December 28, 2021

REVIEW HOTEL 2021 SELEPAS PKP

 Assalamualaikum , 

Hai kawan-kawan. Amboi kemain ya. Lepas je PKP yang paling panjang tahun ni habis, saya ada lah pergi berjalan-jalan terapi minda gitu. Baru-baru ni saya ada lah buat ala ala backpackers gitu naik train ets dari Ipoh - kl sentral - butterworth - Ipoh. Jadi ada beberapa hotel yang saya nak update perkembangan nya di dalam blog ni supaya menjadi rujukan kat orang yang nak stay kat hotel-hotel ni. 

SYMPHONY SUITES HOTEL , IPOH PERAK



Gambar 1 : Symphony Suites Hotel Ipoh, gambar pada waktu malam. 


Gambar 2 : Katil King Size 

HARGA BILIK : RM 180 (with government servant) termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- Semua bilik ada 2 partition ( satu untuk katil , satu lagi ruang tamu dan pantri. 
- tandas ada dua 
- tv ada dua 
- pantri 
- radio (ada bilik yang takde)
- peti sejuk
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh lipton dan nescafe 3 in 1
- iron dan iron board 
- sofa

Hotel
- Cafe 
- parking di tingkat 2 & 3 dan parking di luar hotel 
- ada lif 
- breakfast makanan buffet

KELEBIHAN 
- Parking sangat banyak. Boleh parking di tingkat 2 dan 3 atau parking di tempat open di depan hotel 
- makanan di cafe sedap-sedap dan saya suka
- harga hotel sudah termasuk sarapan dan sarapan ada banyak juga pilihan makanan 
- air panas ada dan laju 
- aircond sangat sejuk 
- tandas ada paip kalau nak membuang hajat

KELEMAHAN 
- tiada bathtub 
- tiada kolam 
- tandas di bahagian shower perlu disental lagi (semua hotel selepas pkp ni problem nya ) 
- plug tepi katil tak banyak. Plug tu hanya untuk lampu sahaja. Biasa orang nak caj fon sambil tidur kan. 
- tiada kedai makan yang terdekat kalau nak jalan kaki tapi boleh la order foodpanda dan grabfood
- view bilik asyik dapat menghadap klinik kesihatan sahaja. Hahahaha


DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR 


Gambar 3 : Dorsett Hartamas Kuala Lumpur 


Gambar 4 : Kolam di tingkat paling atas iaitu tingkat 27


Gambar 5 : Katil queen size


Gambar 6 : Tandas nya tingkap begitu tetapi tak nampak dalam pun 


Gambar 7 : Bilik ada bathtub

HARGA BILIK : RM 177 (with government servant) tidak termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- peti sejuk
- tv
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh dan nescafe
- meja kerja
- iron dan iron board 

Hotel
- Cafe di tingkat M
- parking ( maaf saya tak naik kereta jadi saya tak tahu bayaran nya berapa) ada parking valet RM20 semalam
- ada lif 
- breakfast makanan ala carte kecuali waktu ramai orang baru buka buffet. Buffet berharga seorang RM40/45
- kolam renang di tingkat 27

KELEBIHAN 
- berdekatan sangat dengan Hartamas Shopping Centre. Hanya seberang jalan dan ada jejantas. 
- ada bathtub 
- ada air panas dan laju 
- ada suis lebih tepi katil untuk caj fon

KELEMAHAN 
makanan ala carte. pilihan makanan ala carte sangat sikit 
- lif sangat lambat. Ada 27 tingkat dan agak lama untuk menunggu. Hanya 2 lif sahaja tersedia 
- Cafe untuk sarapan di tingkat M dibuka sehingga jam 3.00 petang sahaja . Kedai di tingkat 27 ada thai restoran dibuka hingga 12.00 tengah malam tetapi kalau ada event , dia akan ditutup
- di sekitar ada banyak kedai makan tetapi tak bukak sampai tengah malam. Paling tinggi pukul 10.00 malam dah tutup. Ada satu kedai mamak bestari. Tak tahulah harga macam tak masuk akal macam mahal. Ada kedai runcit seperti mynews dan 7 eleven. 
- view bilik tidak menarik langsung
- tempat membuang hajat agak sempit. ada paip 

IXORA HOTEL, PENANG


Gambar 8 : Ixora Hotel Penang


Gambar 9 : Ada katil king size dan sofa bed. (Gambar dari agoda.com)



HARGA BILIK : RM 205 (with government servant) termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- katil king size
- peti sejuk
- tv 
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh dan nescafe
- meja kerja
- iron dan iron board 
- sofa bed
- sinki tandas ada dua 

Hotel
- Cafe 
- parking ( maaf saya tak naik kereta jadi saya tak tahu bayaran nya berapa) 
- ada lif 
- breakfast buffet dan banyak sangat pilihan makanan 
- kolam renang 


KELEBIHAN 
- bersebelahan dengan Pacific Megamall Penang 
- ada air panas dan laju 
- ada suis lebih tepi katil untuk caj fon
- lif ada 4 dan agak laju

KELEMAHAN 
- tempat membuang hajat tiada paip. ada bidet dan bowl nya agak kecil 
- tempat shower tidak disental. agak geli bila nak mandi 
- tiada bathtub 
- lobby sangat tinggi. kereta lowered boleh sangkut kalau naik lobby. 
- view luar tidak menarik langsung


Okay ni je lah 3 hotel yang saya stay selama seminggu. Biasalah setiap hotel mesti ada pro and cons nya tetapi bab tandas paling perlu sangat dibaiki selepas pkp ni. Sila lah sental tandas tu elok-elok. Tak selesa nya bila nak mandi asyik ternampak je kesan-kesan tu. 

November 7, 2021

Jalan - Jalan di Bagan Datuk , Perak

 Assalamualaikum . 

Baru Baru ni saya berjalan jalan di sekitar Bagan Datuk. Disebabkan covid melanda, saya tak dapat bercuti ke luar negara seperti kebiasaannya tetapi dapat melawati tempat-tempat menarik di dalam negeri sendiri. Lebih kecil lagi di dalam daerah sendiri. Saya memang penduduk kawasan Bagan Datuk tapi tidak lah begitu dekat dengan Pekan Bagan Datuk. Dalam 20 minit jugak naik kereta untuk sampai ke pekan Bagan Datuk. Jadi saya nak bercerita nak ajak awak semua jalan-jalan di Bagan Datuk ok?

SUNFLOWER GARDEN BAGAN DATUK (LADANG BUNGA MATAHARI)


Gambar 1 : Tempat wajib bergambar supaya orang tau kita dah sampai sini. Hehe

 Tempat ni wajib la kena ambik gambar kan sebab menunjukkan kita dah sampai di Sunflower Garden. Yeay. Tapi sekarang belum lagi musim bunga nya keluar. Ada la bunga tapi tak mekar sangat. Tengok la gambar tu . Ni waktu saya pegi 2 Oktober 2021. Mereka bukak balik selepas pkp pada 1 Oktober 2021. Tengok tak ramai orang lagi sebab saya pergi waktu pagi. 


Gambar 2 : Masa dibuka dan harga tiket terkini Oktober 2021

Saya datang memang awal sangat . Dalam 9.15 pagi macam tu dah sampai . Tu sebab takde orang pun kat ladang ni. Masa dah nak balik baru nampak orang datang. Bayaran tidak boleh menggunakan kad okay. Kena bayar cash sahaja. Nanti masuk akan dapat gelang untuk dipakai. 


Gambar 3 : Banyak ikan lapar 

Masa pendaftaran jugak akan diberi makanan ikan secara percuma dalam bungkusan kecil. Boleh la diberi pada ikan ikan tu. Jangan la bagi kat depan je tau sebab ladang ni besar jugak. Merata rata ada ikannya. Ingatlah ikan yang duduk jauh dari pintu utama . 



Gambar 4 : Banyak juga bunga lain selain matahari yang tumbuh. 


Gambar 5 : Ada tempat berehat untuk berehat setelah mengambil banyak gambar 


Gambar 6 : Gambar keluasan ladang ini 


Gambar 7 : Banyak tempat boleh ambil gambar 


Gambar 8 : Ini tempat jualan pokok-pokok yang saya tak berapa tau pokok apa. Boleh melawat selepas keluar daripada ladang


Gambar 9 : Ada kedai tudung dan kedai jualan snack serta aiskrim. Aiskrim dia not bad. Saya ingat dia jual aiskrim honey sebab gambar madu rupanya takde. Dia jual mango dan jagung ke tak silap. Hahaha

DATARAN BAGAN DATUK 

Dataran ni sesuailah untuk datang pada waktu petang sebab banyak kedai buka. Walaupun saya duduk di daerah sini tapi saya jarang sangat datang kesini sebab yelah ke sini kalau nak berehat-rehat. Kat sini boleh ambik gambar di Welcome. Masjid terapung tu masih belum siap. Ada kapal yang boleh anak-anak main sepatutnya tetapi masa saya pergi bulan 10 belum dibuka lagi sebab masatu baru habis pkp fasa 2. 


