October 31, 2013

Resepi Sotong Masak Kunyit Pedas



Ehem ehem . Baru je makan tengah hari tadi eden masak ni . Actually , setiap apa yang eden masak , semuanya bahan yang memang ada kat rumah. Kecuali nak kena beli tu mesti la bahan segar segar macam ikan , ayam , sotong dan seangkatan dengannya. Apa yang eden buat selalu nya yang paling mudah dan senang dibuat. Tak payah nak letak banyak banyak harta karun pun dalam tu. Ni selalu masakan orang bujang je la kann. Kita sebenarnya boleh je masak tapi malas je. Itu je la. Tak nak membebel dah , jom tengok bahan bahan dan cara masak yang sangat senang ni .

Bahan - Bahan ( 1 - 2 orang )

Sotong ( 10 ekor )
Cili padi ( ikut nak pedas tahap biasa or extra pedas )
Sos cili
lada hitam 
Bawang merah (1 biji )
Bawang putih (3 ulas )
Garam ( secukup rasa )
Gula ( secukup rasa )
Serbuk kunyit ( 2 sudu kecil )

Cara masak

1. Panaskan minyak .

2. Masukkan bahan yang hendak ditumis iaitu Bawang merah , bawang putih dan cili padi .

3. Setelah itu masukkan sos cili dan lada hitam . Masukkan garam dan gula. Kacau perlahan

4. Masukkan sotong yang telah dipotong kecil / biarkan sotong besar besar pun takpe .

5. Tutup dengan tudung periuk . Tak nak tutup pun takpe . biarkan selama 5 minit.

6. Tutup api dan boleh dihidangkan ketika masih panas.

notakaki : masa masak sotong , tak payah masukkan air sebab sotong memang mengeluarkan air.


No comments: