November 29, 2016

Serba Serbi UniKL Business School

Assalamualaikum.
Wah , dah lama nampaknya tak menulis dalam ni. Apa boleh buat. Busy memanjang dengan sekarang dah sambung belajar. Haritu mintak upu tak dapat-dapat, lastnya masuk jugaklah universiti swasta iaitu Unikl Business School yang memangnya terletak di Kuala Lumpur. Unikl Business School ni ada dua cawangan. Satu dekat Kampung Baru dan satu lagi dekat Persiaran Gurney. Persiaran Gurney ni bangunan baru yang baru dibuka pada awal tahun ini jugak. Sesiapa yang mohon Unikl Business School dalam Bachelor In Accounting (Hons) , kelas anda hampir 90% atau 100% berada di Persiaran Gurney. Tetapi kalau ambik kos lain selain accounting, kelas kome ada la dekat Bangunan Yayasan Selangor di Kampung Baru.



Ihsan gambar google : Gambar hadapan UniKL Business School Persiaran Gurney, Kampung Datuk Keramat


Ihsan google : gambar luaran Gurney Campus


Iphone5s camera : Ruang legar Gurney Campus. Selalunya ada event kat ruang legar tu. Ada kafe jugak. Welcoming Orientation Week (WOW) akan dibuat disini. 


Iphone5s: Tingkat 1 , ruang tempat pelajar menjual makanan dan minuman. Dalam kelas boleh makan so, beli dulu makanan sebelum masuk kelas . Hehehe


Gambar credit to yanamia.blogspot.my : Bangunan Yayasan Selangor UniKL Business School. Kiranya kalau nak settle pasal yuran, duit pulangan, surat kebenaran, surat untuk buat kad rapid dan sebagainya semua kat bangunan ni. Bangunan ni ada 18 tingkat rasanya. Lupa dah sebab jarang pegi sini.

Level 8*

-Admin
-documents

-Academic section (AcSs)
-add/drop
-special case

-Finance
-manual
-claim
-fine

*Level 12*

-Koku/sukan&aktiviti
-hostel
-counselling
-tabung kebajikan siswa TKS
-Hats
-loans
-student lounge *bilik tuk lepak/tgok tv

*Level 13*

_bilik SRC *sebelah 1309
-kalau nak pinjam buku wakaf atau nak wakafkan buku boleh datang bilik src

*Level 13A*

-library senyap
-library bising

*Level 16*

-internship program
-isem program

*Level 17*

-surau lelaki
-surau perempuan


PENDAFTARAN

Nanti hari pendaftaran, sila baca betul-betul alamat yang dia bagi. Pendaftaran dia tak buat dekat UniKL Business School. Dia buat dekat UniKL MIIT HQ di Jalan Sultan Ismail. Sebelah bangunan ni ada shopping mall. So, kalau sesat jugak nak cari UniKL ni bolehlah search Quill City Mall. 



Ihsan gambar google.

KOLEJ KEDIAMAN UNIKL BANGSAR

Sesiapa yang ambik Bachelor In Accounting (Hons) memang akan masuk hostel sini. Kos lain akan tinggal di Setapak iaitu Zetapark dan Kondominum. Satu rumah dalam 14 / 15 orang. Kalau di kolej kediaman ni satu bilik ada 4 orang je. Seperti biasalah kan, kalau dah hostel, tandasnya pun diluar. Ada tempat ampai baju. Ada dobi. Ada cafe tingkat bawah sekali. 



Alah tertempek gambar diri sendiri pulak . Huahuahua. Ha ni alamat Kolej Kediaman Siswa Bangsar. Tapi kalau pakai waze kan, dia bagi jalan salah sebenarnya. Jadi kalau nak memudahkan pencarian, sila waze PERTUBUHAN ARKITEK MALAYSIA sebab pertubuhan ni depan je dengan kolej. 


View gambar bilik. Sorry la bersepah. Maaf Maaf


Satu bilik ada 4 katil dan diduduki 4 orang.


Bilik kami ni bilik ada balkoni. Ada bilik yang tak ada balkoni dan ruang agak kecil. Kalau dapat bilik balkoni kira bersyukur la sebab dia besar sikit. Meja study tu ada lampu so tak payah risau la kalau nak study malam-malam.  Diingatkan di sini agak panas biliknya sebab kipas yang digunakan adalah yang untuk dinding bukan kipas besar tu jadi kalau tak nak panas, boleh la bawah kipas sendiri. Teman pun bawak kipas sendiri sebab panas. 

Di hostel ni jugak kita campur dengan pelajar lelaki UniKL MIIT. Hostel ni ada 8 tingkat. Tingkat 1 - 3 adalah untuk lelaki. Tingkat 4 - 5 biasanya pelajar perempuan UniKL MIIT dan tingkat 6 - 8 pelajar UniKL Business School. 

