December 1, 2013

Sajak : Sahabat , Awak kena tahu



Sahabat ,
Awak kena tahu ,
Saya sayang akan sahabat saya
Kerana apa?
Kerana sahabat juga adalah anugerah Allah untuk kita

Sahabat ,
Awak kena tahu ,
Bila kita bergaduh
Bukan bermakna kita sudahpun memutuskan tali silaturrahim kita
Hal ini kerana ,
Saya ingin mengujimu tahap kesabaran awak
Kerana , bila bersahabat sudah tentu kita perlu memahami antara satu sama lain

Sahabat,
Awak kena tahu,
Bila awak sudah berpunya
Jangan tinggalkan saya berseorangan
Jangan biarkan saya kesunyian tanpa awak di sisi
Kerana seorang sahabat tidak pernah meninggalkan sahabatnya walau apa pun yang berlaku
Walau badai menimpa diri

Sahabat ,
Awak kena tahu
Jika saya menegur
Jangan mudah terasa hati
Ini kerana saya ingin awak tahu
Betapa saya mengambil berat tentang awak
Kerana itulah tugas seorang sahabat

Sahabat
Awak kena tahu
Andaikata saya tiada lagi di sisi awak
Tolong jangan menangis demi saya
Kerana saya tak suka tengok sahabat saya berendam air mata
Tapi awak kena tahu
Walau jauh pun kita berada
Saya tetap sahabat awak sampai bila-bila

Sahabat
Andai awak memahami diri saya ini
Jangan biarkan saya pergi lagi
Pergi meninggalkan kenangan manis dan membawa segala kenangan pahit
Saya Cuma nak awak tahu

Saya sayang sahabat saya selama-lamanya

November 30, 2013

Sajak : Apa erti cinta ?




Cinta ?
Apa itu erti cinta ?
Cinta itu apa ?
Cinta untuk siapa ?
Cinta kepada siapa ?

Cinta ?
Adakah cinta untuk manusia ?
Adakah cinta untuk dunia ?
Adakah cinta untuk bunga ?
Atau , adakah cinta itu untuk yang satu ?

Cinta ?
Apa definisi yang sebenarnya ?
Adakah cinta hanya untuk melempiaskan hawa nafsu ?
Adakah cinta semata – mata kerana kesunyian ?
Atau , adakah cinta itu khas untuk yang satu ?

Cinta ?
Cinta itu bahagia ?
Cinta itu sengsara ?
Cinta itu menggembirakan ?
Atau , Cinta itu menyakitkan ?

Cinta ?
Apa perasaan semasa sedang bercinta ?
Gembira ?
Sedih ?
Sakit ?

Cinta ?
Kata Bomba , cinta tak boleh dipadam
Kata Polis , cinta itu sukar ditangkap
Kata Ustaz , cinta itu anugerah
Kata Doktor , cinta tak dapat untuk diubati
Kata Guru , cinta tak boleh untuk di pelajari
Kata Peguam , cinta tak boleh diadili
Kata Hakim , cinta tak boleh dihukum
Kata Orang , cinta itu indah
Kata Ulama , cinta Allah kekal abadi

Cinta ?
Cintakan manusia , manusia kan mati
Cintakan dunia , dunia kan pergi
Cintakan bunga , bunga kan layu
Cintakan Allah , kekal abadi

Cinta ?
Cinta yang sebenarnya adalah sebuah anugerah yang indah
Dicipta oleh Allah untuk hambaNya
Cinta itu bahagia jika meletakkan asas cinta kepada cinta Tuhan
Cinta itu sengsara jika meletakkan asas cinta kepada kemaksiatan
Cinta itu gembira jika kepercayaan dan keyakinan terletak pada hati
Cinta itu menyakitkan jika hati terletak pada ragu – ragu dan was was

