October 26, 2013

Bila bersahabat ...




Bila bersahabat ,
seringkali kita merasakan indahnya sebuah persahabatan itu
melayari hari yang indah bersama mereka 
menikmati keceriaan yang benar-benar melupakan memori silam

Bila bersahabat , 
kita leka dengan persahabatan itu 
sehingga kadang-kadang kita tak perasan 
adakalnya sahabat kita yang lain terasa hati 
dengan persahabatan ini 

Bila bersahabat , 
saling percaya mempercayai adalah satu kewajipan 
namun adakalanya kepercayaan itu disalahgunakan
sehingga sahabat kita makan hati 
dengan perbuatan kita 

Bila bersahabat
suburkan sifat maafmu 
andai kata sahabat mu membuatmu terasa hati , maafkanlah 
bukan dengan cara berdendam 
kerana ikutlah suruhan Nabi 
Nabi seorang yang pemaaf walaupun seringkali disakiti ummatnya 
Oleh itu , maafkanlah 

Bila bersahabat 
bersahabatlah dengan sesiapa sahaja
Jangan mengukur sebuah persahabatan dengan pelbagai cara
Ukurlah sebuah persahabatan itu dengan berfikirlah bahawa setiap manusia 
merupakan setiap hamba yang Allah kasihi 
dan juga ingatlah bahawa setiap sahabat ada kekurangan dan kehebatannya

Bila bersahabat 
Carilah sahabat yang boleh membawa kita ke syurga
dan bimbinglah sahabat yang tersungkur di pertengahan neraka
menuju jalan ke syurga 

In Sha Allah 
Dialah sahabat yang dicari ^^

Hak cipta terpelihara : Saidatina Aisyah Humaira 

No comments: