March 4, 2018

Resepi Nasi Ayam Bujang

Assalamualaikum,
Weh, rajin pulak lately ni nak tulis blog. Rindu betul zaman zaman dulu yang kerap je tengok blog. Rasa seronok la pulak. Hari ni nak kongsi pasal satu resepi nasi ayam yang tak berapa nak nasi ayam sangat sebab nak cepat punya pasal. Barang asal ada kat rumah pun dah okay. Bukan nak kena tunggu semua barang ada baru boleh buat. Sesuai la untuk orang bujang-bujang yang teringin makan nasi ayam kat luar tapi mahai nak mampus. Kalau korang nak try dipersilakan la. Kalau tak, sila tengok resepi lain.

Hal ni sebab i pakai nasi putih je. Nak dijadikan cerita memang nak buat nasi ayam tapi bila pagi-pagi masuk dapur tengok dalam rice cooker dah ada nasi dah dimasak. Takkan la nak masak lain pulak kan semata mata. Lastnya makan je nasi putih dengan lauk nasi ayam. Tapi nanti i bagi je resepi nasi nya jugak. Resepi ni ambik dari Azie Kitchen . Tapi sebenarnya i dah olah banyak sebab nak cepat punya pasal. kira nasi ayam durhaka lah tak ikut petua petua orang kampung. HAHAHA.


Haaa tadaa ini lah nasi ayam bujang saya. Simple betul.

First step : 

3 ketul ayam drumstick (bahagian lain pun boleh)
1 kiub pati ayam
3 bawang merah
2 bawang putih
Air ikut berapa banyak nak ( Saya letak 2 cawan )

1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan putih hingga garing.
2. Masukkan kiub pati ayam tu. Ramas bagi hancur, senang sikit nak masak
3. Lepas tu masukkan ayam dan rebus la sampai empuk ayam itu.

INI RESEPI SUP YANG TIDAK DIGUNAKAN UNTUK MASAK NASI. KALAU TAK MASAK SEKALI DENGAN NASI, TAK PERLU TAMBAH APA APA DAH SEDAP.

sebab nak masak nasi perlu air yang banyak dan perlu masak sup dalam 3-4 cawan. Menyebabkan sup jadi tawar dan perlu dimasak lagi sekali untuk masukkan penambahan lain.

Second step :

Lepas ayam dah empuk, keluarkan ayam di mangkuk lain dan kuah ayam di mangkuk lain dan kita buat sambal cili nya pulak . Sorry la tak warna merah sebab takde cili merah. Tapi rasa nya sangat sedap. Percayalah. Huhuhu

20 cili padi
5 bawang putih
1/2 cawan air sup
1 sudu kecil cuka
1 sudu sos tomato
1 sudu kecil garam / secukup rasa
1 sudu kecil gula / secukup rasa

1. Masuk kan semua bahan tu dalam blender. Blend sampai hancur
2. Panaskan minyak dan masak sambal cili tu dalam 2-3 minit dengan api perlahan

Third step :

Sekarang untuk ayam pulak.

3 ketul drumstick yang dah direbus
1 sudu besar sos tiram

1-2 sudu besar kicap
1-2 sudu besar madu1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih (diblend)
5 ulas bawang merah (diblend)

1. Masukkan semua bahan tu dan gaul rata ayam drumstick tu. Perap dalam 5-10 minit 
2. Goreng dengan minyak yang agak banyak. Hati-hati goreng sebab dia akan meletup kuat tapi tak lama.
3. Goreng dalam masa 1-2 minit sahaja dan angkat. Cuma nak bagi dia garing je.

BETTER PAKAI MINYAK LAMA SEBAB MINYAK AKAN JADI HITAM LEPAS GORENG AYAM.

Fourth step : 

Untuk kuah kicap tu kita pakai lebihan kuah perapan ayam tu. Masak di atas api. Masukkan dalam 2 senduk kuah sup dan kacau sampai mendidih. Lepas tu tutup api

Fifth step : 

Sedia untuk dimakan panas panas. 
Kalau nak masak nasi nya perlu buat masa second step. Sebab kita akan pakai kuah sup itu. Tengok berapa banyak nak masak nasi, buat kuah sup jadi banyak. 

Resepinya paling simple: 

2 sudu mentega
1 helai daun pandan 
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Kuah sup
Nak bagi warna boleh letak sikit serbuk kunyit



I TELL YOU, MAKAN MACAM NI MEMANG SEDAP UNTUK ORANG BUJANG MACAM 1. JIMAT DAN SENANG. BANYAK BAHAN DAH ADA KAT RUMAH. 


No comments: