June 24, 2011

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 2

Lari Dari Istana

“ Selamat tinggal istana kesayanganku,” kata Puteri Aisyah perlahan.

“ InsyaAllah.. kita akan kembali ke sini lagi tuanku,” kata Dayang Seri.

“ Tuanku, baik tuanku berangkat sekarang. Subuh sudah hampir kunjung tiba,” gesa Pak Zren.

Setelah itu, Puteri Aisyah dan Dayang Seri memacu kuda itu dengan laju. Puteri Aisyah dan Dayang Seri tidak kekok untuk menunggang kuda kerana mereka pernah belajarnya dengan Pendeta Wak Faqim. Silat, bermain pedang, memanjat pokok dan menunggang kuda telah dipelajarinya dari Pendeta Wak Faqim secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Sultan dan permaisuri.

Ini kerana ayahanda Puteri Aisyah tidak membenarkan anakanda perempuannya membuat aktiviti lasak. Mereka hanya disuruh belajar menjahit, mengait, dan menenun. Bagi Puteri Aisyah, walaupun badannya agak berisi, namun dia gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak bersama abang-abangnya manakala aktiviti perempuannya itu dibuat main-main.

“ Tuanku, kita hendak ke mana sekarang?,”

“ Subuh lagi satu jam bukan. Sempat kita ke Gua Pendeta Wak Faqim,”

“ Baiklah sekiranya begitu,”

Suasana sunyi kembali. Hanya kendengaran derap kaki kuda yang berlari laju. Dari sebelah, Dayang seri memerhatikan Puteri Aisyah. Puteri Aisyah seorang wanita yang tabah. Pada usianya yang muda, dia sudah mampu menghadapi cabaran. Kata orang, Puteri Aisyah tidak bernasib baik., dia dilahirkan sewaktu hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Kelahiran Puteri Aisyah dan Puteri Fatimah agak jauh masanya dalam kurang 1 jam setengah. Ketika Puteri Fatimah lahir, cuaca sangat cerah dan tiada tanda-tanda akan hujan.

Kata orang tua-tua, bayi yang dilahirkan sewaktu hujan lebat dan kilat sabung menyabung membawa perkara yang tidak baik dan akan memalukan keluarga dan bagi keluarga yang percaya akan kata-kata itu akan membuang bayinya ke dalam sungai ataupun menanam bayi itu hidup-hidup.

Puteri Aisyah memalukan Negara! Itu yang dikatakan rakyat jelata. Sewaktu berumur 7 tahun, Puteri Aisyah telah membuat kecoh sewaktu Majlis Sultan-Sultan dengan memecahkan harta pusaka turun-temurun Negara itu. Pada umur 12 tahun pula, Puteri Aisyah dan Puteri Fatimah menyertai Pertandingan Puteri Idaman. Sememangnya Puteri Aisyah langsung tiada ciri-ciri seorang Puteri Idaman. Sehinggakan dia sering terjatuh ketika memakai kasut tumit tinggi dan gaun labuh. Puteri Aisyah disingkirkan sejak dari awal pertandingan manakala Puteri Fatimah sendiri memenangi Pertandingan Puteri Idaman. Sejak itulah ramai putera raja cuba berbaik-baik dengan Puteri Fatimah. Puteri Aisyah sendiri disingkirkan oleh rakan-rakannya yang lain.

Satu peristiwa ini jugalah telah memalukan keluarganya. Dia didapati berdua-duaan bersama seorang pemuda di dalam sebuah bilik stor yang berkunci. Puteri Aisyah sendiri tidak sedar ada pemuda di dalamnya yang sedang tidur. Puteri Aisyah ingin mencari barangnya yang hilang, namun seperti ada orang yang telah mensabotajnya dan menguncinya di dalam bilik stor itu. Puteri Aisyah hampir kena kahwin dengan pemuda tersebut, namun pemuda itu telah mati. Mati lemas ketika cuba melarikan diri dari pengawal-pengawal istana. Namun, Puteri Aisyah tidak pernah menangis. Seumur hidupnya, Puteri Aisyah tidak pernah mengalirkan air mata sehinggakan dia terjebak ke dalam cinta.

Kini, Puteri Aisyah benci akan cinta. Cinta itu penipu! Cinta itu pembunuh! Cinta membuatkan dia akhirnya mengalirkan air mata. Puteri Aisyah pernah alami percintaan dengan 5 putera raja pilihan ayahanda. Namun, percintaan mereka tidak pernah kekal lama seperti Puteri Aisyah dengan Putera Mirwan Mizan. Putera Mirwan juga putera pilihan ayahanda. Dan segala-galanya kini tiada lagi. Tiada cinta! Tiada kasih sayang! Tiada pengharapan lagi! Puteri Aisyah sudah lali dengan cinta penipu.

“ Azan Subuh sudah hampir kedengaran. Sebentar lagi kita sampai ke Gua Pendeta Wak Faqim,” kata Puteri Aisyah tiba-tiba.

Dayang Seri tersedar dari lamunannya. Jauh juga Dayang Seri termenung.

“ Hai Seri, termenung jauh nampaknya. Apa yang dimenungkan?,” Tanya Puteri Aisyah sinis.

“ Tidak ada apa-apalah tuanku. Teringat akan bonda patik sahaja,” bohong Dayang Seri.

“ Bonda Seri sekarang di mana?,”

“ Entahlah.. sudah lama bonda patik menghilangkan diri. Entahkan hidup.. Entahkan mati,” kata Dayang Seri sayu.

“ Maafkan beta. Beta tidak tahu,” jawab Puteri Aisyah kesal.

“ Tidak mengapa,”

“ Assalamualaikum Aisyah dan Seri,” tiba-tiba kedengaran satu suara yang selalu kedengaran.

“ Waalaikumussalam, Apa Qaiden buat di sini?,” Tanya Puteri Aisyah kepada pemuda itu.

“ Berjagalah.. Malam ni tugas saya pula bertugas. Apa khabar awak berdua?,” kata Qaiden.

“ Baik-baik sahaja. Mana pula adik awak Qairen?,”

“Hari ini tugas dia melaungkan azan. Baik awak berdua pergi mengambil wuduk. Sebentar lagi azan Subuh kedengaran. Hari ini saya tidak dapat berjemaah bersama-sama,”

“ Terima kasih. Kami pergi dahulu,”

Qaiden memandang sahaja langkah Puteri Aisyah dan Dayang Seri tetapi dia lebih tertumpu kepada Dayang Seri.

“ Dayang Seri, wajahmu sangat cantik. Kalaulah kau sudi menjadi permaisuri di hati ini, alangkah indahnya,” kata Qaiden tersenyum sambil berkata sendirian setelah mereka jauh darinya.

Puteri Aisyah kelihatan sedih. Hatinya pilu mendengar suara hati Qaiden. Dia tahu, tiada siapa yang mahu meluahkan cinta kepadanya. Selama ini, satu rahsia Puteri Aisyah tidak pernah diberitahu kepada sesiapa walaupun Dayang Seri. Puteri Aisyah mampu membaca minda seseorang yang dikehendaki. Segala rahsia orang, semuanya dia tahu. Namun, berdiam diri adalah lebih baik dari memberitahu orang lain.

Puteri Aisyah membuang perasaan itu jauh-jauh. Biarkanlah semua itu berlalu…

Ketika itu azan subuh kedengaran mendayu-dayu…

June 7, 2011

SAJAK : FATAMORGANA DUNIA KINI BUKAN KHAYALAN


(BCE SMBL DGR LAGU NIE )




Apa ni?

Dunia kitakah ini?

Tetapi, mengapa terlalu banyak pertumpahan darah berlaku

Mengapa terlampau banyak peperangan berlarutan

Di mana pemimpin mereka yang berwawasan?

Menjadikan dunia di bawah kuasa mereka..



Apa yang mereka perlukan..

Hanyalah wang semata

Wang segala-galanya

Bagi membeli harga diri dan maruah

Seorang hamba yang tidak berdosa

Serta Senjata dan juga bom…



Teknologi moden kian membangun

Membangun bak cendawan tumbuh di pagi hari

Namun,

Kerana teknologi moden inilah

Dunia kita hancur

Bak kaca terhempas ke lantai



Manusia gila perang telah membunuh segala mesra

Dengan rakus tanpa belas kasihan

Perang berlangsung membunuh keluarga bahagia

Serta bayi di pangkuan ibunya..

Perang berlangsung menghilangkan tawa kanak-kanak



Tangisan anak-anak kecil bergema di seluruh alam

Menangisi wajah yang telah pergi

Meninggalkan mereka sebatang kara

Meratap hiba menanti sepi



Kerana itu,

Kita harus bangun

Bangun membantu mereka dalam kesusahan

Tidak kira kaum, agama, bangsa dan Negara

Kerana misi kita hanya Satu

Untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan

Kerana kita

Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah


Hak CIpta oleh : Saidatina Aisyah Humaira