1.
Bilaku
bukakan mata
Hatiku tak ceria
Pabila memikir dia
Teman bermanja
Berkongsi semua
Kisah suka duka
Yang dilalui bersama
2.
Tiada
lagi warna warni
Pelangi dan mentari pagi
Yang menyinari hari
Ku terasa sepi
Sungguh ku menyendiri
Di temani hati kecilku ini
Tanpa teman disisi
3.
Sesungguhnya
ku terasa bahagia
Kerna kau ada di depan mata
Tapi kini sudah berbeda
Sungguh aku terhina
Melihat engkau ketawa
4.
Benar
kata orang
Jangan terlalu sayang
Takut dirimu hilang
Dicuri rasa sayang
Meranalah sekarang
5.
Jika
benar engkau masih sahabat aku lagi
Engkau tidak biarkan aku sendiri
Dalam ciptaan realiti
Engkau pasti kembali
Tapi kau tetap biarkan aku terhenti di sini
6.
Oh,
tidak …
Tidak mudah untuk aku kembali …
Setelah apa yang dilalui ,
Aku akan berhati – hati
7.
Takut
nanti hati dilukai
Tak ku biarkan pisang berbuah lagi …
Jangan kau cipta kisah dongeng fantasi buatku
lagi …
Kerna hati ini telah kau sakiti …
8.
Biarkan
itu kata orang
Tapi hati tidak merelakan
Kerna hati masih sayang
Itu kawan itulah juga lawan
9.
Aku
rindu kenangan lalu
yang terindah tercipta untukku bersamamu
kerna itu aku amat merinduimu
10.
Wahai
sahabat yang ku rindu
Tidak terdetikkah di hatimu untuk kembalikan
kenangan lalu
Persahabatan yang pernah terbina di antara kau
dan aku suatu masa dahulu
Merupakan kenangan terindah buat kau dan aku
11.
Hanya
kerna satu kesilapan
Akibat dari kealpaan
Hancur musnah sebuah ikatan
Persahabatan yang diharapkan berkekalan
12.
Air
mata ak,u dianggap lucu bagimu
Kata-kataku menjadi hiburan buatmu
Hilai tawaku menjadi bahan ejekanmu
Segala tingkah laku menjengkelkan dirimu
Aku yakin itu
Kerana aku tahu kau membenciku
Aku pun jua begitu berganda benciku padamu
Tapi makin dibenci makin disayangi
Yang jauh dekat di hati
Yang dekat itu amat dirindui
13.
Cukup
sampai di sini aku mencoretkan rasa di hati
Maafkan ku teman tak mudah untuk aku memaafi
kezaliman mu ini
Hati dan jiwa ku lebih keras dari batu kelikir
di bumi
14.
Kerna
segala kasih sayang , kesetiaan , kejujuran , keikhlasan
dan yang maha penting ialah kepercayaanku
terhadapmu telah kau ragut dari hatiku ini
sukar bagiku melupakan semua ini kerna berparut
sudah di hati
credit to : Azreen Atiqah Azlan
2 comments:
Mempunyai 4 org kwn rpt..tpi,dyorng citer sesama dyorang je...
Bile nk tau..dyorang kate 'x de ape' 'x yah tau' 'buat ape nk tau'
Sape x skit hati klau kte dpggirkan mcm tu je :(
Aww. Sabar ye nai sayang ^^
Post a Comment