July 24, 2022

CAMERON HIGHLANDS TRIP 2 DAYS 1 NIGHT + BIRTHDAY CELEBRATION + GAME ON !

 Assalamualaikum , 

Sebelum kepala ni akan lupa this kind of memories, kita post kat sini lah supaya takkan lupa sampai bila bila kenangan bersama. Tak tau lah dapat bersama sama lagi bertiga macam ni. Yes, ni pertama kali berjalan plus staycation. Before ni takat jalan sehari je. Itu pun pergi makan dan shopping . 

Costing 

1) Homestay di Barrington Square : RM230 

2) Cheese tart + Brownies : RM100

3) Roti jala : RM 45

------------------------------------------------------

Tempat menarik di Cameron Highlands

1) Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla) Melawat ladang RM3 + 4X4 Safari Jip + Safari Park RM18 combo (makanan haiwan RM5 sebekas) 

2) Cat House RM6 + makanan kucing RM1 satu 

3) O&R Garden (Orchid and Rose Garden) RM10 + makanan haiwan RM3 satu 

4) Cameron Centrum (Free)

5) The Sheep Sanctuary RM8 free makanan haiwan

-----------------------------------------------------

Itenary

HARI PERTAMA

6.50 am - bertolak dari rumah ke rumah pembuat cheese tart dan brownies 

7.15 am - bertolak ke rumah Baiti 

7.30 am - bergerak ke rumah Malizah + mengisi minyak di pertengahan jalan 

8.00 am - dari rumah Malizah bergerak ke Cameron Highlands

9.30 am - singgah di RTC Gopeng untuk sarapan (sarapan dibeli oleh Premma) 

10.00 am - meneruskan perjalanan dan turun ke Plaza Tol Simpang Pulai untuk naik ke Cameron.

11.30 am - First stop : Cameron Valley Tea House 3 Kuala Terla ( Makan scone dan minum strawberry tea + Naik 4X4 Safari Jip  + Melawat Safari Park dan bagi makan arnab , ayam , ikan dan kambing.

1.00 pm - Second stop : Cat House Cameron Highlands. Bayaran masuk RM6. Makanan kucing RM1 satu. 

2.00 pm - Third stop : O&R Garden (Orchid & Rose Garden) Bayaran Masuk RM10. Makanan haiwa RM3. Ada Itik, kambing , ikan  dan ayam 

3.30 pm - Check in Homestay di Barrington Square, Golden Hills. (2 bilik tidur , 2 tandas, 2 katil queen dan 2 katil single, dapur, tv ada netflix)

4.00 pm - Sambut birthday dalam homestay. Makan cheesetart, brownies dan roti jala

7.00 pm - Menyediakan makanan untuk steamboat 

8.00 pm - Makan steamboat bersama-sama 

10.30 pm - Main Jutaria bersama-sama 

11.30 pm - Minum milo panas sambil bermain

1.00 am - Selesai main dan tidur 

HARI KEDUA

7.30 am - Keluar sarapan di Opah Strawberry & Farms. Keluar awal sebab parking tak banyak 

8.00 am - Makan-makan 

9.30 am - Balik homestay dan bersiap-siap untuk check out

10.30 am - Check-out Homestay 

10.35 am - Fourth Stop : Cameron Centrum. Ambil gambar ala eropah. Ada menara jam london dan replika kereta. 

11.00 am - Fifth stop : The Sheep Sanctuary . Boleh park kereta di Kea Farm sebab berhadapan. Bayaran RM8 dan dapat free makanan untuk sheep.