Cinta ?
Sebenarnya ,
Bukan mudah diungkapkan melalui kata – kata
Gembira di awal cinta dan sedih di pengakhiran cinta
Sakit di awal cinta dan sayang di pengakhiran cinta
Dan senang untuk meluahkan segala cinta kita
Jika cinta kepada Allah ,
Cinta yang tiada galang gantinya

October 31, 2013

Resepi Sotong Masak Kunyit Pedas



Ehem ehem . Baru je makan tengah hari tadi eden masak ni . Actually , setiap apa yang eden masak , semuanya bahan yang memang ada kat rumah. Kecuali nak kena beli tu mesti la bahan segar segar macam ikan , ayam , sotong dan seangkatan dengannya. Apa yang eden buat selalu nya yang paling mudah dan senang dibuat. Tak payah nak letak banyak banyak harta karun pun dalam tu. Ni selalu masakan orang bujang je la kann. Kita sebenarnya boleh je masak tapi malas je. Itu je la. Tak nak membebel dah , jom tengok bahan bahan dan cara masak yang sangat senang ni .

Bahan - Bahan ( 1 - 2 orang )

Sotong ( 10 ekor )
Cili padi ( ikut nak pedas tahap biasa or extra pedas )
Sos cili
lada hitam 
Bawang merah (1 biji )
Bawang putih (3 ulas )
Garam ( secukup rasa )
Gula ( secukup rasa )
Serbuk kunyit ( 2 sudu kecil )

Cara masak

1. Panaskan minyak .

2. Masukkan bahan yang hendak ditumis iaitu Bawang merah , bawang putih dan cili padi .

3. Setelah itu masukkan sos cili dan lada hitam . Masukkan garam dan gula. Kacau perlahan

4. Masukkan sotong yang telah dipotong kecil / biarkan sotong besar besar pun takpe .

5. Tutup dengan tudung periuk . Tak nak tutup pun takpe . biarkan selama 5 minit.

6. Tutup api dan boleh dihidangkan ketika masih panas.

notakaki : masa masak sotong , tak payah masukkan air sebab sotong memang mengeluarkan air.


October 26, 2013

Bila bersahabat ...




Bila bersahabat ,
seringkali kita merasakan indahnya sebuah persahabatan itu
melayari hari yang indah bersama mereka 
menikmati keceriaan yang benar-benar melupakan memori silam

Bila bersahabat , 
kita leka dengan persahabatan itu 
sehingga kadang-kadang kita tak perasan 
adakalnya sahabat kita yang lain terasa hati 
dengan persahabatan ini 

Bila bersahabat , 
saling percaya mempercayai adalah satu kewajipan 
namun adakalanya kepercayaan itu disalahgunakan
sehingga sahabat kita makan hati 
dengan perbuatan kita 

Bila bersahabat
suburkan sifat maafmu 
andai kata sahabat mu membuatmu terasa hati , maafkanlah 
bukan dengan cara berdendam 
kerana ikutlah suruhan Nabi 
Nabi seorang yang pemaaf walaupun seringkali disakiti ummatnya 
Oleh itu , maafkanlah 

Bila bersahabat 
bersahabatlah dengan sesiapa sahaja
Jangan mengukur sebuah persahabatan dengan pelbagai cara
Ukurlah sebuah persahabatan itu dengan berfikirlah bahawa setiap manusia 
merupakan setiap hamba yang Allah kasihi 
dan juga ingatlah bahawa setiap sahabat ada kekurangan dan kehebatannya

Bila bersahabat 
Carilah sahabat yang boleh membawa kita ke syurga
dan bimbinglah sahabat yang tersungkur di pertengahan neraka
menuju jalan ke syurga 

In Sha Allah 
Dialah sahabat yang dicari ^^

Hak cipta terpelihara : Saidatina Aisyah Humaira 

September 26, 2013

Aku nak jadi pelakon boleh ??!!



Ahhum , hari ini terasa nak tulis 'post' pulak . Asyik bagi perkongsian je kan , sekarang ni aku nak buat luahan perasaan kat dalam blog yang aku sayang sangat ni. Asal aku sayang blog ni ? Sebab dah 4 tahun dia bersama aku tatkala aku suka dan duka. Eceh , ayat suci sangat la ni. Okay , aku nak cerita pasal kegemaran aku yang aku memang suka sangat la . Tak boleh disangkal lagi . Ecewah. Aku sebenarnya sangat suka berlakon. Aku minat berlakon sejak tingkatan 1 , masa tu subjek Pendidikan Sivik kena lawan lakonan antara kelas. Walaupun aku bukanlah watak utama , tapi aku tetap suka berlakon.

Tingkatan 1 = Aku berlakon jadi orang yang datang nak pinang anak dara . Aku lupa apa nama orang tu. Kami dapat No. 4 je. Tak apa lah . Janji feel berlakon tetap ada

Tingkatan 2 = Tak ada pertandingan pun. Cuma lawan dalam kelas antara kumpulan . Teacher tak pernah cakap siapa menang siapa kalah . Sedih betul -.-

Tingkatan 3 = Pertandingan Sketsa Bahasa Inggeris. Aku ingat lagi kami buat tajuk THE DEAD CROW. Aku jadi watak kedua utama sebab aku kena jadi gagak yang mati. Memang sadis yang teramat. Tak sanggup aku bunyi gagak tu lagi. Annoying but interesting. Hohoho. Kami dapat No. 1 Peringkat Daerah . Alhamdulillah .

Tingkatan 4 = Tahun paling sedih sekali. Lagi seminggu nak lawan Pertandingan Teater Komsas, aku mengalami tisu lutut koyak akibat main Bola Jaring. Okay, rasa nak menangis sebab aku terpaksa jadi latar belakang. Apa-apa pun aku suka masa aku kena jerit pakai Healer. Macam askar pun ada. Hohoho. Kami dapat No.1 Peringkat Daerah dan kawan aku nama Alina dapat Pelakon Wanita Terbaik. Alhamdulillah.

Tingkatan 5 = Aku tak masuk apa-apa lakonan. tapi aku rindu nak berlakon. Waktu ni aku memang sumpah terasa apa yang cikgu-cikgu buat kat aku. Aku tak boleh masuk pantun sebab aku pelat R. Waktu ni zaman kegemilangan aku macam dah hilang. Kerana aku mempunyai kelemahan, kerana itulah cikgu tak ambik aku. Aku pernah menangis sebab benci dengan kelemahan yang aku ada tapi apa yang berlaku , Allah bagi aku kejayaan yang lain . Aku dapat Anugerah Belia BSMM ( Bulan Sabit Merah Malaysia )  Peringkat Negeri dan kerana anugerah tu aku dapat Anugerah Kualiti Pembangunan Peringkat Daerah. Alhamdulillah tidak terkira.

18 Tahun = Aku masuk audition kat kat Politeknik aku. Diorang cari pelakon teater. Aku cuba masuk audition tu. Pada mulanya aku takut yang teramat sangat sebab aku tak yakin pada diri. Yelah, orang kalau nak cari pelakon mesti nak cantik dan seangkatan dengannya. juri tu baik. Dia suruh aku pilih watak. Aku nak jadi watak pembuli yang jahat dan suka pukul orang. Aku suka watak jahat sebenarnya. Sebab dalam dunia sebenar, jahat adalah perbuatan yang dibenci Allah. Oleh itu, berlakon pun jadilah kann? Aku buat dengan sehabis baik dan Alhamdulillah aku dapat. tapi serious aku cakap. Aku tak boleh buat riak sedih. Muka aku cuma boleh buat riak penat ataupun lemah dan bukannya sedih. Sebab apa? Sebab aku pernah doa kat Allah, biarlah aku bersedih di belakang orang, jadikanlah aku seorang periang di hadapan rakan-rakanku. Sampai sekarang aku memang tak boleh buat.

