May 31, 2015

Cerpen - Jodoh Itu Milik Dia



Widya termenung menghadap pantai pada waktu senja itu. Sungguh mengasyikkan jika sesiapa yang memandangnya. Buku di pelukan tangan Widya dipeluk erat bagai tidak mahu langsung berpisah. Semakin erat dipeluknya buku itu , semakin matanya terasa berat untuk mengeluarkan air jernih itu. Tanpa dapat ditahan lagi, akhirnya air jernih itu laju menuruni pipi mulusnya. Widya menangis tidak tertahan lagi. Bertemankan bunyi ombak yang menghempas lantai pasir, tangisan Widya menjadi semakin kuat.

            “ Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa?!,” luah Widya dalam tangisan.

            “ Apa yang aku dah buat dengan kau sampai kau buat aku macam ni,  Linda. Kenapa kau sanggup buat macam ni!,” sambil mencampakkan buku itu ke atas pasir putih itu.

            Entah apa yang dibisik oleh syaitan, Widya mengambil keputusan dengan memijak-mijak buku itu dengan sepuas hatinya. Widya merasakan puas apabila berbuat demikian kerana Widya merasakan buku itu adalah Linda. Apa tidaknya, kesabaran Widya telah sampai kemuncaknya bilamana Linda telah merampas bakal suaminya, Ahmad Rahyan. Linda dirasakan pembelot buat dirinya. Widya percaya kepada Linda tanpa ada rasa ragu-ragu. Widya amat menyayangi Linda sehinggakan Widya tidak suka mendengar orang bercerita tentang Linda yang buruk-buruk. Widya merasakan Linda seorang yang sangat baik dan penyayang buat dirinya.

            Benar , Linda memang pandai benar talam dua muka. Widya memang sedar bahawa Linda seorang yang sangan cantik bak model antarabangsa. Rambut hitam ikal mayangnya panjang mengurai dan lembut. Bentuk tubuh badannya sangat sesuai dengan dirinya yang memang belajar dalam bidang seni lakonan dan nyanyian. Widya pula seorang yang bertudung litup dan gemar memakai baju kurung ataupun baju yang labuh-labuh. Bukan apa, Widya sering merasakan dirinya terlalu naïf untuk memakai pakaian secantik Linda. Lagipun, tubuh Widya agak gempal. Linda memulakan persahabatan dengan Widya ketika dia melihat Widya keseorangan. Linda kasihan melihat Widya sering dipulau menyebabkan Linda bersahabat dengan Widya.

            Widya akui Linda memang baik orangnya. Linda juga sangat diminati oleh ramai jejaka. Linda pula seorang yang peramah tidak kena tempat. Linda seringkali melayan mereka sedangkan Linda ketika itu sudah mempunyai teman lelaki. Widya selalu juga menjadi orang tengah Linda. Tetapi Widya tak kisah. Widya masih menganggap Linda seorang yang sangat baik. Memang benar, Widya seorang yang masih mentah dalam mengenal erti cinta monyet macam Linda.

            Azan maghrib hampir berkumandang. Widya masih lagi di bilik asrama untuk bersiap-siap ke musolla. Linda pula baru lepas pulang dari tandas sambil berjalan terhegeh-hegeh membawa baldi yang sarat dengan baju yang baru dibasuh.

            “ Linda, jomlah ke musolla,” ajak Widya.

            “ Alah, aku banyak kerja ni. Nak jemur baju. Nak siapkan assignment lagi. Kau pergilah,”
            “ Alah, apa ni Linda. Awak dah janji nak ikut saya ke musolla malam ni. Semalam awak yang kata,” kata Widya dengan nada sedikit merajuk.

            “ Eh, aku ada berjanji dengan kau ke?,”

            “ Iyelah, awak yang janji dengan saya kalau semalam saya tolong awak siapkan assignment Miss Que,”

            “ Erm, yelah yelah. Tunggu kejap. Aku nak bersiap,” kata Linda dengan nada yang sangat malas.

            Widya tersenyum manis. Dalam hatinya berkata, kalau Linda ikut ke musolla, bolehlah ajak dia ikut perjumpaan ahli musolla. Usai Linda bersiap memakai telekung, mereka segera keluar dari bilik setelah mendengar azan maghrib berkumandang. Dalam perjalanan ke musolla, Widya masih senyum kerana dapat ke musolla bersama Linda. Setelah sampai di musolla, seperti biasa rutin yang dijalankan solat maghrib. Setelah itu ada kuliah agama bersama Ustaz Mustafa dan apabila sahaja azan isyak berkumandang, terus sahaja solat Isyak.