Gambar 10 : Boleh ambil gambar disini. Kalau pergi pagi hingga tengah hari tak ramai orang pun jadi boleh ambil gambar banyak-banyak 



Gambar 11 : Kapal tu sepatutnya kanak-kanak boleh main tapi masa saya pergi bulan 10 belum boleh lagi, Tak sure sekarang dah boleh ke tidak 


Gambar 12 : Masjid Terapung ni masih belum siap ya

KARI KEPALA IKAN MANAF BAGAN DATUK

Kedai makan ni ada di area  dataran bagan datuk jugak. Kedai ni buka awal tapi tu la tak sure buka pukul berapa. Saya order roti cana bersama kari ikan nya. Takdela order kepala ikan sebab tak reti makan. Order bahagian isi sahaja. Puas hati jugak makan. Kalau order dia akan bagi panas panas boleh melecur lidah kalau terus makan (sebab kena. Hahahahaha ). Nanti singgah la juga di sini ya kalau dah sampai Dataran bagan Datuk.


Gambar 13 : Kedai dia tak nampak sangat nama kedai tapi di tepi jalan sahaja ni. 


Gambar 14 : Haa nampak tak nama kedai kecil sangat. Tapi kalau orang sini pasti tau lah kedai ni. 


Gambar 15 : Sedapppp kari ikannya. Ambil dua isi ikan. Tak sure berapa harga sebab orang lain bayarkan. Hehehe


Ok dah habis dah pasal jalan-jalan di Bagan Datuk. Kalau nak datang, boleh pergi sekali di Beting Beras Basah tapi saya tak pergi masa tu sebab ni cuma short vacay separuh hari sahaja. Nanti masa cuti sekolah jemput jemput lah datang ke Bagan Datuk. Kalau nak sarapan pagi yang sedap di Hutan Melintang sebelum ke Bagan Datuk, boleh datang ke Kedai Din Canai. Nasi lemaknya sangat sangat sedap. Selalu ramai orang kedai ni. 


October 5, 2021

REVIEW HOTEL RPGC GARDEN HOTEL IPOH + (BONUS) SAMBUT HARIJADI PREMMA

 Assalamualaikum . 

Hai gais. Kembali lagi di segmen review hotel. Hahahaha. Tak la ni macam pertama kali nak review hotel . Actually sis ni suka sangat jalan-jalan try macam-macam hotel untuk dapatkan kepuasan. Tak ada lah yang mahal-mahal tapi yang mampu duduk. Kadang sekali sekala dapat la duduk hotel mahal sikit tapi ada promotion. Hehehe. Ok marilah kita start review hotel. 


Gambar 1: RPGC Garden Hotel dari kejauhan

CHECK-IN HOTEL

Ni gambar RPGC Garden Hotel dari kejauhan. Hotel ni memang ada di dalam Royal Perak Golf Club di Ipoh. Masuk ke guard dan bagitahu nak ke hotel . Lepastu terus belok kiri . Tak jauh dari pondok guard terus jumpa hotel ni dan terus belok kiri dan boleh la parking. Parking dia banyak je tak penah penuh pun. 

Saya menggunakan agoda.com untuk book hotel ni. Waktu tu dalam RM160 pada tarikh 3/10 - 4/10/2021 harga bilik. Lepastu saje ambik bersama dinner jadi harganya dalam RM190. Diingatkan buat masa ni memang takde langsung sarapan ya di hotel ni. Actually saya bukan saja nak ambik bersama dinner. Pada mulanya saya call hotel untuk tanya berkenaan dinner tu. Boleh makan di club house atau room service. Dia kata boleh dua-dua. Turn out bila sampai , dia kata just room service je boleh. Dan pilihan makanan sangattttttttttttttttt tidak menarik perhatian langsung. Ada 5 jenis pilihan makanan je dan air ada 3 jenis. So please tak payah la ambik set dinner tu buang duit je okay sebab harganya yang agak mahal. Better pakai je foodpanda or grab. Saya agak kecewa ya sebab saya ingat dapat dinner dengan kawan saya sebab saya sambut birthday dia di situ. 

