February 28, 2013

Kerana Aku Juga Hamba Allah




Adakah anda rasa seronok apabila diperli ?

Adakah anda rasa gembira apabila anda dikeji ?

Adakah anda rasa bahagia apabila anda dicaci ?

Tahniah jika anda tidak mempunyai perasaan berkecil hati dengan semua itu dan 'Takziah' lah kepada yang mempunyai hati yang sensitif. Tidak dinafikan aku juga mempunyai hati yang sensitif. Bukan mudah untuk aku menerima segalanya. Seperti aku tidak punya apa-apa keistimewaan. Tetapi tidak mengapakan . Allah itu Maha Adil. Mungkin aku dilahirkan tidak secantik Siti Nurhaliza , tidak secomel Tiz Zaqyah , tidak se'cute' Elfira Loy dan seangkatan dengannya.

Alhamdulillah dan Terima kasih buat sesiapa yang menghargai diri ini yang tidak seberapa .

Cik Mazura ( guru kelas sains sukan 2011 & 2012 )

- Beliau guru terhebat yang pernah ku jumpa .
- Kerana beliau ku dapat menceburi permainan Olahraga ( Acara padang ) dan Bola Baling .
- Beliau mengajar ku sains sukan dengan dedikasi .
- Beliau selalu berbangga akan diriku .
- Beliau sering menjadikan ku contoh kepada pelajar pelajar yang sama denganku .
- TERIMA KASIH CIKGU .

Pn Norazizah Zakaria ( guru penasihat PBSM SMKCTI )

- Beliau merupakan seorang guru yang tiada tandingannya .
- Beliau mempercayaiku dengan sepenuh hati sehingga ku diberi kepercayaan menjadi Pengerusi PBSM 2 tahun berturut-turut .
- Beliau membuatkan diriku hebat di bidang PBSM . Ku mendapat 6 Lencana PBSM hasil usaha Pn Azizah.
- Tahun lepas ku mendapat Anugerah Belia .
- Terlalu banyak pengorbanannya. Kini , walaupun beliau sudah pencen tapi masih tetap menjadi jurulatih PBSM negeri Perak.
- Masih menghubunginya :D
- Tidak pernah mensia-siakan pengorbanan ku .
- Tidak pernah menghina fizikal ku bahkan memberi semangat kepadaku bahawa Kita Semua Sama Hamba Allah .

Pn. Aminah Idris ( pengetua sekolah )

- Beliau sangat berbangga dengan anak anak muridnya yang berjaya .
- Ucapan tahniah tidak lekang dari bibirnya
- Menghargai hasil cerpen ku .


Mungkin aku bukan sesiapa . Seorang gadis yang sering merendah diri. Seorang gadis yang malu akan fizikalnya yang berbadan besar . Seorang gadis yang selalu merasakan dirinya tidak dihiraukan oleh orang . Seorang yang sering merasa diri dihina .

tetapi diri ini masih memahami bahawa KITA SEMUA SAMA : HAMBA ALLAH :')

Bersyukurlah . . .