Mungkin orang tak percaya dengan kebolehan aku . Sebab apa ? Sebab diorang asyik tengok kelemahan aku . Aku suka berlakon. Aku suka bersajak . Aku suka menyanyi. Aku suka menari. Aku suka tulis cerpen. Aku suka tulis novel. Apa yang diorang nampak ?

BUDAK GEMUK YANG SELALU PAKAI TUDUNG LABUH + BAJU KURUNG LONGGAR + BEG YANG PENUH DENGAN BADGE .

Tapi diorang tak ingat satu perkara. Aku pun HAMBA ALLAH .

September 15, 2013

Discuss Issue

Issue now : Too many unemployed graduate . Why ? 



Answer : TOO MANY FOREIGN WORKERS




Foreign workers is also one of the factors that lead to graduates still unemployed. According to a study that was done almost 1.8 million foreign workers who come to work in Malaysia, including Indonesia, Bangladesh, Nepal, India, and Vietnam to make a living here. They said Malaysia was an appropriate place to make a living. This is because the higher value of the Malaysian currency of their own country. They are capable of working for 10 years in Malaysia and able to open their own business in their country. In addition, migrant workers usually do not choose to work at any rate even building laborers.

Why they are willing to come to Malaysia just want to work here?
They are willing to come here because they want to find work. This is because in their country is very difficult finding a job and salary they receive is little to support their living. However, when in Malaysia, although the salary received little, if compared with their currency, the Malaysian money more expensive than their country. That is why they are willing to come here even just to work hard.

What is the price of foreign exchange for India, Nepal, Bangladesh, Vietnam and Indonesia if RM1?
       Ø  18.82 Indian Rupee – India
       Ø 30.11 Nepalese Rupee – Nepal
       Ø 6438.88 Vietnamese Dong – Vietnam
       Ø 3169.54 Indonesian Rupee – Indonesia
       Ø 23.79 Bangladesh Taka – Bangladesh

What causes easily foreign workers employed workers ?
The company responsible for the hiring want a fast and a lot of operating profit. This is because the workers did not complain to them a small salary.

What jobs are commonly employed are migrant workers?
      Ø Farming
      Ø Manufacturing
      Ø Maid
This is a critical sectors in Malaysia

How foreign workers into Malaysia?
     Ø most of them are abusing the visitor's pass.
     Ø Some are in with a valid permit
     Ø there is also an entry into Malaysia illegally by syndicates.

What impact that would occur if more and more foreign workers in our country?
     Ø Unemployement occurred more
o   the status of unemployed graduates is rampant and cause Malaysia could not produce great generations in various fields
     Ø Issuance of foreign currency
o   Malaysian losses outflow of foreign currency more
     Ø Malaysians will be slacker for not working
o   Malaysians being lazy to work and lead their own can not change the fate of a poor family and could not afford. Moreover, they are willing to hire foreign workers to take care of business so that they can relax without having to work hard.
     Ø Rampant crime
o   such as robbery, theft, rape, and fighting

What steps we can do so that foreign workers are not prevalent in our country?
In conclusion, although we are not able to control the inflow of immigrants, but a firm and wise action to be taken by the government to deal with the influx of foreigners such as
      Ø tightened control in areas that often bring in foreigners like the rivers
      Ø always perform checks on local businesses that employ foreign workers

August 9, 2013

CATCH US IF YOU CAN : THE LESSON LEARNT



Question :

     write on the lesson learnt and how they are shown by the charactes in the novel that you have read

Answer :

     The novel that I have learnt in Form Five is 'Catch Us If You Can' by Chaterine Macphail. The novel is about the troubles Rory and Granda had to endure in their escape feat from their hometown to Liverpool. Both Rory and Granda had been staying together and looking after one another. The conflict happened when they had to be separated : Rory was to be placed in a children's home and Granda in an old folks' after a fire in their flat. They started an escape adventure that took them through the countryside and small towns and became headline news. At the end of the story , they ended up in Liverpool when they were reunited with Rory's father and his family.
    
