March 31, 2011

London Time ~ PART 2


15 / 03 / 2011

4.00 pagi

Ummi mengejutkan aku dari tidur. Terasa liat untuk bangun kerana kami tidur dengan air cond. Sejuknya….

5.00 pagi

Kami bertolak ke Lapangan Terbang KLIA. Sampai sahaja di sana, kami segera mendaftarkan diri dan menghantar bagasi sebelum dapat berjalan-jalan di sekitar KLIA. Kami bersarapan di Restoran KFC.

( mkn nasi lemak KFC.. )

8.30 pagi

Kami turun ke balai lepas antarabangsa dan terpaksa menaiki bas. Nasib baik tidak jauh kerana kami terpaksa berdiri di dalam bas tersebut. Penerbangan kami lambat lagi dan kami berjalan-jalan di sekitarnya. Terasa penat, kami pun merehatkan diri di kerusi dekat dengan kawasan tempat lapangan terbang yang kami naik iaitu kawasan C34.

10.00 pagi

Tekak terasa haus dan ingin mencari minuman. Bercadang untuk membeli air mineral tidak menjadi kenyataan kerana kami terpaksa ke tempat lain kerana kapal terbang ke London di C34 itu ditukar tempat iaitu kawasan di C26. Ummi mencari-cari kawan yang SeMalaysia di kawasan C26, tapi hanya seorang sahaja yang dijumpai. Tetapi sebenarnya dia bukannya warga Malaysia kerana dia dilahirkan di London dan bekerja di London sebagai Duta Malaysia.

10.45 pagi

Kami diminta menaiki pesawat dimulai dengan First Class dan seterusnya Economy Class. Kami duduk di bahagian 42 A,B,C. 30 minit di atas kapal terbang, kami disediakan dengan makanan. Kami dihidangkan dengan ayam masak rendang, bersama nasi, dengan sayuran. Dessertnya ialah kek cheese, bersama roti dan air jus oren. Setelesai selesai, kami diberi pula ais krim jenama walls.

Masa Di London

4.50 petang

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa London di Heathrow. Lapangan terbangnya sangat besar dan lenguh kaki berjalan untuk keluar dari kawasan itu. Sebelum itu, kami diminta untuk berbaris bagi menyemak passport di imigresen UK BORDER. Berbarisnya agak panjang. Semasa giliran kami, terdapat satu kesulitan iaitu dalam satu kertas itu tiada nama abg nuar. Memandangkan ummi pun tidak berapa pandai dengan dengan bahasa English, agak susah untuk bercakap. Tetapi kami akhirnya dapat terlepas kerana dia ternampak nama abg nuar di dalam kertas insurance.

( di Airport : Heathrow. Nak naik tube)

( Dlm Tube )

6.30 petang

Abang Azizan, iaitu bekas pelajar ummi datang menjemput kami. Ketika itu hari sudah gelap dan kata Abang Azizan, telah pun masuk waktu maghrib. Ketika itu, barulah terasa sangat sejuk apabila turun ke luar kawasan airport. Abang Azizan telah membawa kami menaiki tube untuk segera sampai ke Malaysian Hall London, tempat penginapan kami. kami terpaksa membuat dua pertukaran tube. Setelah sampai di suatu kawasan, kami menaiki teksi. Di Malaysian Hall, kami diasingkan dengan dua tingkat. Tingkat 3 adalah tempat bagi perempuan manakala tingkat 4 adalah untuk lelaki. Aku dan ummi mendapat bilik 304 dan abg nuar dengan abng azizan mendapat bilik nombor 411. Usai sembahyang, aku terus tidur manakala ummi bersama abg nuar dan abg azizan pergi makan. Kata mereka, harga kesemuanya 22pounds dan kalau duit Malaysia ialah RM 110.

(Dalam Malaysian Hall London )

March 26, 2011

London Time ~ PART 1

14 / 03 / 2011

8.00 pagi
Aku bangun agak awal selalunya, waktu-waktu cuti begini aku sememangnya akan melewatkan diri untuk bangun lebih awal. Setelah bersarapan dengan nasi berlaukkan ikan kembung masak merah, ummi menghantar abg nuar ke tempat mengambil lesen. Aku pula tidur kembali kerana tersangat mengantuk =D


10.30 pagi
Ummi mengambil abg nuar di tempat mengambil lesen. Cadangan ummi untuk menginap di rumah Mak Su di Shah Alam bagi memudahkan kami sampai cepat ke Lapangan Terbang KLIA keesokan harinya. Ummi singgah di Teluk Intan untuk ke Pasaraya Billion bagu menukar duit Pound Sterling. Ummi menukar RM300 termasuk duit abg nuar dan aku dan kami hanya mendapat 60 pound sahaja. Mahal sungguh duit London.


3.30 petang
Perjalanan yang agak panjang dirasakan. Ummi sejak perjalanan di mulakan, asyik-asyik mengantuk sahaja. Aku yang sudah segar daripada tidur, asyik bising sahaja. Mulut becok juga aku ni. Akhirnya kami sampai jua. Terasa sungguh penat dan kami pun tertidur.