January 22, 2013

Ini Cikgu Saya :3


Wah , comel tak kami ? comel tak ? - perasan kejap-
alah , bukan selalu pun kan kan ?
hah! cuba teka mana satu kite dan mana satu cikgu kite >.<
oh oh . cikgu kite yang comel tu tau , yang pakai cermin mata tu . ala - ala skema sikit :P (perli sekejap)
Nama cikgu saya , cikgu Rahmah
Dia baik woo , dah macam kawan dah . tak macam anak murid dengan cikgu >.<
tapi tak apa , cikgu tetap tua, saya masih maintain muda :3
sayang cikgu sangat-sangatlah

LOVE a.k.a MISS YOU SO MUCH ♥ ♥
- Cikgu Rahmah -

promote promote , cikgu saya masih SINGLE . ehehe >.<

January 14, 2013

Maggi Goreng Tanpa Perencah Buatan Saya !




@ maggi - direbus 3 minit ( apa apa jenis mee pun boleh )
@ bawang ( apa apa jenis bawang pun boleh )
@ cili padi ( berapa banyak nak letak pun tak kisah )
@ kicap
@ telur
@ black paper
@ fishball
@ kiub ayam ( sikit je. Dalam beberapa cubit )

1. Panaskan minyak. Masuk kan bawang, cili padi dan fishball.
2. Setelah itu, masuk kan sedikit air, kiub ayam dan serbuk black paper.
3. Masuk kan kicap dan telur. Telur dikacau hancur.
4. Masukkan maggi yang telah direbus tadi dan kacau hingga sebati
5. Sediakan maggi goreng yang ditabur dengan bawang goreng. Biar ada rase kerangupan. Ngam ngam ngam .

* perencah maggi tak elok dimakan selalu. Tak elok. Oleh itu, buatlah sesuatu kelainan.

SELAMAT MENCUBA :3

posted from Bloggeroid

January 12, 2013

Apa yang anda tahu tentang seorang Ayah?





Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Waktu kita sakit / demam, ayah sering marah "Sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah tidak beri keluar kerana sangat sayang dengan kita dan tidak mahu apa2 yang buruk terjadi kepada kita?

Waktu kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah / kolej untuk belajar. Di waktu kita memerlukan ini - itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau memenuhinya. Waktu kamu berjaya, Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya. Dan akhirnya, waktu ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangannya, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa
supaya anaknya bahagia bersama pasangan

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Ucapkanlah sayang kepada ayah anda,sementara belum terlambat :'/



* copy paste . sebab rasa nak nangis baca nya .