Buat peringatan, hotel ini mengambil bayaran secara terus. Takde nye boleh bayar lepas stay hotel. Kena terus bayar masa check-in. Tapi boleh je pakai kad kredit , debit atau cash. 

BILIK 


Gambar 2 : View dari pintu masuk . Ada meja makan, smart tv, sofa double dan armchair, kipas


Gambar 3 : Ada pantry, meja makan , sinki , serbuk teh (1) serbuk kopi (1), kettle eletrik 


Gambar 4 : Ruang bilik tidur. Ada kipas , katil, lampu tidur, almari, makeup table , tv


  ..

Gambar 5 : Ruang Tandas - ada water heater , dapat sabun buku, berus gigi bersama ubat gigi , shampoo, bath soap, conditioner shampoo


Gambar 6 : Tandas untuk membuang. Hehe. Ada paip nak basuh tu haa. Air dia laju. Ada cermin macam kanta pembesar tu


Gambar 7 : Smart tv - ada banyak movie yang boleh ditonton. Boleh juga tengok netflix dan youtube. 


Gambar 8 : Ini contoh movie yang boleh ditonton 

RINGKASAN (KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ) 

KELEBIHAN (PROS) 
- bilik besar ( ada dua ruang . satu ruang tamu dan satu lagi bilik tidur ) 
- ada smart tv. tak bosan kalau duduk dalam bilik 
- ada water heater (water heater agak bising bila on)
- ada kolam tapi di club house. Kalau stay hotel ni boleh mandi kolam di club house
- technician laju sampai kalau call 
- ada peti ais 
- ruang parking yang agak luas dan tak penuh

KEKURANGAN (CONS)
- tiada sarapan 
- tandas takde yang boleh sedut udara busuk tu. ada tingkap je untuk dibuka 

PERLU TAHU
- perlu bayar terus untuk beberapa hari check in. Tiada pembayaran di akhir penginapan
- jika nak bilik yang bersih, jangan menginap di bilik 108. 
- tiada pembayaran deposit sebelum masuk hotel
- jika book guna agoda.com anda boleh pilih dinner tapi tidak digalakkan. Baik tuan puan order foodpanda / grabfood. Makanan diberi hanya menggunakan tupperware dan air hanya menggunakan cawan plastik. Pilihan makanan pun mungkin tidak mengenyangkan, (pendapat saya)


Dulu hotel ni sangat bagus dan saya sangat sukakannya. Saya pernah stay sebelum musim covid terjadi. Pada tahun lepas bulan 2 tak silap. Hotel ini tentunya sangat bagus . Dulu ada sarapan di club house walaupun cuma ala carte tapi sangat sedap.  Harganya sangat murah pada waktu weekdays. Di pantry sangat banyak pilihan kopi dan teh dan seingat saya siap ada mesin nescafe yang mahal tu. Setelah musim covid , ada perubahan pengurusan. Lepas tu saya tak berapa berkenan dah. Sarapan memang dah tak wujud dah.  Cuma bilik je yang masih saya suka . Tak dapat dah la kopi dan teh yang sama. Hanya ada dua paket je sekarang ni. Dulu takde smart tv , sekarang ada tapi saya tak berapa kisah pasal smart tv pun . 

Saya bagi 3.5 / 5 . 

BONUS

Saya datang ke hotel ini sebab meraikan hari jadi kawan saya walaupun birthday dia bulan ogos. Kami langsung tidak keluar bilik dan hanya stay di dalam bilik sambil berbual dan tengok movie. 


Gambar 9 : Saya hadiahkan kawan saya album BTS. Kawan saya terlalu sukakannya dan asyik membuat video


Gambar 10 : Makanan yang saya tempah semasa di hotel untuk meraikan birthday kawan saya
Jika anda tiada masa untuk book kek , boleh menggunakan ipohcakes.com. Anda boleh book cake pada hari sama boleh dapat cake tersebut. Sangat bagus. Boleh minta letak wish card juga. 



July 21, 2021

Kenapa Unikl Business School?

 Assalamualaikum , 

Hai gais. Jarang nya la nak update blog sekarang ni. Tapi hari ni rasa macam nak post satu la pasal kenapa Unikl Business School? Kenapa apa? Kenapa memilih untuk masuk unikl business school (Ubis)? Kalau ikutkan , nak letak tajuk secara general ja. Kenapa nak masuk unikl? Tapi sebabkan saya ni alumni ubis, saya nak cerita pasal ubis je lah. Hehe. Tapi ada jugak point secara general yang boleh dibaca oleh bakal-bakal pelajar unikl di mana-mana pun. 

1. Kenapa Unikl? 

Unikl ni under mara. Pastilah bukan IPTA kan. Mesti IPTS. Unikl ni ada banyak cawangan kat satu malaysia. Setiap cawangan lain-lain kos yang ada. Tak akan sama satu kos. Kalau nak masuk business management , kena masuk UBIS. Kalau nak masuk Marine , kena masuk Unikl Lumut. Kalau nak masuk bahagian perubatan, mesti Unikl Royal College of Medicine di Ipoh. Jadi kenapa unikl? Sebab unikl under mara. Mara support pelajar yang belajar di unikl. Bagi pelajar B40 mesti dapat elaun bulanan punya lah. Bagi M40 dan T20 , ada limit untuk penerimaan elaun. Macam saya tak dapat elaun sebab mak ayah T20. Cuma yuran mara support. Maaf saya dah lupa berapa maksimum gaji mak ayah untuk lepas dapat pinjaman mara dan elaun . 

2. Yuran mahal ke ? 

Betul, yuran agak mahal. Macam saya 4 tahun ambil degree in accounting perlu bayar RM52,000 tetapi disebabkan saya lepasan diploma akaun, saya dapat exemption untuk setahun dan perlu belajar 3 tahun lagi. Bayarannya berjumlah RM39,000 untuk 6 semester. Tetapi , dah cakap tadikan, saya dapat pinjaman mara dan tak perlu bayar semahal itu semasa belajar di unikl. Saya cuma bayar setiap awal sem beberapa ratus sahaja . Dah lupa pulak berapa. Masa saya , seingat saya bayar RM250 ke tetapi lepas saya habis belajar, yuran naik jadi tak berapa pasti naik nya dalam RM300 atau RM400. Tetapi the best part pasal mara ni kita tak perlu bayar RM39,000 tu pun. 

3. Macam mana kadar bayaran balik ?


Gambar 1 : Kadar Bayaran Balik Pinjaman Mara

Ini adalah jadual kadar bayaran balik untuk pelajar unikl. Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA atas 3.00 jadi kadar bayaran balik saya adalah sebanyak 20%. Lepas habis belajar dan telah menerima transkrip , cepat-cepat buat pengurangan pinjaman . Ini penting sebab baru lah dapat bayar 20% dari jumlah yang sepatutnya . Takkan sanggup nak bayar RM40k jugak kan ? 


4. Cara nak apply kadar bayaran balik ? 

Hehehe, harap masih membantu lagi lah nak ajar apply kadar bayaran balik ni sebab dah lama buat kan. Konvo tahun 2019, so dah lama la tapi In sha Allah ingat sikit sikit sebab haritu bukak balik sistem . Ok ni benda pertama kena buat lepas dapat transkrip dan jugak sijil certificate degree tu. 


Gambar 2 : e-conversion (Klik sini)

Ini adalah laman web untuk permohonan pengurangan pinjaman pelajaran mara . Kat sini lah kena update segala data yang diperlukan. Nak mohon ni kena jugak bayar RM300.00 iaitu bayaran komitmen semasa permohonan. Jangan risau, RM300 tu nanti auto tolak dengan pinjaman mara kita nanti tu . Kat sini jugak nanti kena scan transkrip dan certificate degree kita tu . 


Gambar 3 : Gambar di dalam e-conversion 


So, dalam ni ada data-data kita . Tahun ni bukak balik pun sebab nak update pekerjaan. Tengok dah lama dah buat . Tak tipu eh . Hehehe. Nanti kita kena lah scan dan hantar ke dalam ni. Kena tunggu beberapa hari untuk dapat Status diterima yang tanda tick right tu. Perlu jugak membuat pembayaran dan kena letak bukti di dalam ini jugak . 

Gambar 4 : e-baki  (Klik sini)

Ini adalah sistem e-baki. Nanti bila tiba waktunya untuk permulaan pembayaran, kat sini lah kita boleh tengok baki pembayaran kita. Ok, saya habis belajar pada bulan 6/2019 dan konvo pada bulan 10/2019. Pada tahun 4/2021 dah start pembayaran dilakukan. Kat sini boleh cek jadual bayaran balik .



