March 2, 2018

Bestfriend Become Stranger

Assalamualaikum, 
I just want to share story dekat blog ni because nak memenuhkan post tahun 2018 ni . HAHAHA
Lagipun tak ada siapa pun nak baca blog macam ni sebab takde kepentingan sangat. Lainlah yang memang blogger sepenuh masa, aku ni tak la sepenuh masa just kadang-kadang melawat jugak la blog ni. Kalau blog boleh tunjuk habuk-habuk takpun sarang labah-labah, rasanya memang dah penuh sangat dah ni. 

Sedihkan, kawan yang kita anggap dia bestfriend but now boleh jadi stranger yang macam tak pernah jumpa dan wujud. 
Takpun kita je yang anggap dia bestfriend kita but kawan tu tak rasa apa pun sebab dia banyak kawan lain yang bagi dia bestfriend.
Sadis jugak bila kita je macam berusaha nak eratkan persahabatan kita yang macam bertepuk sebelah tangan. 
Lagi haru bila dia ada kawan lain dan kita ni dianggap bestfriend part time, bila sedih baru cari, bila mintak tolong baru cari. 


Okay jadi memang betul pun overthinking ni tak elok. Tapi memang susah nak buang perangai overthinking macam ni. Stress weh bila asyik fikir benda yang ntah pape. Lepas tu mula la nangis la ape la. Annoying pulak rasa dengan diri sendiri. LOL

Aku tak rasa la boleh buang pun tabiat overthinking macam ni. Boleh jadi depression ntah aku rasa sebab asyik fikir je sampai terbawa-bawa ke alam mimpi. Okay jujur aku cakap, memang aku terbawa-bawa ke alam mimpi and tidur aku jadi ganggu. Sebab kadang-kadang aku terbangun and tidur duduk, kadang kadang aku tengok jam ingat dah masuk waktu subuh padahal baru pukul 3 pagi. THE STRUGGLE IS REAL you know. 

The worst thing is bila kau meroyan macam kau putus cinta. HAHAHA. Padahal dengan kawan satu gender je pun bukannya bercinta bagai. Putus cinta yang aku selalu tengok, nangis gila-gila la. Dan aku pun macam tu. Sedih kan ? Aku nak cerita kat orang pun segan. Penat kawal perasaan. Kadang kawan tengok kita ni kuat, sebab dah biasa tengok kita kuat, dia tak expect pun kita ni selemah lemahnya sampai nak berdiri pun kaki rasa longlai je. Nangis dia semakin menjadi-jadi bila kau solat malam dan lepas solat kau tadah tangan dan suruh Allah dengar luahan hati kau sampai kau menangis tak henti-henti air mata keluar. 

Kau takkan tahu siapa kawan kau yang selalu doa kau masa dalam solat. Doakan kau kuat, capai kebahagiaan, sihat sejahtera even kau dengan dia dah completely stranger hampir nak setahun. Dia doa setiap kawan baik yang dia pernah ada dan mungkin berharap ada orang doakan untuk dia jugak suatu hari nanti. 


I'm sorry if aku banyak cakap. Banyak cakap memang tak elok pun sebenarnya sebab boleh buat orang terasa dan sakit hati even kau tak sengaja pun. Aku sometimes nak jadi pendiam so that aku tak perlu sakitkan hati orang. Aku berharap aku seorang pendiam tapi aku suka bercakap. and NAH, aku dah buatkan orang terasa dan orang tu pergi dari hidup aku dan menjadi stranger. I'm completely a person yang memang merosakkan pershabatan aku dengan kawan aku. 

IT'S ALL MY FAULT AND I'M SORRY TO PEOPLE YANG TERASA DENGAN AKU. AKU TAK SENGAJA . I'M SORRY AND PLEASE FORGIVE ME. I NEVER DO IT AGAIN.

By the way, I need to log out all my media social. Kalau boleh delete account lagi la aku suka sebab pasal media sosial ni la perasaan sakit hati/terasa tu ada. Aku penat dah. 

POST NI MEMANG ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA BUT TAK PERLU TERASA LAH . SEBAB TAKDE ORANG BACA BLOG NI SANGAT LA AKU TULIS. LAGIPUN SEMUA SALAH AKU PUN. 






No comments: