February 14, 2015

Kursus Pendek : Memanah Tradisional

Kursus Pendek : Memanah Tradisional
Anjuran : Kolej Komuniti Bagan Datoh
Tempat : Kolej Vokasiaonal Teluk Intan  
Tarikh : 07 Februari 2015

Assalamualaikum , Ini adalah kisah aku pada minggu lepas yang rajin sangat mengikuti kursus pendek memanah tradisional. Aku minat jugak memanah ni. Dekat poli masa sem 2 aku masuk Kelab Memanah . tapi memanah moden la . ini aku nak try pulak memanah tradisional ape bezanya . Well , rupanya memang banyak sangat bezanya and i really like it about traditional archery. Bayaran sebanyak RM50 sangat berbaloi sebab sangat la seronoknya memegang busur dan panah. Tapi , memang serious gua cakap penat gila . Balik je dah pukul 5.30 petang aku balik terus solat asar. Cadang nak tunggu sampai maghrib then nak tidur .Sebelum subuh bangun solat isyak. Cadangan je lah tapi Allah ni baik betul  Aku tertidur sementara tunggu azan maghrib. Tepat-tepat azan maghrib aku terbangun. Memang aku terus solat la lepas tu terus tido. Dengan bagusnya Allah ni, Allah kejutkan aku pukul 10 lebih macam tu sebab aku asyik terbangun sebab sakit yang terlampau kat dua dua tangan. Bangun bangun menangis sakit . Aku bangun masa tu terus la solat dengan senang hatinya. Tak payah nak pikir yang aku belum solat lagi. Imagine what yang kau main memanah ni dari pukul 9 sampai 5.30 petang . Henti masa solat zohor je dan makan. Memang penat sangat sangat sangat sangat . 

Aku rasa aku tak ada la bagus sangat nak cerita pasal perbezaan memanah moden dan memanah tradisional . Hampa tanya pak cik google. Memang banyak info yang berguna. Memanah tradisional ini atau kata nama lain Memanah Ikut Sunnah Rasulullah.  Dah dah aku nak tunjuk gambar aku main-main panah ni . Hehehe


Ni masa pembahagian busur dan anak panah . Tak sabar masa ni nak pegang busur tu haaa :3


Ni acah acah je . Baru nak start .


Masa ni kami guna buat formasi . Macam - macam formasi diorang ajar . Aku partner dengan abang aku . Aku paksa dia ikut dan dia suka sangat memanah tu . tak nyesal gua kata . 



Yehhh , aku tengah memanah tu . Sebelah aku tu cikgu. Aku suka sangat duk sebelah dia dan tengok dia memanah . Macam pro kot . Lagipun dia ada busur sendiri .


Ini bajet acah acah je ni . Heheh


Well , this is my group . Ada la dalam 10 orang je yang join . 2 orang je perempuan dan yang lain lelaki sejati . lembut - lembut takde .xD


Serious aku cakap korang tak akan menyesal join ni . :D


February 13, 2015

Kursus Pendek : Asas Servis dan Baikpulih Laptop

Kursus Pendek : Asas Servis dan Baikpulih Laptop
Tempat : Kolej Komuniti Sabak Bernam
Tarikh : 31 Januari 2015

Assalamualaikum . Hohoho macam buat laporan pulak . ehehe . Sajalah nak bercerita tentang kursus yang aku pergi hari tu. Kursus pendek asas servis dan baikpulih Laptop. Aku memang suka ikut benda laki buat ni padahal aku bukan minat sangat. Cuma nak cari pengalaman je. Apa , ingat perempuan tak boleh join ke kursus macam ni ? Memang nak kena lelaki sahaja ka ? Masa kursus ni ada 3 lelaki dan aku satu satunya perempuan.


Aku selalu juga pergi KK Sabak Bernam ni tapi this is my first time dekat bilik mekanikal ni. Selalunya pergi kelas masakan dia je . Huuuu


Nampak tak betapa cantiknya meja tu . 


Nama dia aku dah lupa dah tapi pensyarah tu tengah buat demo bukak laptop dia. Memang dia tak sayang ka laptop dia tu . Huhuhu


Ini dia ada bagi handout . Aku baca pun bukan paham sangat pun. Ye ye je paham sangat . heheh


Laptop ni dia sayang . Laptop satu lagi memang dia bukak sampai nampak motherboard. Kalau aku, sayang kot nak bukak . Takut rosak je . Aku bab ni bukan pandai mana pun.

Actually aku memang kurang minat bab mekanikal ni sebab bagi aku susah sangat lah . Aku pergi pun sebab nak sijil je . ehehehe . Tapi takpe , pengalaman :D