October 31, 2012

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 5 [ SMKCTI ]

Tak tahu nak rasa apa dah
mesti aku rasa rindu nanti bila aku dah kena keluar secara bermaruah di sekolah ini .
sekolah yang menyimpan beribu kenangan bersama rakan-rakan tika suka dan duka . 
rindu juga pada cikgu-cikgu yang dirindui . merasakan diri ini tidak lagi dapat bertemu  mereka memandangkan aktiviti pertukaran cikgu yang berleluasa ketika ini . -.-
tahun ni pun dah berapa banyak dah cikgu kena pindah . sabar jelah .
ok now , i want to share with you all about jamuan akhir tahun untuk tingkatan 5 di SMK Convent Teluk Intan . Share photo lah . kalau menulis tak menarik lah kan :)


kawan-kawan ku yang tersayang =D

nabilah syazana | nabilah wahid | Mai | Umi | Qurratun | Aisyah | Azreen | Tyera 


atun | esya | nabyla | syazana | saby | tyera


Dah macam mak kepada enam anak beranak ni dah . ahaha 

azreen | mai | esya | nabyla | tyera | umi | atun


hohoho . baju melayu tu Yi Yun . Hensem kan dia ? 


bersama ustazah sofia yang pakai baju warna pink :)


mummy with baby :D

ini jelah gambar yang dapat disiarkan . yang lain gambar tu banyak yang tak tutup aurat . sorry lah . ada satu gambar dengan cikgu normah , tak dapat nak siarkan sebab ada aurat terdedah . sorry CIKGU ! kalau cikgu baca blog saya >.<

October 20, 2012

Jamuan Badan Kepimpinan SMKCTI 2012

Laporan disediakan oleh Saidatina Aisyah Humaira . Pada 20 Oktober 2012 telah diadakan satu jamuan untuk badan kepimpinan sekolah menengah kebangsaan Convent Teluk Intan.
Secara realitinya aku telah pergi ke jamuan tersebut . Terselitlah juga gambar-gambar yang diambil bersama-sama rakan seperjuangan di dalam medan peperiksaan SPM nanti .
Tahun terakhir kami di sini .


esya | tyra zaini | mally | saby | baya


1 Malaysia ♥.♥
Kanmani | Joanne Ng Kar Mun | Esya


Sabariah Bt Alias | Saidatina Aisyah Humaira 


Eh Eh . Terasa diri ini comel . 
Thank you to Allah 


Athifah | Esya


Atun | Esya | Erna Rafi | Azira Yahaya


Esya | Alina Arnani 



berie nak makan nih ~.~


inilah juadah yang disediakan


makan jangan tak makan . sebelum makan baca bismillah . :D


CENDERAMATA dari guru-guru tersayang

♥ PENGAWAS SEKOLAH ♥

♥ PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ♥

♥ PENGAWAS PUSAT SUMBER ♥

♥ MAJLIS KETUA TINGKATAN ♥

Segala kenangan yang tercoret di dalam post ini adalah kenangan di masa depan . 


October 9, 2012

Sekolah Idaman :D






1) Dapat bawak telefon bimbit ke sekolah . Senang nak telefon atau mesej mak ayah pukul berapa nak balik , tengah buat apa tu dan sebagainya . tak payah susah-susah nak berbaris kat telefon awam tu tunggu berjam-jam.

2) Dalam kelas ada penghawa dingin . Kadang-kadang waktu panas , panas sangat . Kipas angin yang pasang kat atas tu tak cukup nak tahan panas . 

3) Buku-buku sekolah dikurangkan atau ditukarkan kepada penggunaan teknologi macam ipad . Kan senang bawak ipad je . tak payah berat beg nak bawak segala buku teks yang berat macam batu tu .

4) Kantin mempelbagaikan makanan . tak nak lah setiap hari makan benda yang sama je . Boleh jadi muak kalau setiap hari macam tu .

5) Ada kolam . Kolam pun boleh tahan best jugak kalau ada . Tak ada la malu sangat kalau tak pandai berenang , boleh belajar berenang kat sekolah . boleh juga melahirkan atlet renang macam pandalila tu .

6) Ada bilik khas yang ada katil , bantal dan selimut . wah , kalau penat sangat boleh tidur . tak payah susah-susah nak keluar sekolah nak cari tempat yang selesa .

7) ada escalator / lif . Tak payah lah penat-penat kena naik tangga tinggi-tinggi . Nak tu sekolah yang ada 4 tingkat .