     One of the lessons learnt from the novel is care and love among family members must be nurtured and not taken for granted, This is shown whern Rory and Granda made the effort to take care of one another and were determined to stay together free from the control of the social system. This determination made them willing to face dangers and discomforts on their journey of a lifetime. They suceeded in staying free until they reached Liverpool where they had a happy ending.

     Another lesson learnt is that there are strangers who are kind and are willing to lend a hand when needed . They do not expect anything in return. This is shown by the minor characters in the novel ( Sammy and his family ) who helped them without any hidden motive. Rory and Granda appreciated their help given in the right spirit. There should not be any generation gap though family members may be from two different generations ( for example , the relationship between a grandson and a grandfather). Anyone of any age should be able to get along fine with a bit of effort.

     In a nutshell , Rory, Granda , and Sammy and his family have shown some interesting moral lessons which can be adapted to in one's everyday life

Notakaki : Don't ask me anything . I just 'godek-godek' my notebook last year when I'm 17 years old . >.<

July 19, 2013

Ini roommate saya :3

Assalamualaikum and Hello guys .
Belum terlambat juga nak ucapkan " Selamat Meyambut Bulan Ramadhan "
Mungkin ini kali pertama aku menyambut Bulan Ramadhan di perantauan .
Alah , di Penang je pun kann ? Hohoho
Tak rasa nak balik Perak pula .
Bukan nak kata seronok duduk Penang ni tapi malas lah nak naik bas balik ke Perak .
Kalau ada orang ambil , tak apa lah jugak kan ?
Ni sebenarnya aku nak cerita .
Berkenaan dengan ROOMMATE aku .
Kami selalu gaduh . Bukan gaduh macam mana . Gaduh manja manja .
Setiap hari bilik kami mesti bising . Meh aku senaraikan perangai roommate aku yang seorang ni .

1. Suka bercakap
2. Suka merapu
3. Suka ziarah menziarahi ke 'room' orang lain
4. Suka tidur
5. Suka berjalan - jalan
6. Segala macam suka dia ada wehh

Serasi lah jugak aku dengan dia . Dia ambik Bussiness Study . Dia budak Selangor . Dia lahir pada 10 March 1995 . Dia anak ke-3 dari 9 adik beradik .

Penat aku cakap pasal perangai dia je . Meh aku tunjuk gambar dia pulak .


Nama dia : NUR' FAIZAH BINTI MOHAMAD MASHUDI . :'3

July 7, 2013

Bermulanya menjadi Pelajar kembali

Assalamualaikum .
Uhh . rasanya dah lama tak update blog 
selalu tak berkesempatan nak update la katakan 
ni pun dah makin sibuk pulak sebab dah sambung belajar 

Now , dah sambung belajar dekat :

POLITEKNIK SEBERANG PERAI [PSP], PULAU PINANG . 

Mengambil kos  :

DIPLOMA AKAUNTANSI 

Ada 8 subjek yang perlu diambil  : 

-  PENDIDIKAN ISLAM 
- COMMUNICATIVE ENGLISH 
- CO-CURICCULUM
- COMPUTER APPLICATION
- FUNDAMENTAL OF ACCOUNTING
- STATISTICS
- MICROECONOMICS
- PRINCIPLES OF MARKETING 

Di sini aku telah mengambil bahagian dalam : 

- PEMBIMBING RAKAN SISWA [PRS]
- RAKAN PUSAT ISLAM [ BAHAGIAN PENERBITAN ]
- JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN 
- TEATER TEAM
- OLAHRAGA TEAM

Now nak tunjuk gambar rakan rakan yang tersayang . First time jumpa masa Minggu Suai Kenal :D




Cari sendiri la mana mereka : 

= Nur Faizah
= Sharifah Norfatinah
= Fatehah 
= Mastura
= Nazirah
= Haliza
= Hawa
= Shafika
= Siti Aminah