Gambar 5 : Jadual bayaran balik 

Bayaran balik akan tamat pada tahun 3/2028 jadi takde la sampai pencen dok bayar pinjaman je kan . Lagipun mara ni bukan mahal sangat pun instead of ptptn . Ada kawan saya perlu bayar 350+ sebulan ptptn sebab diploma dan degree dia pakai ptptn. Banyak kan . Dah la kita ni fresh graduate, duit pun belum banyak dah kena bayar pinjaman yang banyak macam tu . 




Gambar 6 : End of repayment 

Alhamdulillah saya dah habis bayar dah sebelum tahun 2028 pun . Hehe. Kalau dah habis bayar, akan keluar macam ni lah. Sila cetak ya supaya nanti takde timbul tetiba ada kata tak habis bayar lagi so rugi lah kan kat kita. 

5. Boleh dapat kerja ke lepasan unikl ni? 

Ok ni yang orang selalu kena brainwash ni. Kalau belajar kat swasta, susah dapat kerja. Kalau belajar kat universiti awam, senang ke dapat kerja? Tolong lah jangan percaya cakap orang lain. Boleh je dapat kerja kalau belajar dengan unikl ni. Nak bukti ke ? Saya ni pun dah kerja tau. Saya kerja kat kerajaan dan masih kontrak sebagai penolong juruaudit. Kawan saya belajar di universiti awam pun agak sukar mencari pekerjaan. Lagipun mencari kerja ini adalah rezeki masing-masing. Kita perlu berdoa bersama dengan usaha mencari kerja. Memang kawan-kawan saya elok je dapat kerja macam-macam. Yang penting, masa latihan industri, pilih syarikat yang betul-betul. Ada kawan saya latihan industri di syarikat oil and gas dan setelah habis belajar, dia dapat bekerja di situ jugak. Saya pun latihan industri di Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan dapat kerja di tempat yang sama. Jangan asyik kata IPTS susah nak dapat kerja. You never know until you try it yourself. 

6. Pensyarah semua ok ke ?

Sangat ok . Senang berhubung dan senang memberikan kerjasama. Tapi biasalah kalau ada satu atau dua pensyarah yang agak sedikit bermasalah. Cuma kalau kita jumpa pensyarah macam tu, kena la kita ikut cakap dia. Nanti dia bagi markah sikit karang untuk assignment , dah naya kita. Tapi memang banyak pensyarah yang sangat-sangat membantu dan terbaik ! Jangan risau kalau nak berhubung dengan pensyarah . Saya pun pernah belajar di ipta masa diploma.  Ada banyak pensyarah yang tidak suka pelajar nya mesej dengannya dan ia agak menyukarkan kita nak buat kerja. Sebab tu lah saya memilih untuk masuk unikl sebab pensyarah yang baik belaka. Alhamdulillah . 


Ok sampai sini sahaja lah ya. Kalau ada soalan boleh berhubung dengan saya melalui e-mel. (feira.flora@yahoo.com) saya memang kerap membuka e-mel dan sememangnya ramai je ada mesej saya. Kalau nak mesej whatsapp ke , mesej dulu saya di e-mel. Saya gembira jika dapat membantu menjawab pertanyaan . Saya juga pernah update mengenai unikl business school . 

- Question & Answer Unikl Business School (Klik Sini)

- Updating Life at Unikl Business School 2018 (Klik Sini)

- Serba serbi Unikl Business School (Klik Sini)

 ADA YANG DAH BERUBAH BEBERAPA PERKARA. BOLEH TANYA BALIK UNTUK KEPASTIAN . SEBAB SAYA TULIS SEJAK SAYA MASUK 2O16 DAN SEHINGGA HABIS BELAJAR.

EDIT: BY THE WAY, SAYA MINTAK MAAF BANYAK-BANYAK KALAU TAK DAPAT BANTU. SAYA DAH GRADUATE SEJAK 2019. KAWAN SAYA PUN BARU HABIS 2021 SO DAH TAKDE ORANG NAK SAYA TANYAKAN PERKEMBANGAN BARU UBIS. TAPI MANA YANG SAYA BOLEH JAWAB, SAYA JAWAB. THANK YOU