Widya termenung menghadap pantai pada waktu senja itu.
Sungguh mengasyikkan jika sesiapa yang memandangnya. Buku di pelukan tangan
Widya dipeluk erat bagai tidak mahu langsung berpisah. Semakin erat dipeluknya
buku itu , semakin matanya terasa berat untuk mengeluarkan air jernih itu.
Tanpa dapat ditahan lagi, akhirnya air jernih itu laju menuruni pipi mulusnya.
Widya menangis tidak tertahan lagi. Bertemankan bunyi ombak yang menghempas
lantai pasir, tangisan Widya menjadi semakin kuat.
“ Kenapa
aku? Kenapa aku? Kenapa?!,” luah Widya dalam tangisan.
“ Apa yang
aku dah buat dengan kau sampai kau buat aku macam ni, Linda. Kenapa kau sanggup buat macam ni!,”
sambil mencampakkan buku itu ke atas pasir putih itu.
Entah apa
yang dibisik oleh syaitan, Widya mengambil keputusan dengan memijak-mijak buku
itu dengan sepuas hatinya. Widya merasakan puas apabila berbuat demikian kerana
Widya merasakan buku itu adalah Linda. Apa tidaknya, kesabaran Widya telah
sampai kemuncaknya bilamana Linda telah merampas bakal suaminya, Ahmad Rahyan.
Linda dirasakan pembelot buat dirinya. Widya percaya kepada Linda tanpa ada
rasa ragu-ragu. Widya amat menyayangi Linda sehinggakan Widya tidak suka
mendengar orang bercerita tentang Linda yang buruk-buruk. Widya merasakan Linda
seorang yang sangat baik dan penyayang buat dirinya.
Benar ,
Linda memang pandai benar talam dua muka. Widya memang sedar bahawa Linda
seorang yang sangan cantik bak model antarabangsa. Rambut hitam ikal mayangnya
panjang mengurai dan lembut. Bentuk tubuh badannya sangat sesuai dengan dirinya
yang memang belajar dalam bidang seni lakonan dan nyanyian. Widya pula seorang
yang bertudung litup dan gemar memakai baju kurung ataupun baju yang
labuh-labuh. Bukan apa, Widya sering merasakan dirinya terlalu naïf untuk
memakai pakaian secantik Linda. Lagipun, tubuh Widya agak gempal. Linda
memulakan persahabatan dengan Widya ketika dia melihat Widya keseorangan. Linda
kasihan melihat Widya sering dipulau menyebabkan Linda bersahabat dengan Widya.
Widya akui
Linda memang baik orangnya. Linda juga sangat diminati oleh ramai jejaka. Linda
pula seorang yang peramah tidak kena tempat. Linda seringkali melayan mereka
sedangkan Linda ketika itu sudah mempunyai teman lelaki. Widya selalu juga
menjadi orang tengah Linda. Tetapi Widya tak kisah. Widya masih menganggap
Linda seorang yang sangat baik. Memang benar, Widya seorang yang masih mentah
dalam mengenal erti cinta monyet macam Linda.
Azan
maghrib hampir berkumandang. Widya masih lagi di bilik asrama untuk
bersiap-siap ke musolla. Linda pula baru lepas pulang dari tandas sambil berjalan
terhegeh-hegeh membawa baldi yang sarat dengan baju yang baru dibasuh.
“ Linda,
jomlah ke musolla,” ajak Widya.
“ Alah, aku
banyak kerja ni. Nak jemur baju. Nak siapkan assignment lagi. Kau pergilah,”
“ Alah, apa
ni Linda. Awak dah janji nak ikut saya ke musolla malam ni. Semalam awak yang
kata,” kata Widya dengan nada sedikit merajuk.
“ Eh, aku
ada berjanji dengan kau ke?,”
“ Iyelah,
awak yang janji dengan saya kalau semalam saya tolong awak siapkan assignment Miss Que,”
“ Erm,
yelah yelah. Tunggu kejap. Aku nak bersiap,” kata Linda dengan nada yang sangat
malas.
Widya
tersenyum manis. Dalam hatinya berkata, kalau Linda ikut ke musolla, bolehlah
ajak dia ikut perjumpaan ahli musolla. Usai Linda bersiap memakai telekung,
mereka segera keluar dari bilik setelah mendengar azan maghrib berkumandang.
Dalam perjalanan ke musolla, Widya masih senyum kerana dapat ke musolla bersama
Linda. Setelah sampai di musolla, seperti biasa rutin yang dijalankan solat
maghrib. Setelah itu ada kuliah agama bersama Ustaz Mustafa dan apabila sahaja
azan isyak berkumandang, terus sahaja solat Isyak.
