March 26, 2011

London Time ~ PART 1

14 / 03 / 2011

8.00 pagi
Aku bangun agak awal selalunya, waktu-waktu cuti begini aku sememangnya akan melewatkan diri untuk bangun lebih awal. Setelah bersarapan dengan nasi berlaukkan ikan kembung masak merah, ummi menghantar abg nuar ke tempat mengambil lesen. Aku pula tidur kembali kerana tersangat mengantuk =D


10.30 pagi
Ummi mengambil abg nuar di tempat mengambil lesen. Cadangan ummi untuk menginap di rumah Mak Su di Shah Alam bagi memudahkan kami sampai cepat ke Lapangan Terbang KLIA keesokan harinya. Ummi singgah di Teluk Intan untuk ke Pasaraya Billion bagu menukar duit Pound Sterling. Ummi menukar RM300 termasuk duit abg nuar dan aku dan kami hanya mendapat 60 pound sahaja. Mahal sungguh duit London.


3.30 petang
Perjalanan yang agak panjang dirasakan. Ummi sejak perjalanan di mulakan, asyik-asyik mengantuk sahaja. Aku yang sudah segar daripada tidur, asyik bising sahaja. Mulut becok juga aku ni. Akhirnya kami sampai jua. Terasa sungguh penat dan kami pun tertidur.

1 comment:

Ismi Azraf said...

follow your blog


JOm Joint.Entry terbaik bulanan peserta akan di pamerkan ke page yang mempunyai 16000 fan page

Peraduan : Entry bulanan terbaik anda dari FARISZ@AZ.Com

Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis