December 31, 2015

Hidangan Bujang - Set 1

Assalamualaikum , susah sangat nak cari masa nak tulis entry dekat blog . Memang tau takde orang baca sangat , tapi seronok jugak buat entry dan post .Disebabkan takde benda nak buat nak kongsi resepi . Hidangan bujang ni means kalau lapar , sila lah masak tapi dalam kuantiti yang sedikit dan menjimatkan. Hidangan yang teman nak ajar ni boleh makan dua kali kalau badan macam teman tapi kalau yang kering kering boleh lah makan untuk 4 5 orang. Aku suka masak ikut barang yang ada kat rumah. bukannya tak sedap , sedap sehingga menjilat mangkuk tahu.




Makaroni Sup 

Makaroni ikut berapa banyak suka . Rebus dan toskan 
5 cawan air 
2 biji kentang dipotong dadu/kecil ( potong kecil bagi senang masak )
2 kiub ayam / daging 
1 sup bunjut 
garam secukup rasa
5 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk 
5 biji cili padi ( kalau nak pedas )
lada hitam 
minyak untuk menumis 

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk.  Tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris dan diketuk sehingga naik bau. 
2. Masukkan ayam dan kacau rata.  Selepas itu masukkan kentang. 
3. Masukkan 5 cawan air, 1 sup bunjut & 1 kiub ayam. Biarkan mendidih dan kentang lembut.
4. Bila kentang dah lembut , masukkan makaroni dan kacau sebati . Perasakan dengan garam dan lada hitam.
5. Dah siap boleh lah makan dengan nasi putih , ikan goreng dan sambal kicap 

Sambal Kicap

1. Segenggam cili padi (ditumbuk)
2. 1 ulas bawang putih dikisar / diketuk dan dipotong kecil
3. 1/2 sudu gula
4. 4 sudu besar kicap manis 

Cara Menyediakan 
Tumbuk cili padi dan bawang putih . Masukkan dalam mangkuk kecil . Masukkan gula dan kicap manis dan seterusnya kacau . Siapp 

Ikan goreng kunyit 

1. garam 
2. kunyit 

Salutkan garam dan kunyit dan goreng . Siap xD

* Maafkan beta . Beta sebenarnya tak makan sayur jadi satu sayur pun takde dalam sup tu . Huhu .Tapi kalau nak tambah kobis dan carrot pun okay .