“ Linda,
marilah ikut saya ke perjumpaan ahli musolla,”
“ Tapi saya
ada banyak kerja,” bantah Linda dengan lembut dan nada yang memang malas.
“ Kejap je,
please,” rayu Widya dan Linda pun
mengalah.
Ketika
perjumpaan ahli musolla, kelihatan Linda mengintip seseorang. Widya tidak
langsung perasan akan tindak tanduk Linda kerana khusyuk. Linda memerhatikan
seseorang itu dengan khusyuk benar seperti tidak mahu melepaskan apa yang
terhidang di hadapan mata. Seseorang itu pun memandang Linda ketika itu seperti
tidak mahu melepaskan pandangannya. Manakan tidak, semua orang tahu Linda di
kolej itu sering berpakaian yang dapat meluruhkan jantung dan iman lelaki. Tak
boleh tahan, Linda berkawan baik pula dengan ahli musolla yang bertudung litup
dan gempal orangnya.
Ketika
pulang dari musolla, Linda mendiamkan diri. Widya yang petah bercakap itu ini
terus senyap melihat Linda sebegitu. Rasa serba-salah pula mengajak Linda ke
musolla sedangkan Linda membantah.
“ Erm,
Linda awak okey ke?,” soalan WIdya dijawab dengan anggukan sahaja.
“ Linda,
saya minta maaf kalau buat awak badmood
macam ni. Saya tak patut paksa awak tadi. Saya tahu awak banyak kerja. Maafkan
saya,”
Linda masih
lagi diam. Widya pula sudah mati akal untuk berkata-kata lantas mendiamkan diri
juga.
“Widya,”
widya menoleh.
“ Esok, aku
ikut kau lagi ke musolla ye,” kata Linda.
Langkah
Widya terhenti. Apa dia salah dengar dengan pernyataan Linda tadi?
“
Betulke?,” Widya meminta kepastian dan Linda mengangguk tanda mengiakan.
Widya
sangat gembira. Mungkinkah Linda mahu berubah ke arah yang lebih baik? Kalau
betul, moga dipermudahkan segala-galanya, doa Widya. Tahun dan semester ini
merupakan yang terakhir bagi Widya dan Linda untuk memegang Ijazah. Perpisahan
akan berlaku kerana Widya berasal dari Sabah dan Linda orang Melaka. Mereka
berkemungkinan tidak akan dapat berjumpa pada masa jangka yang lama. Namun, Widya
amat berharap, tidak dia tiada di sisi Linda, Widya berharap Linda mampu
belajar untuk mengharugi kehidupan apabila berlakunya sesuatu penghijrahan.
Benar,
penghijrahan bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang yang mahu berubah. Dia
juga perlu ada orang yang dipercayai disisi yang mampu membawa seseorang itu ke
jalan yang baik.
Semakin
hari Widya semakin gembira. Perubahan Linda semakin hari semakin
memberangsangkan. Linda sering ke musolla tanpa dipaksa dia rela untuk pergi.
Linda juga sudah berjinak-jinak dengan tudung. Semakin cantik Linda apabila dia
memakai tudung. Kini, makin ramai pula lelaki yang galak menyakatnya. Tak
kurang juga mahu menjadikan Linda sebagai isteri. Normal bila dikatakan, tika
semester terakhir inilah lelaki akan segera mencari pasangan sebelum mereka
tamat pengajian.
Widya
pernah sengaja bertanya, tiada sesiapakah yang bertakhta dihati sebelum
semester ini berakhir. Linda tersenyum-senyum sambil menundukkan wajahnya. Dia
malu untuk berterus terang dan Widya tidak pernah memaksa. Widya pula tidak
pula rasa kisah tentang jodohnya kerana Widya sudah pun ditunangkan dengan
seorang lelaki yang sama kolej dengannya. Pernah diberitahu kepada Linda namun
dulu Linda jenis tidak mahu ambil kisah. Melihat tunangnya pun dia tidak mahu
inikan pula kalau Widya bercerita tentang tunangnya. Sejak itu, Widya tidak
pula bersuara tentang itu lagi.
*************************************************************************************************
Widya dan
Linda saling berpelukan. Inilah masanya. Mereka terpaksa berpisah panjang.
Widya menangis teresak-esak. Linda memujuknya dengan mengatakan ada jodoh, kita
berjumpa lagi. Linda senyum pada Widya. Kini, Linda sering kali tersenyum.
Widya suka sangat melihatnya. Widya berdoa agar dia masih dapat berjumpa Linda.
