January 23, 2015

Something Weird




Assalamualaikum,

Bahaya : Post ni panjang sikit dari yang biasa , kalau tak larat baca jangan baca . 

Amboi Jah , sekarang ni tajuk bukan kemain lagi nak tulis bahasa 'omputeh' kau haaa . Alah , tajuk je pun. At least , aku ada usaha nak belajar bahasa inggeris ye dok ? Huhuhu
Sebenarnya , tajuk yang ingin aku katakan ini memang aku sungguh rasa pelik sangat-sangat. Aku tak tahu kenapa aku jadi geli . Geli inipun aku sukar tafsirkan. Nanti jangan la korang bash aku pulak dengan perangai pelik aku ni. Aku bukannya nak mintak publisiti pun. Oklah daripada aku berkias lebih baik aku cakap je masalah aku ni.

Sebenarnya aku tak suka benda / perkataan / atau apa apa sahaja yang melibatkan romantik atau dalam bahasa melayunya jiwang. Aku rasa geli geleman dan kadang-kadang rasa meremang bulu roma dengan menggoyangkan badan menandakan terlampau geli. Huhuhu . Aku tak tau pasal apa. Ini genetik ke hape ntah. Bila orang sebut pasal suami isteri , aku tak suka sebut diorang sweet la ape la . Aku bila tengok gambar suami isteri aku cuma akan rasa , ada ke orang nak kat aku ? Aku tak akan fikir yang diorang ni sweet sangat .

Yang ni memang popular bila post pasal cerita sedih yang merapu rapu dan menggelikan . Ada pernah baca tak pasal pakwe dan makwe punya conversation tentang girls/boys tu pasal nanti sorang ni mesej , sorang lagi jawab acuh tak acuh . lepas tu yang jawab acuh tak acuh tu pula ada kekasih lain dan melupakan yang sorang lagi. Lepas tu kisah akhirnya sorang tu mati baru nak menyesal. Ok , ntah hape hape cerita ini. Boleh tak kalau someone buat cerita ni dikaitkan dengan ibu/ayah. Sekarang ni bila mesej ibu dan ayah sebab nak mintak duit je . Bukan nak tanya sihat ke tak . Yang benda yang bukan-bukan juga nak fikirnya.

Zaman sekarang ni cerita tak pernah tak ada jiwang walaupun sedikit . Mesti ada punyala. Nak cakap islamik , memang banyak la sekarang . Mana ada cinta islamik . Cintai Allah dan Rasul ada la . Aku tak minta betul . Aku memang tak minat la movie walaupun pasal peperangan sebab tak ada feeling. Kalau aku baca buku baru aku rasa feel nya yang mantap. Novel aku tak de nak aku layan jiwang jiwang bagai. Buang tenaga aku je. Aku kalau beli buku peperangan , pembunuhan , fantasi dan sebagainya. Tipu lah kalau tak ada selit pasal jiwang dalam buku tapi tengok la , aku memang skip terus je helaian tu. Sekarang banyak la cerita pasal suamiku encik sotong, suamiku encik beruang, suamiku encik unta. Habis tu isterinya mana ? Isteriku puan duyung . Hahah ! Agak kurang ajar di situ.

Sebenarnya aku meluah ni sebab aku tengok kawan kawan aku yang suka sangat berjiwang dalam facebook/moment wechat/ beetalk la , aku tengok macam post diorang menunjukkan agama tak pernah mengajar erti bercinta yang sebenar. Ada yang macam nak bunuh diri sebab putus cinta. Putus cinta dengan manusia boleh pula menangis bagai , habis Allah tu siapa di hati ? Kesian Allah , cintanya dipandang remeh. Aku bukan marah , cuma geram dan geli . Aku juga tahu , lihatlah naqibah naqib mereka mahukan kawin awal sehinggakan suka benar menulis tentang cinta di facebook. Aku bukan tak bagi pun diorang kawin , bagi je cuma bila anda bahagia boleh tak simpan kebahagiaan tu untuk keluarga je? Anda membuatkan orang lain berangan-angan untuk segera berkahwin sehingga lupa apa yang akan dipertanggungjawabkan selepas kedua-duanya sah menjadi suami isteri.

Hala tuju hidup aku untuk menghabiskan pelajaran sampai ke peringkat master dengan cemerlang , setelah itu mahu mencari kerja dan walaupun ibu dan ayah aku seorang cikgu dan tidak miskin dan masih mampu menjaga aku , namun berilah sedikit gaji kita kepada mereka. Mungkin sekarang mereka belanja makan kita selepas ni kita pula bawak mereka dan belanja mereka . Diorang tak minta apa-apa , cukuplah kita tahu sendiri tanggungjawab anak. Setelah itu aku mahu membeli sebuah rumah idaman. Kahwin ? Tunggu aku dapat gaji pertama dan sudah membelanjakan gajiku kepada ibu dan ayah , baru aku akan fikir . Aku tak kisah . Allah dah atur semuanya. Kenapa kita perlu menghalau takdir Allah itu kan ?