11.30 am - Shopping di Kea Farm 

1.00 pm - Bergerak pulang 

2.30 pm - Makan tengah hari di Restoran Tasik Raban 

5.30 pm - Sampai rumah 

---------------------------------------------------------------

1) CAMERON VALLEY TEA HOUSE 3 (KUALA TERLA)


Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

1- Bergambar di ladang teh yang bertulis Cameron Valley Tea . (Bayaran berharga RM3) 
2- Boleh makan scones dan membeli teh cameron di sini 
3- Boleh naik ATV / 4x4 Safari Jip (RM18/seorang) combo bersama :-
4 - Safari Park . Boleh bagi makan arnab , monyet, ayam , ikan dan kambing . (RM5 jika nak pergi safari park sahaja) 
5- Makanan haiwan RM5 sebekas

JUMLAH BELANJA : RM 3 + RM 18 + RM 5 + RM30 (optional makan scone dan strawberry tea) = RM56 

2) CAT HOUSE CAMERON HIGHLANDS 



Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

1- Bermain dengan kucing yang bermacam jenis baka 
2- Memberi makan kucing 
3- Mengambil gambar bersama kucing-kucing yang comel 

BAYARAN MASUK : RM6
MAKANAN KUCING : RM1 
JUMLAH = RM 7 

3) O&R GARDEN (ORCHID AND ROSE GARDEN) bersebelahan dengan Cat House



Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

1- Bergambar dengan bunga yang sangat banyak 
2- Tempat menarik untuk OOTD 
3- Beri makan kepada haiwan seperti ayam . Ayam ganas sikit . Hahaha

BAYARAN MASUK : RM10
MAKANAN HAIWAN : RM3
JUMLAH : RM13

4) CAMERON CENTRUM  




Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

1- Bergambar ala-ala eropah 
2- Terdapat banyak kedai makan dan kedai runcit seperti family mart, CU , tealive, starbuck dan sebagainya 

BAYARAN MASUK: FREE

5) THE SHEEP SANCTUARY  



Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

1- Beri makan kepada biri-biri
2- Ambil gambar dan video 

BAYARAN MASUK : RM8
MAKANAN BIRI-BIRI : FREE
JUMLAH : RM8

6) KEA FARM 

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini :

SHOPPING ! 

Time ni memang tak sempat ambik gambar sebab semua dah busy shopping !

Bonus : 



Ok dah. Ni semua hanya kenangan . Semoga dapat jalan-jalan bersama lagi. Love you guys. :D




December 28, 2021

REVIEW HOTEL 2021 SELEPAS PKP

 Assalamualaikum , 

Hai kawan-kawan. Amboi kemain ya. Lepas je PKP yang paling panjang tahun ni habis, saya ada lah pergi berjalan-jalan terapi minda gitu. Baru-baru ni saya ada lah buat ala ala backpackers gitu naik train ets dari Ipoh - kl sentral - butterworth - Ipoh. Jadi ada beberapa hotel yang saya nak update perkembangan nya di dalam blog ni supaya menjadi rujukan kat orang yang nak stay kat hotel-hotel ni. 

SYMPHONY SUITES HOTEL , IPOH PERAK



Gambar 1 : Symphony Suites Hotel Ipoh, gambar pada waktu malam. 


Gambar 2 : Katil King Size 

HARGA BILIK : RM 180 (with government servant) termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- Semua bilik ada 2 partition ( satu untuk katil , satu lagi ruang tamu dan pantri. 
- tandas ada dua 
- tv ada dua 
- pantri 
- radio (ada bilik yang takde)
- peti sejuk
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh lipton dan nescafe 3 in 1
- iron dan iron board 
- sofa

Hotel
- Cafe 
- parking di tingkat 2 & 3 dan parking di luar hotel 
- ada lif 
- breakfast makanan buffet

KELEBIHAN 
- Parking sangat banyak. Boleh parking di tingkat 2 dan 3 atau parking di tempat open di depan hotel 
- makanan di cafe sedap-sedap dan saya suka
- harga hotel sudah termasuk sarapan dan sarapan ada banyak juga pilihan makanan 
- air panas ada dan laju 
- aircond sangat sejuk 
- tandas ada paip kalau nak membuang hajat