Teksi yang dinaiki Widya mula bertolak meninggalkan kolej untuk ke lapangan
terbang. Widya melambai-lambaikan tangannya kepada Linda. Ketika itu Widya
melihat Linda berjalan kearah seorang lelaki yang sepertinya Widya kenal namun
disebabkan Widya semakin menjauh, Widya tidak dapat mengenal pasti siapakah
gerangan lelaki itu.
7 bulan
berlalu...
Widya duduk
di pondok nelayan berdekatan rumahnya. Rumah Widya di tepi laut. Ayahnya
seorang nelayan dan ibunya seorang suri rumah yang mencari nafkah dengan upah
jahit. Sudah 5 bulan Widya hidup dalam derita ketika tunangnya meminta putus.
Widya seperti hilang akal. Keputusan putus itu dibuat memalui pesanan ringkas
sahaja. Bila ditelefon, tidak pula mahu diangkat dan dijawab sehinggakan ibu
kepada tunangnya sendiri menelefon Widya mengatakan tunangnya sendiri meminta
putus kepadanya kerana sudah mempunyai pilihan lain. Telefon pemberian tunangnya
terhempas ke lantai tika itu juga. Puas Widya merenung nasib menangis hiba
melayan perasaan. Hatinya berkecai tika itu.
Kini, Widya
sudah boleh menerima hakikat itu. Widya menyanyi-nyanyi riang berseorangan
bersama kucing kesayangannya yang sentiasa di riba Widya. Kendengaran seseorang
berlari menhampiri pondok tempat Widya duduk bersantai.
“ Akak
Widya ! Akak Widya !,” panggil kanak-kanak itu.
“ Ye Mamat,
ada apa berlari jumpa akak ni?,”
“ Ini ada
surat untuk akak. Dari semenanjung,”
“ Oh,
terima kasih mamat. Ini 50 sen. Upah untuk Mamat”
“ Terima
kasih akak,” kata Mamat sambil berlari seronok.
Widya
membuka surat tersebut dengan berhati-hati. Kelihatan sepucuk surat dan dua
keping tiket kapal terbang pergi balik ke Semenanjung. Ya, surat itu dari Linda.
Linda mengatakan dia akan berkahwin dengan seseorang yang dirahsiakan namanya.
Kalau nak tahu, Widya perlu datang ke majlis perkahwinannya yang akan
dilangsungkan pada hari Sabtu hujung minggu ini. Widya tersenyum gembira
mendengar perkhabaran ini. Widya semestinya tidak mahu melepaskan peluang
melihat Linda di atas pelamin yang dihias cantik.
Kuala
Lumpur masih seperti 7 bulan yang lalu. Linda akan melangsungkan perkahwinannya
di Kuala Lumpur, di belah lelaki. Alamat tempat penginapan dan sewa teksi telah
diberikan sekali dalam surat itu. Masih Widya menganggap Linda seorang yang
baik kerana sanggup melakukannya ini demi persahabatan. Widya segera ke hotel
tempat dia menginap. Widya mahu tidur cukup untuk esok hari bagi meraikan hari
perkahwinan Linda. Tidak sabar rasanya.
Widya
terlambat ke majlis perkahwinan Linda kerana kesesakan lalu lintas akibat
kemalangan yang mengakibatkan tiga buah lori. Ketika Widya sampai sahaja di
majlis perkahwinan itu, acara memotong kek sedang dijalankan. Widya membelakangkan
pengantin kerana ramai benar orang disitu. Widya membawa sebuah hadiah istimewa
yang mahu diberikan kepada Linda. Berhati-hati benar Widya membawanya takut ia
pecah. Maklumlah, barang itu barang kaca. Dalam keriuhan di majlis itu, Widya
menjerit memanggil nama Linda.
“ Linda !
Linda ! ,” Linda kelihatan menoleh kebelakang.
Widya
melihat Linda dengan tersenyum terukir di bibir. Widya berlari mendapatkan
Linda untuk memeluknya. Bagaikan kilat yang laju menyambar, pengantin lelaki
kepada Linda turut sama menoleh kearah Widya. Kaki Widya terasa melekat. Lutut
terasa lemah longlai. Entah bagaimana, hadiah yang dibawa Widya tidak
semena-mena jatuh menghempas lantai.
Pecah.
Berkecai. Seperti hati Widya.
Linda
terkaku melihat keadaan Widya. Linda mendekati Widya. Bagaikah sebuah drama
melayu, semua orang memandang adegan tersebut. Linda datang mendekati Widya,
Widya pula mengundur ke belakang.