            “ Linda, marilah ikut saya ke perjumpaan ahli musolla,”

            “ Tapi saya ada banyak kerja,” bantah Linda dengan lembut dan nada yang memang malas.

            “ Kejap je, please,” rayu Widya dan Linda pun mengalah.

            Ketika perjumpaan ahli musolla, kelihatan Linda mengintip seseorang. Widya tidak langsung perasan akan tindak tanduk Linda kerana khusyuk. Linda memerhatikan seseorang itu dengan khusyuk benar seperti tidak mahu melepaskan apa yang terhidang di hadapan mata. Seseorang itu pun memandang Linda ketika itu seperti tidak mahu melepaskan pandangannya. Manakan tidak, semua orang tahu Linda di kolej itu sering berpakaian yang dapat meluruhkan jantung dan iman lelaki. Tak boleh tahan, Linda berkawan baik pula dengan ahli musolla yang bertudung litup dan gempal orangnya.

            Ketika pulang dari musolla, Linda mendiamkan diri. Widya yang petah bercakap itu ini terus senyap melihat Linda sebegitu. Rasa serba-salah pula mengajak Linda ke musolla sedangkan Linda membantah.

            “ Erm, Linda awak okey ke?,” soalan WIdya dijawab dengan anggukan sahaja.

            “ Linda, saya minta maaf kalau buat awak badmood macam ni. Saya tak patut paksa awak tadi. Saya tahu awak banyak kerja. Maafkan saya,”

            Linda masih lagi diam. Widya pula sudah mati akal untuk berkata-kata lantas mendiamkan diri juga.

            “Widya,” widya menoleh.

            “ Esok, aku ikut kau lagi ke musolla ye,” kata Linda.

            Langkah Widya terhenti. Apa dia salah dengar dengan pernyataan Linda tadi?

            “ Betulke?,” Widya meminta kepastian dan Linda mengangguk tanda mengiakan.

            Widya sangat gembira. Mungkinkah Linda mahu berubah ke arah yang lebih baik? Kalau betul, moga dipermudahkan segala-galanya, doa Widya. Tahun dan semester ini merupakan yang terakhir bagi Widya dan Linda untuk memegang Ijazah. Perpisahan akan berlaku kerana Widya berasal dari Sabah dan Linda orang Melaka. Mereka berkemungkinan tidak akan dapat berjumpa pada masa jangka yang lama. Namun, Widya amat berharap, tidak dia tiada di sisi Linda, Widya berharap Linda mampu belajar untuk mengharugi kehidupan apabila berlakunya sesuatu penghijrahan.

            Benar, penghijrahan bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang yang mahu berubah. Dia juga perlu ada orang yang dipercayai disisi yang mampu membawa seseorang itu ke jalan yang baik.

            Semakin hari Widya semakin gembira. Perubahan Linda semakin hari semakin memberangsangkan. Linda sering ke musolla tanpa dipaksa dia rela untuk pergi. Linda juga sudah berjinak-jinak dengan tudung. Semakin cantik Linda apabila dia memakai tudung. Kini, makin ramai pula lelaki yang galak menyakatnya. Tak kurang juga mahu menjadikan Linda sebagai isteri. Normal bila dikatakan, tika semester terakhir inilah lelaki akan segera mencari pasangan sebelum mereka tamat pengajian.

            Widya pernah sengaja bertanya, tiada sesiapakah yang bertakhta dihati sebelum semester ini berakhir. Linda tersenyum-senyum sambil menundukkan wajahnya. Dia malu untuk berterus terang dan Widya tidak pernah memaksa. Widya pula tidak pula rasa kisah tentang jodohnya kerana Widya sudah pun ditunangkan dengan seorang lelaki yang sama kolej dengannya. Pernah diberitahu kepada Linda namun dulu Linda jenis tidak mahu ambil kisah. Melihat tunangnya pun dia tidak mahu inikan pula kalau Widya bercerita tentang tunangnya. Sejak itu, Widya tidak pula bersuara tentang itu lagi.

            *************************************************************************************************
            Widya dan Linda saling berpelukan. Inilah masanya. Mereka terpaksa berpisah panjang. Widya menangis teresak-esak. Linda memujuknya dengan mengatakan ada jodoh, kita berjumpa lagi. Linda senyum pada Widya. Kini, Linda sering kali tersenyum. Widya suka sangat melihatnya. Widya berdoa agar dia masih dapat berjumpa Linda. Teksi yang dinaiki Widya mula bertolak meninggalkan kolej untuk ke lapangan terbang. Widya melambai-lambaikan tangannya kepada Linda. Ketika itu Widya melihat Linda berjalan kearah seorang lelaki yang sepertinya Widya kenal namun disebabkan Widya semakin menjauh, Widya tidak dapat mengenal pasti siapakah gerangan lelaki itu.

