April 18, 2014

Biarkan ia mengalir



Menjadi seorang yang tabah terlalu sukar. Kerana apa ? kerana anda perlu melalui fasa-fasa kehidupan yang terlalu penat dengan duri di sepanjang jalan. Luka-luka di tubuh badanmu adalah satu perkara biasa. Belum lagi duri itu tercucuk dalam ke dalam kulitmu dan membuatkan mu menangis. Begitu juga hati dan ketabahan. Jika hati kita mampu merasai ketabahan itu , maka bersyukurlah.

Jujur , aku begitu . aku cuba menjadi seorang yang tabah dan kuat di hadapan mata-mata yang memandang. Aku benci menjadi lemah dihadapan mereka kerana aku merasakan aku seorang yang tidak berguna. Aku tidak suka menunjukkan riak kecewa , sedih mahupun sakit kerana aku tidak suka mereka berfikir bahawa aku seorang yang lemah . Tak ! Aku tak lemah.

Pemaaf , memang adalah sifat aku . Tetapi memaafkan orang yang menyakiti aku dan membuatkan hatiku bengkak sangatlah sukar. Bukan kerana apa, aku bukan Nabi mampu memaafkan orang yang berbuat jahat dengannya. Aku memang tidak mampu. Walau bagaimanapun , perlu tahu aku juga punya hati dan perasaan. Mungkin aku boleh tidur dan bangun dengan jiwa yang segar. yang tidak langsung ingat akan kesakitan sebelum ini .

Sensitif , aku juga sensitif. Bukan semua benda aku tak suka tapi aku sensitif dalam bab-bab yang buat aku akan jadi lebih rendah diri. Aku tak suka orang kata aku gemuk sedangkan aku sedar itu memang aku. Tapi aku sedar , semua manusia mempunya mulut untuk berkata-kata. tapi tidak kah kau tahu bahawa mulut itu lah adalah benda paling tajam di dunia.

Entahlah , aku rasa pelik bila tulis post ni sebab aku tak tahu nak cakap apa tapi sekarang jiwa aku macam semacam dan buat aku jadi lemah dan tidak bermaya. sebab kawan . ya , sebab kawan . Kadang-kadang kepercayaan itu sukar diperkatakan. Aku tak akui bahawa aku juga percaya pada seseorang dan aku juga kurang percaya. Tetapi bila mana aku percaya terhadapnya , bila sekali dia buat sesuatu yang kita tidak ingin sekali melihat , itu membuatkan aku jadi kurang kepercayaan.

Pernah aku ditanya , aku punya sahabat baik ? Dan ketika aku tergagap-gagap untuk menjawabnya. akhirnya aku mengatakan tidak . Ya , memang aku tidak punya sahabat baik. Sebab aku masih belum jumpa . Aku ramai kawan baik tapi tak ada pun yang sahabat baik aku. Kawan dan sahabat walaupun maksudnya sama tapi mempunya pemahaman yang berlainan. Seorang sahabat , bukan nya ketika gembira dia ada , ketika sedih dia ada , ketika kita susah dia ada , ketika kita gementar dia ada . Aku tak merasakan itu sebagai sahabat. Sahabat yang benar-benar aku merasakan bilamana dia tidak langsung mengungkit apa yang dia pernah lakukan .

Post ni macam post yang carca marba . Aku tak tahu nak luahkan apa kat sini . Aku tak ada diari pun jadi aku tulis kat blog ajelah  Kalau bosan , jangan baca . Sebab post ni tak bagi manfaat pun . baik korang bukak blog ANGEL PAKAI GUCCI . lagi bagus . pahala dapat .

Akhirnya bila aku tulis kat sini , aku jadi tenang . Biarkan perasaan itu mengalir bak air sungai . Tidak perlu kat kaut kembali kelak kau akan menyesal di kemudian hari . Sentiasa senyum :D