restoran tu kiteorang makan ni je la. Sini special nya martabak la. Ambik martabak kambing. Sedap dan harga pun of course la sedap jugak. Restoran ni betul betul depan masjid. Waze je Singapore Zam Zam. Confirm jumpa punya.

TEH TARIK TIME RESTAURANT (24 HOURS)


Second day before pergi USS, makan breakfast kat sini. Tak payah ambik breakfast kat hotel, makan kat sini je. Memang dekat sangat dengan hotel. Tak sampai 5 minit dah sampai. Kat sini nak dapat roti canai memang takde la. Diorang panggil roti prata.

MRT STATION (CLARKE QUAY - HARBOURFRONT ) - Menuju ke Universal Studio Singapore (USS)




Ni kat MRT station tengah beli tiket. Actually boleh je beli Public transport Pass SGD10 sehari/dua hari SGD 16/3 hari SGD 20 tapi tak beli sebab bukan naik sangat. Kalau yang jenis berjalan memang patut la beli pass tu.


Ni tiket yang akan dapat. Tiket ni boleh pakai beberapa kali. Just top-up bila nak pakai. Dari clarke quay ke harbourfront dalam SGD1.70.


Dari clarke quay ke Harbourfront tak jauh sangat pun. Dalam 3 stop dah sampai. Tak payah risau kalau terlepas sebab Harbourfront stesen yang paling last.



Lepas sampai Harbourfront , ikut je orang ramai pergi mana ( diorang akan ke Vivocity Mall). Naik escalator sampai tingkat 3. Kat situ ada sentosa station untuk ke USS. Beli tiket train dalam seorang SGD4.


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)


So, welcome to USS. Memang pergi Singapore kalau tak ke USS, kira macam tak bermakna jugak lah kan. Masa kiteorang pergi tu ramai betul orang. Yela masa tu kan cuti public holiday Chinese New Year jadi bertabahlah beratur panjang. Cuma nak ingatkan kalau nak beli tiket cari kat internet dah la. Kita beli kat 8excite Kalau walk-in mahal sikit. USS ni besar dah memang kena banyak jalan. Tapi malas nak cerita sebab banyak blogger mesti dah cerita punya pasal USS. Cuma nak bagitau yang penting je. 



Dekat kawasan The Lost World sila datang dalam pukul 12. Ada show yang memang rugi tak tengok. Ada jugak petang show nye. Real punya show lah. Dalam setengah jam. Kalau nak rasa kena simbah air, duduk la depan sekali. Setiap tayangan dalam 30 minit.

Kedua, lepas je tayangan The Lost World ni sila terus ke Far Far Away. Sebelah je dari Lost World. Nampak ada tempat beratur sila beratur kat situ sebab situ ada tayangan 3D cerita shrek, Serius best. Setiap tayangan dalam 15 minit gitu.

Express  - bayar mahal sikit (ada tempat beratur dia supaya laju nak naik apa sahaja) kira macam potong barisan yang legal la Hahaha, Attraction Entrace - macam kita-kita yang masuk cuma bayar tiket biasa. Beratur agak panjang. 




M.A DEEN BIASA - SUP TULANG MERAH 


Credit gambar : http://paleorina.com/2013/10/02/review-soup-tulang-at-m-a-deen-biasa/


Dinner hari kedua makan sup tulang merah serve with roti. Serius memang sedapp kuah dia. Marvelous. Portion nye yang banyak. Ni medium. Ada small, medium, large. Small seingat kita dalam SGD20.


Ok tu jelah kita nak tunjuk. Vacation yang singkat tapi nice. Balik je terus demam. Yelah, dah lama tak jalan banyak macam kat Singapore. Seminggu jugak la. Selalu pergi oversea jauh-jauh, tak terpikir nak pergi dekat-dekat pun. Have a nice day siapa yang nak pergi travel ke Singapore tu.