            7 bulan berlalu...
            Widya duduk di pondok nelayan berdekatan rumahnya. Rumah Widya di tepi laut. Ayahnya seorang nelayan dan ibunya seorang suri rumah yang mencari nafkah dengan upah jahit. Sudah 5 bulan Widya hidup dalam derita ketika tunangnya meminta putus. Widya seperti hilang akal. Keputusan putus itu dibuat memalui pesanan ringkas sahaja. Bila ditelefon, tidak pula mahu diangkat dan dijawab sehinggakan ibu kepada tunangnya sendiri menelefon Widya mengatakan tunangnya sendiri meminta putus kepadanya kerana sudah mempunyai pilihan lain. Telefon pemberian tunangnya terhempas ke lantai tika itu juga. Puas Widya merenung nasib menangis hiba melayan perasaan. Hatinya berkecai tika itu.

            Kini, Widya sudah boleh menerima hakikat itu. Widya menyanyi-nyanyi riang berseorangan bersama kucing kesayangannya yang sentiasa di riba Widya. Kendengaran seseorang berlari menhampiri pondok tempat Widya duduk bersantai.

            “ Akak Widya ! Akak Widya !,” panggil kanak-kanak itu.

            “ Ye Mamat, ada apa berlari jumpa akak ni?,”

            “ Ini ada surat untuk akak. Dari semenanjung,”

            “ Oh, terima kasih mamat. Ini 50 sen. Upah untuk Mamat”

            “ Terima kasih akak,” kata Mamat sambil berlari seronok.

            Widya membuka surat tersebut dengan berhati-hati. Kelihatan sepucuk surat dan dua keping tiket kapal terbang pergi balik ke Semenanjung. Ya, surat itu dari Linda. Linda mengatakan dia akan berkahwin dengan seseorang yang dirahsiakan namanya. Kalau nak tahu, Widya perlu datang ke majlis perkahwinannya yang akan dilangsungkan pada hari Sabtu hujung minggu ini. Widya tersenyum gembira mendengar perkhabaran ini. Widya semestinya tidak mahu melepaskan peluang melihat Linda di atas pelamin yang dihias cantik.

            Kuala Lumpur masih seperti 7 bulan yang lalu. Linda akan melangsungkan perkahwinannya di Kuala Lumpur, di belah lelaki. Alamat tempat penginapan dan sewa teksi telah diberikan sekali dalam surat itu. Masih Widya menganggap Linda seorang yang baik kerana sanggup melakukannya ini demi persahabatan. Widya segera ke hotel tempat dia menginap. Widya mahu tidur cukup untuk esok hari bagi meraikan hari perkahwinan Linda. Tidak sabar rasanya.

            Widya terlambat ke majlis perkahwinan Linda kerana kesesakan lalu lintas akibat kemalangan yang mengakibatkan tiga buah lori. Ketika Widya sampai sahaja di majlis perkahwinan itu, acara memotong kek sedang dijalankan. Widya membelakangkan pengantin kerana ramai benar orang disitu. Widya membawa sebuah hadiah istimewa yang mahu diberikan kepada Linda. Berhati-hati benar Widya membawanya takut ia pecah. Maklumlah, barang itu barang kaca. Dalam keriuhan di majlis itu, Widya menjerit memanggil nama Linda.

            “ Linda ! Linda ! ,” Linda kelihatan menoleh kebelakang.

            Widya melihat Linda dengan tersenyum terukir di bibir. Widya berlari mendapatkan Linda untuk memeluknya. Bagaikan kilat yang laju menyambar, pengantin lelaki kepada Linda turut sama menoleh kearah Widya. Kaki Widya terasa melekat. Lutut terasa lemah longlai. Entah bagaimana, hadiah yang dibawa Widya tidak semena-mena jatuh menghempas lantai.

            Pecah. Berkecai. Seperti hati Widya.

            Linda terkaku melihat keadaan Widya. Linda mendekati Widya. Bagaikah sebuah drama melayu, semua orang memandang adegan tersebut. Linda datang mendekati Widya, Widya pula mengundur ke belakang.