“ Widya,
awak kenapa? Awak okey ke?,”
“
Itu..itu..siapa?,” bagaikan soalan bodoh Widya bertanya siapakah disisi Linda
ketika itu. Berpakaian secocok pengantin. Orang yang sememangnya dikenali
Widya. Amat dikenali.
“ Ah? Ini
Ahmad Rahyan. Suami saya yang sah. Ahli musolla ketika dulu yang saya
sembunyikan dari awak tu,” senyum sahaja Linda menerangkan tanpa ada rasa salah
pun.
Widya
terduduk di lantai. Widya langsung tidak percaya. Jantungnya berdegup terlalu
laju. Sakit. Widya sakit sangat. Linda datang mendekati Widya untuk membantunya
bangun namun tangan Linda ditepis Widya. Linda terkejut bukan kepalang.
“ Aku boleh
bangun sendiri,” Widya bangun.
Widya
memandang Linda seketika dan dia membelakangkan tubuhnya dan ingin berlalu dari
majlis itu namun tangan Linda cekap menarik tangan Widya.
“ Widya,
kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni? Saya ada buat salah dengan awak ke?
Janganlah pergi,”
Tika itu
mata Widya bertakung air mata. Dalam kepayahan dia berkata-kata.
“ Linda,
sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku sehinggakan aku dicerca
sebegini rupa?,”
“ Apa
maksud awak? Saya buat apa?,”
“ Kalau kau
nak tahu ataupun kalau kau nak aku remain
kan balik, Ahmad Rahyan bin Ahmad Raizen adalah bekas tunang aku. Aku pernah
cakap dengan kau tentang ini dan kau buat tak tahu dengan aku. 2 bulan selepas graduate, dia menghantar mesej kepada
aku bahawa dia mahu memutuskan tunang tanpa sebab. Kau boleh bayangkan aku
menderita selepas itu. Boleh bayangkan aku dihina dan dicaci oleh orang kampung.
5 bulan aku mengurungkan diri kat rumah dan tak nak keluar sebab aku rasa semua
orang cakap aku ni tak guna. Tak pandai jaga bakal suami. Bodoh. Kau rasa tak
apa aku rasa?,”
Ahmad
Rahyan tertunduk mendengar penerangan Widya. Ketika itu, meminta maaf bukan
jalan terbaik. Keegoan lelaki pula masih lagi kukuh di hati. Ketika itu juga,
suasana menjadi hening dengan drama melayu spontan itu.
“ Mungkin
dia bukan jodoh aku,” usai Widya menghabiskan kata-katanya, Widya menarik
tangan dari cengkaman Linda dan terus berlalu membawa hati yang hancur.
Widya tidak
mungkin pulang ke Sabah lagi. Widya memerlukan kesempatan untuk mengurangkan
rasa stres dalam dirinya. Widya tak mahu balik kampung dengan wajah yang
kecewa. Cukuplah Widya menyebabkan ibu dan ayahnya menderita 5 bulan melayan
hatinya yang hancur itu. Widya perlu mencari pantai. Widya gemarkan pantai
kerana bagi Widya, melihat ombak lembut menghempas lantai pasir serta melihat
matahari terbenam begitu menyenangkan. Widya sendiri boleh melupakan segala
kesedihan.
Buku yang
telah dipijak oleh Widya itu adalah sebuah buku pemberian Linda. Buku itulah
yang Widya jadikan sebuah diari. Diari tentang Widya dan Linda. Widya ke gigi
pantai sambil menangis. Tidak mahu lagi menahan sedu, biarlah dia menangis
sepuas-puasnya.
“
Kadang-kadang biarkan ia mengalir bagai sungai yang jernih. Biarkan yang keroh
berlalu dan yang jernih menghiasi suasana,” suara garau seseorang kedengaran di
belakang Widya.
Widya
menoleh.
“ Siapa
kau?,” kelembutan bersuara jelas sudah tiada kedengaran.
“ Mengapa
perlu tahu? Aku boleh bagi tahu bahawa aku bukan seorang penyangak mahupun
perompak ataupun perogol,”
“ Kau nak
apa?,”
“ Biar aku ‘straight to the point’. Aku pun tak
suka nak belok sana belok sini. Aku nak meminang kau jadi teman hidup aku. Kira
isteri lah tu,”
Widya
memandang tajam manusia bergelar lelaki itu. Sudahlah muka tidak kelihatan
kerana tertutup dengan topi cowboy dia tu.
