August 18, 2015

The Biggest Entrepeneurship Kedah 2015 - Seluruh Politeknik Semenanjung -

Allah Itu Maha Besar

Kita cuma perlu doa dan tawakkal . Kalau Allah kata itu rezeki kami , rezeki kami lah . Kalau bukan rezeki kami , bukanlah . Allhamdulilla syukur ke hadrat Illahi . Berkat doa ummi , pendorong aku untuk terus berjaya . Mula mula memang takut juga nak masuk pertandingan ini . Aku tak ada bakat seorang usahawan. Tapi , aku ada satu sifat iaitu tidak mahu menghampakan seseorang yang telah berharap kepada aku. Pensyarah sanggup telefon aku untuk beritahu tentang pertandingan ini dan aku sememangnya akan kata YA dan tak akan sesekali kata TAK walaupun hati memberontak sakit . Pada mulanya , memang nak angkat kaki , tapi bila tengok kawan-kawan bersemangat , terus tak jadi lah . Macam biasa , aku akan jadi ketua . Dan aku satu-satunya ketua perempuan sebab hanya politeknik seberang perai je yang hantar semua perempuan . Politeknik lain hantar semua lelaki dan ada yang campur. Memang seram la jawabnya .

Kami dapat Nombor 2 . Perbezaan dengan kumpulan Nombor 1 hanya beberapa decimal sahaja. Memang rugi . Kalau tahu , pasti kami buat lebih baik tapi Allah dah beri rezeki yang sangat besar ketika itu . Walaupun kami dikutuk dan tidak disukai beberapa kumpulan , kami berjuang sehabis baik . Masa pertandingan , aku pernah menangis dan berdoa agar permudahkan perjalanan . Hal ini akibat kereta aku mengalami sedikit kerosakan dan tak dapat bawak laju . Memang check point terakhir kami agak lewat tapi alhamdulillah masih sempat. Sebenarnya banyak lagi nak cerita , tapi tak apalah . Biar lah ia menjadi kenangan yang paling indah .


Masa ni masa penyampaian hadiah . Aku masa tu tengah lari pecut sebab solat dulu sebelum ke acara penyampaian hadiah . Masa tu nak kurangkan stress sebab baru lepas kena marah masa pembentangan 


Lepas pertandingan . Kami ambil gambar buat kenangan . Alhamdulillah 


Ini masa nak bertolak . semua green color . 


Ini tugasan pertama kami . Kena masak MEE POWER . Kami masak Mee Mamak jer sebab kami kan duduk Penang . xD


Tugasa Kedua ; Kena jahit beg dengan kreativiti dan apa kegunaanya .


Saja tunjuk gambar . Masa ni kami tengah habiskan duit modal lepas menang pertandingan entrepeneurship tu . Huahuahua

* Alhamdulillah untuk segalanya ALLAH *