            “ Widya, awak kenapa? Awak okey ke?,”

            “ Itu..itu..siapa?,” bagaikan soalan bodoh Widya bertanya siapakah disisi Linda ketika itu. Berpakaian secocok pengantin. Orang yang sememangnya dikenali Widya. Amat dikenali.

            “ Ah? Ini Ahmad Rahyan. Suami saya yang sah. Ahli musolla ketika dulu yang saya sembunyikan dari awak tu,” senyum sahaja Linda menerangkan tanpa ada rasa salah pun.

            Widya terduduk di lantai. Widya langsung tidak percaya. Jantungnya berdegup terlalu laju. Sakit. Widya sakit sangat. Linda datang mendekati Widya untuk membantunya bangun namun tangan Linda ditepis Widya. Linda terkejut bukan kepalang.

            “ Aku boleh bangun sendiri,” Widya bangun.

            Widya memandang Linda seketika dan dia membelakangkan tubuhnya dan ingin berlalu dari majlis itu namun tangan Linda cekap menarik tangan Widya.

            “ Widya, kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni? Saya ada buat salah dengan awak ke? Janganlah pergi,”

            Tika itu mata Widya bertakung air mata. Dalam kepayahan dia berkata-kata.

            “ Linda, sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku sehinggakan aku dicerca sebegini rupa?,”

            “ Apa maksud awak? Saya buat apa?,”

            “ Kalau kau nak tahu ataupun kalau kau nak aku remain kan balik, Ahmad Rahyan bin Ahmad Raizen adalah bekas tunang aku. Aku pernah cakap dengan kau tentang ini dan kau buat tak tahu dengan aku. 2 bulan selepas graduate, dia menghantar mesej kepada aku bahawa dia mahu memutuskan tunang tanpa sebab. Kau boleh bayangkan aku menderita selepas itu. Boleh bayangkan aku dihina dan dicaci oleh orang kampung. 5 bulan aku mengurungkan diri kat rumah dan tak nak keluar sebab aku rasa semua orang cakap aku ni tak guna. Tak pandai jaga bakal suami. Bodoh. Kau rasa tak apa aku rasa?,”

            Ahmad Rahyan tertunduk mendengar penerangan Widya. Ketika itu, meminta maaf bukan jalan terbaik. Keegoan lelaki pula masih lagi kukuh di hati. Ketika itu juga, suasana menjadi hening dengan drama melayu spontan itu.

            “ Mungkin dia bukan jodoh aku,” usai Widya menghabiskan kata-katanya, Widya menarik tangan dari cengkaman Linda dan terus berlalu membawa hati yang hancur.

            Widya tidak mungkin pulang ke Sabah lagi. Widya memerlukan kesempatan untuk mengurangkan rasa stres dalam dirinya. Widya tak mahu balik kampung dengan wajah yang kecewa. Cukuplah Widya menyebabkan ibu dan ayahnya menderita 5 bulan melayan hatinya yang hancur itu. Widya perlu mencari pantai. Widya gemarkan pantai kerana bagi Widya, melihat ombak lembut menghempas lantai pasir serta melihat matahari terbenam begitu menyenangkan. Widya sendiri boleh melupakan segala kesedihan.

            Buku yang telah dipijak oleh Widya itu adalah sebuah buku pemberian Linda. Buku itulah yang Widya jadikan sebuah diari. Diari tentang Widya dan Linda. Widya ke gigi pantai sambil menangis. Tidak mahu lagi menahan sedu, biarlah dia menangis sepuas-puasnya.

            “ Kadang-kadang biarkan ia mengalir bagai sungai yang jernih. Biarkan yang keroh berlalu dan yang jernih menghiasi suasana,” suara garau seseorang kedengaran di belakang Widya.
            Widya menoleh.

            “ Siapa kau?,” kelembutan bersuara jelas sudah tiada kedengaran.

            “ Mengapa perlu tahu? Aku boleh bagi tahu bahawa aku bukan seorang penyangak mahupun perompak ataupun perogol,”

            “ Kau nak apa?,”

            “ Biar aku ‘straight to the point’. Aku pun tak suka nak belok sana belok sini. Aku nak meminang kau jadi teman hidup aku. Kira isteri lah tu,”

            Widya memandang tajam manusia bergelar lelaki itu. Sudahlah muka tidak kelihatan kerana tertutup dengan topi cowboy dia tu.