KELEMAHAN 
- tiada bathtub 
- tiada kolam 
- tandas di bahagian shower perlu disental lagi (semua hotel selepas pkp ni problem nya ) 
- plug tepi katil tak banyak. Plug tu hanya untuk lampu sahaja. Biasa orang nak caj fon sambil tidur kan. 
- tiada kedai makan yang terdekat kalau nak jalan kaki tapi boleh la order foodpanda dan grabfood
- view bilik asyik dapat menghadap klinik kesihatan sahaja. Hahahaha


DORSETT HARTAMAS KUALA LUMPUR 


Gambar 3 : Dorsett Hartamas Kuala Lumpur 


Gambar 4 : Kolam di tingkat paling atas iaitu tingkat 27


Gambar 5 : Katil queen size


Gambar 6 : Tandas nya tingkap begitu tetapi tak nampak dalam pun 


Gambar 7 : Bilik ada bathtub

HARGA BILIK : RM 177 (with government servant) tidak termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- peti sejuk
- tv
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh dan nescafe
- meja kerja
- iron dan iron board 

Hotel
- Cafe di tingkat M
- parking ( maaf saya tak naik kereta jadi saya tak tahu bayaran nya berapa) ada parking valet RM20 semalam
- ada lif 
- breakfast makanan ala carte kecuali waktu ramai orang baru buka buffet. Buffet berharga seorang RM40/45
- kolam renang di tingkat 27

KELEBIHAN 
- berdekatan sangat dengan Hartamas Shopping Centre. Hanya seberang jalan dan ada jejantas. 
- ada bathtub 
- ada air panas dan laju 
- ada suis lebih tepi katil untuk caj fon

KELEMAHAN 
makanan ala carte. pilihan makanan ala carte sangat sikit 
- lif sangat lambat. Ada 27 tingkat dan agak lama untuk menunggu. Hanya 2 lif sahaja tersedia 
- Cafe untuk sarapan di tingkat M dibuka sehingga jam 3.00 petang sahaja . Kedai di tingkat 27 ada thai restoran dibuka hingga 12.00 tengah malam tetapi kalau ada event , dia akan ditutup
- di sekitar ada banyak kedai makan tetapi tak bukak sampai tengah malam. Paling tinggi pukul 10.00 malam dah tutup. Ada satu kedai mamak bestari. Tak tahulah harga macam tak masuk akal macam mahal. Ada kedai runcit seperti mynews dan 7 eleven. 
- view bilik tidak menarik langsung
- tempat membuang hajat agak sempit. ada paip 

IXORA HOTEL, PENANG


Gambar 8 : Ixora Hotel Penang


Gambar 9 : Ada katil king size dan sofa bed. (Gambar dari agoda.com)



HARGA BILIK : RM 205 (with government servant) termasuk sarapan 

KEMUDAHAN HOTEL 

Dalam bilik 
- katil king size
- peti sejuk
- tv 
- cerek eletrik 
- berus gigi 
- teh dan nescafe
- meja kerja
- iron dan iron board 
- sofa bed
- sinki tandas ada dua 

Hotel
- Cafe 
- parking ( maaf saya tak naik kereta jadi saya tak tahu bayaran nya berapa) 
- ada lif 
- breakfast buffet dan banyak sangat pilihan makanan 
- kolam renang 


KELEBIHAN 
- bersebelahan dengan Pacific Megamall Penang 
- ada air panas dan laju 
- ada suis lebih tepi katil untuk caj fon
- lif ada 4 dan agak laju

KELEMAHAN 
- tempat membuang hajat tiada paip. ada bidet dan bowl nya agak kecil 
- tempat shower tidak disental. agak geli bila nak mandi 
- tiada bathtub 
- lobby sangat tinggi. kereta lowered boleh sangkut kalau naik lobby. 
- view luar tidak menarik langsung


Okay ni je lah 3 hotel yang saya stay selama seminggu. Biasalah setiap hotel mesti ada pro and cons nya tetapi bab tandas paling perlu sangat dibaiki selepas pkp ni. Sila lah sental tandas tu elok-elok. Tak selesa nya bila nak mandi asyik ternampak je kesan-kesan tu.