Dah namanya hostel kan, peraturan keluar masuk pun ada jugak. 
Ahad - Khamis pagar tutup pukul 11.30 malam
Jumaat - Sabtu pagar tutup pukul 12.30 malam


Ni balkoni tingkat 7. Uish, rasa gayat.


Haaaa gayat tak ? 


Bangunan depan tu lah Pertubuhan Arkitek Malaysia. 


KELAS


Pintu masuk kelas ye adik-adik. Gurney Campus ada 2 tingkat je so kelas pun tak banyak. Kalau lupa kelas kat mana atau nak cari kelas kosong ke, boleh la usha jadual yang dah terlekat tu. 



Ni kelas di Gurney Campus. Kelas ni boleh menampung dalam 30 pelajar dalam satu-satu masa. Ada aircond. Sejuk woo. Kalau tak tahan, boleh la pakai sweater kan. Huhuhu


Pelajaran selalu pakai slide . Whiteboard jarang jugak la pakai. 

SUBJECT (BACHELOR IN ACCOUNTING (HONS) ) ONLY

**(CR) Boleh Transfer Credit kalau diploma holder dapat subject tu C paling minimum. 


SEM 1
1. Intro to Financial Accounting (CR)
2. Management Accounting 1 (CR)
3. Mathematics for Business (CR)
4. Principles of Microeconomics (CR)
5. Writing for Business Purpose
6. Isu-isu kontemporari Muslim di Malaysia
7. Mandarin 1

SEM 2
1. Financial Accounting and Reporting 1 (CR)
2. Principles of Macroeconomics (CR)
3. Management (CR)
4. Marketing (CR)
5. Statistics for Business (CR)
6. Commercial Law (CR)

SEM 3
1. Financial Accounting and Reporting 2
2. Taxation 1
3. Management Accounting 2
4. Communication for Business Purpose
5. Intro to Information Technology (CR)
6. Hubungan Etnik

SEM 4
1. Financial Accounting and Reporting 3
2. Audit 1
3. Principle of Finance
4. Human Capital Management
5. Technopreneurship
6. Mandarin 2
7. Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)

SEM 5
1. Financial Accounting and Reporting 4
2. Taxation 2
3. Accounting Information System 1
4. Corporate Law
5. Corporate Ethics and Governance
6. Innovation Management
7. Co-Curiculum

SEM 6
1. Accounting Theory and Practices
2. Audit 2
3. Accounting Information System 2
4. Global Entrepeneurship
5. Organisational Studies
6. Elective**

SEM 7
1. Internship

SEM 8
1. Management Accounting 3
2. Integrated Case Study
3. Public Sector Accounting
4. Strategic Policy Management
5. Business Research
6. Elective**

ELECTIVE SUBJECT (ONLY CHOOSE TWO)
1. Issues in Contemporary Accounting
2. Islamic Accounting Practices
3. Forensic Accounting and Fraud Examination
4. Investment Analysis
5. Specialised Accounting
6. Taxation 3
7. Advanced Managerial Finance (wajib ambil)

DIPLOMA HOLDER 
* Terus masuk semester 3
* Subject yang dia dah bagi : 
- Writing for Business Purpose
- Audit 1
- Taxation 1
- Financial Accounting and Reporting 2
- Human Capital Management
- Hubungan Etnik 

PEMBELAJARAN


Ini contoh jadual saya. Satu kelas satu minggu 3 jam. Of course ada presentation, assignment dan homework. Bila dapat jadual ni nak drop boleh, nak tukar masa, tukar lecturer dan sebagainya. 
  


Digunakan untuk subject registration, timetable, slip examination dan sebagainya



Digunakan untuk online quiz, nota untuk diprint dan dibawa ketika kelas dan hantar assignment


Rasanya dah oklah aku ceritakan pasal UniKL Business School ni. Kalau nak tanya, boleh lah bertanya diruangan komen atau boleh la mesej kat facebook ke instagram ke untuk fast respond. Kalau komen lambat sikit respon sebab jarang bukak la katakan. email pun boleh . feira.flora@yahoo.com


ADDITIONAL INFORMATION

* Bagi sesiapa yang duduk Bangsar, untuk ke Gurney Campus perlulah menggunakan lrt dari LRT PUTRA BANGSAR ke LRT DAMAI . 
* Bayaran : 
- token RM2.90
- touch&go RM2,60
- kad rapid student RM1.40
* untuk ke Yayasan Selangor perlulah naik LRT PUTRA BANGSAR ke KLCC. Ambik bas rapid 302 berharga RM1. 

Thank you . Babai.

EDIT NOTA KAKI

ADA BEBERAPA POST YANG SAYA UPDATE FOR UNIKL BUSINESS SCHOOL