            “Boleh tak kau jangan nak perlekehkan aku tentang soalan sensitif ni? Kenal pun tak , tiba-tiba nak buat statement yang tak masuk akal,”

            “ Biar aku perkenalkan diri. Nama aku Ahmad Raihan bin Ahmad Raizen. Berumur 25 tahun dan bekerja di Pelantar Minyak Petronas sebagai Mekanik bergaji rendah. Kereta pun kereta kancil. Rumah jangan cakaplah, rumah papan sahaja yang mampu,” sambil membuka topi cowboy itu.

            Widya memandang tepat kearah Ahmad Raihan. Buat lawak bodoh pulak mamat ni.

            “ Pandangan kau tu aku tau kau nak tahu lagi penerangan tentang aku. Aku abang kepada Ahmad Rahyan dan kami merupakan kembar seiras. Aku belajar di Russia sebab itu kau tak pernah nampak aku kalau kau datang rumah. Adik aku suka simpan rahsia yang dia ada abang macam aku. Dia jelous dengan aku sebab aku tampan dan macho,”  sambil buat gaya ala-ala Ronaldo pula.

            “Boleh tahan perasan juga kau,” kata Widya sambil ketawa.

            Ahmad Raihan tersenyum melihat perubahan Widya.

            “ Aku kenal kau Qis Widya Binti Qis Adnin. Jurusan akauntan. Aku kenal kau melalui adik aku juga lah. Dia pernah memperkenalkan kau dan tunjuk gambar kau. Mungkin kalau aku cakap ini buat kau tak percaya. Adik aku dah putus tunang lima kali dan kau adalah yang kelima. Semua putus itu adik aku yang punya agenda. Mak aku pun tak tahu nak cakap apa dah. Nak marah, nanti lari rumah pula.

Aku tak tahu apa motif dia dan aku pernah berjanji pada diri aku, kalau orang yang bernama Qis Widya ini juga dia minta putus, biarlah aku menjadi penggantinya. Aku dah tak sanggup tengok dia permainkan perempuan dengan keperibadian dan agama yang dia ada. Mungkin aku bukan seorang yang alim tetapi aku tahu bahawa agama mengatakan matlamat tidak menghalalkan cara,”

            Widya diam sahaja mendengar penerangan Ahmad Raihan.

            “ Dengar sini Qis Widya. Aku bukan mahu kau melalui janji yang telah dibuat tetapi aku buat dasar aku cinta kepada Allah lebih dari segalanya. Aku juga tak minat untuk bercinta sebelum akad nikah kerana itu seperti kita memberi harapan palsu yang belum kesampaian. Mungkin sekarang kau rasa kekok, tetapi lepas semua ni berakhir kau jangan malu-malu pulak dengan aku. Aku humban kat kat pantai ni karang,”

            “ Amboi, nak humban aku pulak. Ingat aku duyung lah nak duduk kat air.  Penerangan kau dah boleh buat karangan untuk bahasa melayu SPM. Mesti lulus punya,”

            “Pandai pulak perli aku dah. Kalau kau tak percaya, balik nanti aku ikut balik Sabah. Aku tak nak tunang. Aku layan akad nikah je,”

            “ Ikut kau lah. Aku pun rela juga naik kereta kancil. Duduk rumah papan. Aku dah biasa,”

            “ Bagus. Tak memilih. Calon isteri mithali ni. Dah, aku hantar kau balik hotel. Kau jangan risau, dalam kereta tu bukan kita berdua. Ada anak saudara aku tengah main kat taman tu,”

            Widya menurut sahaja. Widya mengekori Ahmad Raihan. Ahmad Raihan berhenti di suatu tempat sambil mengutip sesuatu.

            “ Kenangan ni biarlah menjadi memori,” sambil menghulurkan buku Widya tadi.


            Widya tunduk memandang pasir. Widya malu akan dirinya. Widya rasa dia pentingkan diri sendiri. Berfikir tanpa akal fikiran. Widya merasakan diri ini kerdil. Malunya pada Ahmad Raihan masih menebal. Bodoh la kalau cakap muka yang memang hensem itu sanggup pilih perempuan macam Widya. Sudahlah kereta Mercedes dia pakai. Rumah pulak Villa tepi pantai. Mekanik gaji rendah lah sangat. Muka dia memang muka tak boleh percaya betul. Ahmad Raihan tu Jurutera Petronas yang dah senior.  Widya tahu itu sebab dia pernah terbaca diari Ahmad Rahyan yang mengutuk kaw-kaw abang dia tu.. Walau bagaimanapun Widya bersyukur kalau itu takdir jodohnya. 

Kalau nak copy boleh , tapi kena credit kan nama blog saya ataupun fb : Saidatina Aisyah Humaira

No comments: