February 21, 2012

Anak Itu . . .

tangisan seorang bayi bergema di seluruh alam
tanggal 1 jan 1995 , seorang bayi perempuan dilahirkan cukup sempurna
tiada cacat , semuanya sempurna
kurniaan Allah tiada tandingannya
dilahirkan ketika subuh menjelang tiba
diazankan oleh seorang manusia lelaki yang digelar BAPA
ketika itu nama diberi cukup indah sekali
SITI AISYAH dan berbintikan ABD GHONI
maksudnya bahagia .
nama itu diberi semoga berharap bayi kecil itu apabila besar nanti akan bahagia dengan kehidupannya .
digelar sudah seorang anak .
anak itu manja orangnya .
ke sana sini ibu dan ayah nya mahu pergi , ke situ lah die mengikut
sejak kecil , anak itu dididik dengan agama yang secukupnya .
diberi kasih sayang yang secukupnya .
dan memberi makan minum , yang secukupnya
apabila meningkat remaja , anak itu tidak menjadi seperti yang diharapkan
anak itu menjadi seorang yang biadap dan sering menengking ibu bapanya
alangkah kasihannya melihat ibu nya seringkali mengalirkan air mata hanya kerana seorang anak itu .
alangkah hinanya seorang anak itu apabila menyebabkan setitis air mata ibu jatuh ke bumi , membuatkan anak itu terpaksa menanggung dosa yang berat .
susah benar seorang anak untuk meminta MAAF kepada ibu bapa nya atas kesalahan yang dilakukan .
tidak bermaksud anak itu tidak insaf akan kekhilafannya namun , dia juga manusia . manusia tidak akan dapat mengelakkan dari melakukan dosa .

17 tahun berlalu ~
anak itu sudah besar .
dan akan menduduki peperiksaan SPM .
anak itu , bukan anak yang tidak mahu belajar
anak itu bukan anak yang gemar menghabiskan masa di komputer ribanya
anak itu , anak yang malang
tidak mempunyai sahabat baik
tidak mempunyai teman baik
tidak mempunyai kawan rapat
dia adalah dia
dia hidup dalam dunia maya nya
di situ dia mula mengerti erti persahabatan yang sebenar
dia juga manusia !
yang perlukan teman baik . yang boleh di ajak berbincang , bergurau senda .
dan boleh menangis bersama - sama .
bagi dia , sahabat adalah yang utama ,
kerana , sahabat nya lah yang memahami nya segala - galanya
ibu ?
ayah ?
apa mereka peduli ?
kerja kerja kerja .
anak itu faham akan kerja mereka .
tetapi mereka tidak faham perasaan anak - anak mereka
yang sangat dahagakan kasih sayang
mengharapkan ibu bapa nya mampu menjadi sahabat yang paling baik
namun , itu hanya dalam ' wishlist ' hidupnya .
sampai bila anak ini akan terus mengalirkan air mata ?
sampai bila anak ini akan mengharapkan kasih sayang yang sempurna ?
sampai bila anak ini perlu menunggu ketibaan sahabat baiknya di sisinya ?
sampai bila anak ini perlu merasa kehilangan orang yang mereka sayang ?
sampai bila ?
sampai bila ?

Anak ini mungkin sudah membuat satu keputusan .
keputusan . . .
yang tidak akan di ketahui oleh sesiapa .
oleh sesiapa . . .