“Boleh tak
kau jangan nak perlekehkan aku tentang soalan sensitif ni? Kenal pun tak ,
tiba-tiba nak buat statement yang tak
masuk akal,”
“ Biar aku
perkenalkan diri. Nama aku Ahmad Raihan bin Ahmad Raizen. Berumur 25 tahun dan
bekerja di Pelantar Minyak Petronas sebagai Mekanik bergaji rendah. Kereta pun
kereta kancil. Rumah jangan cakaplah, rumah papan sahaja yang mampu,” sambil
membuka topi cowboy itu.
Widya
memandang tepat kearah Ahmad Raihan. Buat lawak bodoh pulak mamat ni.
“ Pandangan
kau tu aku tau kau nak tahu lagi penerangan tentang aku. Aku abang kepada Ahmad
Rahyan dan kami merupakan kembar seiras. Aku belajar di Russia sebab itu kau
tak pernah nampak aku kalau kau datang rumah. Adik aku suka simpan rahsia yang
dia ada abang macam aku. Dia jelous
dengan aku sebab aku tampan dan macho,”
sambil buat gaya ala-ala Ronaldo pula.
“Boleh
tahan perasan juga kau,” kata Widya sambil ketawa.
Ahmad
Raihan tersenyum melihat perubahan Widya.
“ Aku kenal
kau Qis Widya Binti Qis Adnin. Jurusan akauntan. Aku kenal kau melalui adik aku
juga lah. Dia pernah memperkenalkan kau dan tunjuk gambar kau. Mungkin kalau
aku cakap ini buat kau tak percaya. Adik aku dah putus tunang lima kali dan kau
adalah yang kelima. Semua putus itu adik aku yang punya agenda. Mak aku pun tak
tahu nak cakap apa dah. Nak marah, nanti lari rumah pula.
Aku tak tahu apa motif dia dan
aku pernah berjanji pada diri aku, kalau orang yang bernama Qis Widya ini juga
dia minta putus, biarlah aku menjadi penggantinya. Aku dah tak sanggup tengok
dia permainkan perempuan dengan keperibadian dan agama yang dia ada. Mungkin
aku bukan seorang yang alim tetapi aku tahu bahawa agama mengatakan matlamat
tidak menghalalkan cara,”
Widya diam
sahaja mendengar penerangan Ahmad Raihan.
“ Dengar
sini Qis Widya. Aku bukan mahu kau melalui janji yang telah dibuat tetapi aku
buat dasar aku cinta kepada Allah lebih dari segalanya. Aku juga tak minat
untuk bercinta sebelum akad nikah kerana itu seperti kita memberi harapan palsu
yang belum kesampaian. Mungkin sekarang kau rasa kekok, tetapi lepas semua ni
berakhir kau jangan malu-malu pulak dengan aku. Aku humban kat kat pantai ni
karang,”
“ Amboi,
nak humban aku pulak. Ingat aku duyung lah nak duduk kat air. Penerangan kau dah boleh buat karangan untuk
bahasa melayu SPM. Mesti lulus punya,”
“Pandai
pulak perli aku dah. Kalau kau tak percaya, balik nanti aku ikut balik Sabah.
Aku tak nak tunang. Aku layan akad nikah je,”
“ Ikut kau
lah. Aku pun rela juga naik kereta kancil. Duduk rumah papan. Aku dah biasa,”
“ Bagus.
Tak memilih. Calon isteri mithali ni. Dah, aku hantar kau balik hotel. Kau
jangan risau, dalam kereta tu bukan kita berdua. Ada anak saudara aku tengah
main kat taman tu,”
Widya
menurut sahaja. Widya mengekori Ahmad Raihan. Ahmad Raihan berhenti di suatu
tempat sambil mengutip sesuatu.
“ Kenangan
ni biarlah menjadi memori,” sambil menghulurkan buku Widya tadi.
Widya
tunduk memandang pasir. Widya malu akan dirinya. Widya rasa dia pentingkan diri
sendiri. Berfikir tanpa akal fikiran. Widya merasakan diri ini kerdil. Malunya
pada Ahmad Raihan masih menebal. Bodoh la kalau cakap muka yang memang hensem
itu sanggup pilih perempuan macam Widya. Sudahlah kereta Mercedes dia pakai.
Rumah pulak Villa tepi pantai. Mekanik gaji rendah lah sangat. Muka dia memang
muka tak boleh percaya betul. Ahmad Raihan tu Jurutera Petronas yang dah
senior. Widya tahu itu sebab dia pernah
terbaca diari Ahmad Rahyan yang mengutuk kaw-kaw abang dia tu.. Walau bagaimanapun
Widya bersyukur kalau itu takdir jodohnya.
Kalau nak copy boleh , tapi kena credit kan nama blog saya ataupun fb : Saidatina Aisyah Humaira