Diingatkan semula , aku tidak mahu barang yang mahal untuk hantaran . Aku cuma nak seekor kucing yang terlajak gedik . Sekian terima kasih :D

January 22, 2015

It's just an accident

Assalamualaikum .
Bulan yang sungguh menyedihkan . Apa tidaknya , bulan ni sepatutnya menggembirakan sebab hari jadi teman . Dengan abah kita bagi kita hadiah yang sangat berharga tahu ! Huuuu ~ Nak tahu tak apa yang telah berlaku kepada teman bulan ni ? Minggu lepas tanggal 14 Januari 2015 , teman mengalami kemalangan yang agak teruk juga. Alhamdulillah tuan nye sihat atas kehendakNya tapi masih ada juga kesannya dan kereta sangat sadis ( menangis ni tahu ) . Bahu belah kanan lebam akibat tali pinggang keledar tersebut mencengkam dan dah orang langgar kita dari belakang, mesti kita kedepan ye kan ? Sakit tu memang Allah jelah yang tahu. 4 hari tidur dalam kesakitan. Nak baring, punyalah sakit sebab sakitnya menjalar sampai ke tengkuk dan tangan. Nak angkat tangan pun rasa lenguh semacam betul.

Kemalangan ni melibatkan 5 buah kereta termasuk kereta teman. Ceritanya begini, di suatu tempat di atas jalan raya teman nampak tiga kereta depan berhenti mengejut . Teman tak bawak laju pun dan sempat brek. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena kereta viva kesayangan teman dilanggar oleh van dari belakang dengan kuat menyebabkan cermin belakang pecah. Akibat perlanggaran yang kuat , kereta terdorong ke hadapan dengan melanggar pula kereta Nissan Almera dan kereta itu terkedepan dan melanggar Myvi dan kereta tu melanggar pula yang depan sekali yang menggunakan kereta saga. Kereta yang paling murah ketika itu adalah viva teman. Kereta sampai tak boleh nak bergerak langsung, Teman sendiri tak boleh keluar dari kereta akibat pintu terkunci dan terpaksa orang lain tolong membukanya. Lepas dapat keluar tu apa lagi, menangis betul lah sebab terlampau takut dan benda pertama teman buat adalah menelefon ummi teman


depan langgar Nissan Almera . Memang kemek macam ni la dah langgar kereta mahai . 


belakang pula kena langgar dengan van. Memang hancur lebur la sebab van lama yang ada besi kat depan tu. 


Nak buat macam mana . Siapa perempuan yang tak akan menangis if first time kena . Memang dah berserabut betul. orang lain berie betul ambil gambar yang aku ni duk menangis tersedu-sedu bagai nak rak. Alhamdulillah benda ni berlaku kat tempat sendiri. kalau kena kat penang sana, memang habis lah. Lepas tu terus telefon kakak senior dekat tempat praktikal kerja sebab nak cakap esok tak datang. Trauma la juga masa tu. Dekat balai polis buat aduan pun lama. Benda tu berlaku pukul 6.50 petang . Pok pek pok pek tunggu turn buat laporan dah sampai pukul 9.30 malam. Memang macam ni ke kalau buat laporan ? Lama bebenor. Yela , teman baru first time datang balai polis pun. 

Masa tengah berlaku accident tu , dalam 50 meter di belakang , berlaku accident jugak . Dua kereta yang mahal mahal belaka. kemalangan itu disebabkan kereta di hadapan terkejut sebab berlaku kemalangan yang melibatkan lima kereta lantas segera memberhentikan / memperlahankan kereta tapi nasib tak baik juga. Orang belakang tak tahu apa-apa terus hentam kereta depan. Dah terjadi dua kemalangan kereta. 

Esoknya pergi klinik nak cek ada masalah ke . Last doktor tu kata better pergi xray sebab tengok bahu teman dah lebam. Pergi la juga xray tapi tak ada apa apa pun yang patah ke. Alhamdulillah. Dan bersyukur juga dapat MC dua hari. Hehehe. Tapi walaupun dapat MC , nak kena ganti hari kerja. Nak buat macam mana kalau dah namanya praktikal . 

Jadinya sekarang pergi kerja naik kereta abang . kereta saga . Teman dah la tak reti bawak kereta besar , dah kena belajar balik. Nasib la auto. kalau manual , habis. Memang habis sebab dah lupa benor cara bawak manual. Huhuhu. 


masa ni rasa macam nak menangis. bukan sebab aku salah ke ape tapi rasa macam " Oh, macam ni ke bila berlaku kemalangan , dan terus ke balai lepas tu habis cerita . Nak pergi baiki ke ape ke ikut hang lah." Dan aku rasa NOTHING . 

Lepas ni memang kena bawak hati-hatilah . Walaupun bukan kita yang salah tapi rasa bersalah tu tetap ada jugak la.  Alhamdulillah sebab Allah selamatkan aku dari perkara yang tak diingini . Aku tahu Allah sayang aku :D


January 16, 2015

SIGMA - KUPU KUPU CINTA LYRICS




Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati

Ruang-ruang jiwa hanya untuk Maha Kuasa
Syair-syair cinta tercipta karna Dia

Kupu-kupu cinta
Terbanglah tinggi menuju jalannya
Hinggaplah engkau di bunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya Illahi Robbi
Tiada lain hanyalah namamu
Satukan cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhomu

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati
Notakaki : Alamak Alamak terlayan lagu jiwang pula. Bukan selalu okay . Huhuhu