January 23, 2015

Something Weird




Assalamualaikum,

Bahaya : Post ni panjang sikit dari yang biasa , kalau tak larat baca jangan baca . 

Amboi Jah , sekarang ni tajuk bukan kemain lagi nak tulis bahasa 'omputeh' kau haaa . Alah , tajuk je pun. At least , aku ada usaha nak belajar bahasa inggeris ye dok ? Huhuhu
Sebenarnya , tajuk yang ingin aku katakan ini memang aku sungguh rasa pelik sangat-sangat. Aku tak tahu kenapa aku jadi geli . Geli inipun aku sukar tafsirkan. Nanti jangan la korang bash aku pulak dengan perangai pelik aku ni. Aku bukannya nak mintak publisiti pun. Oklah daripada aku berkias lebih baik aku cakap je masalah aku ni.

Sebenarnya aku tak suka benda / perkataan / atau apa apa sahaja yang melibatkan romantik atau dalam bahasa melayunya jiwang. Aku rasa geli geleman dan kadang-kadang rasa meremang bulu roma dengan menggoyangkan badan menandakan terlampau geli. Huhuhu . Aku tak tau pasal apa. Ini genetik ke hape ntah. Bila orang sebut pasal suami isteri , aku tak suka sebut diorang sweet la ape la . Aku bila tengok gambar suami isteri aku cuma akan rasa , ada ke orang nak kat aku ? Aku tak akan fikir yang diorang ni sweet sangat .

Yang ni memang popular bila post pasal cerita sedih yang merapu rapu dan menggelikan . Ada pernah baca tak pasal pakwe dan makwe punya conversation tentang girls/boys tu pasal nanti sorang ni mesej , sorang lagi jawab acuh tak acuh . lepas tu yang jawab acuh tak acuh tu pula ada kekasih lain dan melupakan yang sorang lagi. Lepas tu kisah akhirnya sorang tu mati baru nak menyesal. Ok , ntah hape hape cerita ini. Boleh tak kalau someone buat cerita ni dikaitkan dengan ibu/ayah. Sekarang ni bila mesej ibu dan ayah sebab nak mintak duit je . Bukan nak tanya sihat ke tak . Yang benda yang bukan-bukan juga nak fikirnya.

Zaman sekarang ni cerita tak pernah tak ada jiwang walaupun sedikit . Mesti ada punyala. Nak cakap islamik , memang banyak la sekarang . Mana ada cinta islamik . Cintai Allah dan Rasul ada la . Aku tak minta betul . Aku memang tak minat la movie walaupun pasal peperangan sebab tak ada feeling. Kalau aku baca buku baru aku rasa feel nya yang mantap. Novel aku tak de nak aku layan jiwang jiwang bagai. Buang tenaga aku je. Aku kalau beli buku peperangan , pembunuhan , fantasi dan sebagainya. Tipu lah kalau tak ada selit pasal jiwang dalam buku tapi tengok la , aku memang skip terus je helaian tu. Sekarang banyak la cerita pasal suamiku encik sotong, suamiku encik beruang, suamiku encik unta. Habis tu isterinya mana ? Isteriku puan duyung . Hahah ! Agak kurang ajar di situ.

Sebenarnya aku meluah ni sebab aku tengok kawan kawan aku yang suka sangat berjiwang dalam facebook/moment wechat/ beetalk la , aku tengok macam post diorang menunjukkan agama tak pernah mengajar erti bercinta yang sebenar. Ada yang macam nak bunuh diri sebab putus cinta. Putus cinta dengan manusia boleh pula menangis bagai , habis Allah tu siapa di hati ? Kesian Allah , cintanya dipandang remeh. Aku bukan marah , cuma geram dan geli . Aku juga tahu , lihatlah naqibah naqib mereka mahukan kawin awal sehinggakan suka benar menulis tentang cinta di facebook. Aku bukan tak bagi pun diorang kawin , bagi je cuma bila anda bahagia boleh tak simpan kebahagiaan tu untuk keluarga je? Anda membuatkan orang lain berangan-angan untuk segera berkahwin sehingga lupa apa yang akan dipertanggungjawabkan selepas kedua-duanya sah menjadi suami isteri.

Hala tuju hidup aku untuk menghabiskan pelajaran sampai ke peringkat master dengan cemerlang , setelah itu mahu mencari kerja dan walaupun ibu dan ayah aku seorang cikgu dan tidak miskin dan masih mampu menjaga aku , namun berilah sedikit gaji kita kepada mereka. Mungkin sekarang mereka belanja makan kita selepas ni kita pula bawak mereka dan belanja mereka . Diorang tak minta apa-apa , cukuplah kita tahu sendiri tanggungjawab anak. Setelah itu aku mahu membeli sebuah rumah idaman. Kahwin ? Tunggu aku dapat gaji pertama dan sudah membelanjakan gajiku kepada ibu dan ayah , baru aku akan fikir . Aku tak kisah . Allah dah atur semuanya. Kenapa kita perlu menghalau takdir Allah itu kan ?


Diingatkan semula , aku tidak mahu barang yang mahal untuk hantaran . Aku cuma nak seekor kucing yang terlajak gedik . Sekian terima kasih :D

No comments: