February 21, 2014

Bila kesakitan tersimpan di hati



Assalamualaikum . Terima kasih kerana masih mengunjungi blog yang kurang memuaskan ini . Hohoho
Tajuk dah bunyi macam sedih , tapi boleh pulak ketawa kan? Haaa , ini yang kebanyakan orang tak tahu. Manusia di dunia ni punya banyak perwatakan yang berbeza-beza . Tahu tak kenapa ? Kerana Allah itukan maha adil . Kalau Allah buat satu perasaan je , contoh nya semua jenis bersabar . Nanti , segala kerja pun akan jadi sabar lah sabarlah . Dan akhirnya tak siap jugaa kann . Ini aku nak cerita seorang manusia yang punya hati yang rapuh .

Hatinya
Penuh pengharapan
Melihat rakan-rakan gembira
Walaupun dia tahu
Melihat orang lain gembira bakal membawa hatinya penuh kesakitan

Hatinya
Penuh kesabaran
rakan - rakan sering memperkatakan tentangnya
Namun dia masih bersabar
kerana apa ?
Kerana dia tak mahu mereka berkecil hati
Namun menjaga hati orang lain bakal membawa hatinya penuh penderitaan

Hatinya
Penuh kesetiaan
rakan-rakannya lama/baru sudah mula meninggalkannya
namun , dia masih cuba mencari masa bersama rakan-rakannya
walau rakan-rakannya sudah tidak ingat akannya
dia tahu itu
namun dia masih lagi setia menunggu
Namun melupakan memori indah bersama rakan bakal membawa hatinya penuh kekosongan

Kamu ingat dia gembira
Kamu ingat dia tidak terasa hati
Kamu ingat dia setia menunggu mu disisi
Kamu ingat dia rindukan kamu
Kamu ingat dia boneka

Sedangkan , tahukah kamu tindak tanduk kamu itu membuatkan dia terasa hati .
Membuatkan dia menyimpan kesakitan itu di dalam hati
Sedangkan kamu seringkali mempergunakannya untuk menyedapkan hati kamu
Kamu tahu tidak , bahawa dia juga punya hati yang rapuh .
Kamu tahu yang dia juga ada hati dan perasaan
Kamu lukakan segala hati dan perasaanya untuk kepentingan diri
Jangan kamu tidak percaya bila suatu hari nanti dia sudah tidak punya hati dan perasaan .
kerana hatinya sudah hitam dengan memori kesakitan