December 22, 2010

Kerana Cinta Aisyah Itu Suci - Bab 1


Sebuah pengorbanan

Istana Mawar Merah. Terletak di atas sebuah bukit. Kawasannya yang luas dan mempunyai sebuah taman yang cantik. Taman itu dihiasi dengan mawar-mawar merah dan kerana itulah istana itu dinamakan Istana Mawar Merah. Istana itu terletak di antara beberapa buah kampung naungan Sultan Ahmad Nizauriwan serta Permaisuri Dyana Seri Lyia. Pasangan itu juga mempunyai empat orang cahaya mata yang masing-masing kembar lelaki dan perempuan. Putera Ilyas Niwan dan Putera Ilyasa Nizam kembar lelaki manakala Puteri Fatimah Az-Zahra dan Puteri Aisyah Humaira adalah kembar perempuan.

Ketika itu, di taman istana mawar merah kelihatan dua pasangan kekasih sedang bertemu di dalamnya sambil menikmati air terjun buatan sendiri yang dihiasi dengan ikan-ikan emas.

“ Aisyah,” kata Putera Mirwan Mizan.

“ Ya kanda,” sahut Puteri Aisyah.

“ Kanda ingin memberitahu dinda sesuatu,”

“Apa dia? Katakanlah,”

“ Sebelum kanda mengatakan sesuatu, dinda haruslah menerimanya dengan sabar. Boleh?,”

“ Bunyi macam serius sahaja,”

“ Memang. Ini tentang kehidupan kita akan datang,”

“ Baiklah. Katakan…,”

“ Kanda mahu….,” Putera Mirwan teragak-agak ingin menyatakannya.

“ Mahu apa? Katakan sahaja. Dinda pasti dapat menerimanya dengan sabar,” kata Puteri Aisyah yakin.

“ Kanda mahu minta putus dengan dinda,” Putera Mirwan Mizan akhirnya meluahkannya.

Wajah Puteri Aisyah berubah namun tidak disedari Putera Mirwan Mizan kerana Puteri Aisyah membelakangkan Putera Mirwan Mizan. Puteri Aisyah mengawal wajahnya supaya tidak terlalu menonjol dan berkata dengan lembut.

“ Owh, tapi mengapa ya?,”

“ Kanda sudah menemui seorang perempuan yang serasi dengan kanda. Dia hanyalah rakyat biasa Negara kanda. Dia baik. Suka menolong orang. Sentiasa merendahkan diri pabila bercakap dengan orang. Kanda suka sangat,” kata Putera Mirwan Mizan membayangkan wajah perempuan itu. Dia bagaikan tidak sedar Puteri Aisyah memandangnya dengan pandangan yang sebak.

“ Wah, dia sangat baik. Boleh dinda tahu, namanya siapa?,”

“ Dayang Dang Wangi,”

“ Namanya sedap. Suka dinda mendengarnya,”

Seketika mereka berdua diam. Putera Mirwan Mizan masih sedang membayangkan Dayang Dang Wangi manakala Puteri Aisyah sedang melihat ikan-ikan emas itu berenang sambil matanya sarat dengan manic jernih itu namun dia sabar untuk menumpahkan manic itu jatuh menyimbah bumi.

“ Owh ya dinda. Ayahanda sudah mahu berangkat pulang. Sepurnama nanti apabila kanda datang, kanda akan tunjukkan dinda Dayang Dang Wangi,”

“ Ya, kanda,” Puteri Aisyah tersenyum kearah Putera Mirwan Mizan. Ketika itu Putera Mirwan Mizan sudah berlalu pergi. Setelah itu, Puteri Aisyah segera berlari menuju ke biliknya. Dia melihat tubuhnya di dalam cermin. Seketika itu, air matanya deras menyimbah bumi. Puteri Aisyah menangis. Dayang Seri Kekwa, sahabatnya memujuk Puteri Aisyah.

“ Tuanku, mengapa ni?,” Tanya Dayang Seri Kekwa tatkala Puteri Aisyah sudah reda dari tangisannya.

“ Seri, beta tidak cantikkah? Teruk sangatkah beta ini?,”

“ Mengapa tuanku berkata sedemikian. Tuanku cantik. Kulit tuanku putih,”

“ Mengapa kanda Mirwan mahu putus dengan beta hanya kerana dia sudah memiliki seorang gadis?,”

“ Tuanku, jodoh bukan di tangan kita. Sabarlah tuanku. Mungkin ada hikmah di sebaliknya,”

“ Seri, katakanlah sahaja beta tidak cantik. Beta memang tidak cantik berbanding dengan adik beradik beta. Putera Ilyas Niwan dan Putera Ilyasa Nizam sudahpun hendak melangsungkan perkhawinan. Puteri Fatimah pula sudah bertunang. Hanya beta sahaja yang tinggal. Sebab apa, sebab beta gemuk!!,” tangisan Puteri Aisyah kembali kedengaran.

Sayu hati Dayang Dang Wangi mendengar luahan hati Puteri Aisyah. Puteri Aisyah begitu menyayangi Putera Mirwan sepenuh hatinya. Sudah 1 tahun mereka bercinta tapi hari ini telah melakar sejarah hitam di hati Puteri Aisyah. Puteri Aisyah memang agak berisi namun kulitnya yang putih lebih terserlah berbanding adik beradiknya.

“ Malam ini, Seri perlu tolong beta,” kata Puteri Aisyah tiba-tiba. Dayang Seri tersentak.

“ Apa yang hamba boleh bantu?,”

“ Beta nekad. Beta mahu meninggalkan istana ini. Tiada guna beta berada di sini. Tiada siapa yang mempedulikan beta di sini,”

Dayang Seri Kekwa terkejut mendengarnya. Untuk membantah Dayang Seri tidak berani walaupun dia sudah bersahabat baik dengannya lebih 10 tahun. Dia tahu, Puteri Aisyah apabila bercakap pasti dibuatnya betul-betul.

“ Sediakan beta bekalan makanan yang kering dan seekor kuda,” kata Puteri Aisyah tegas. Dayang Seri akur dengan kehendak Puteri Aisyah.

“ Boleh hamba menemani tuanku?,” kata Dayang Seri.

Puteri Aisyah memandang Dayang Seri.

“ Mengapa?,”

“ Tak sampai hati hamba mahu meninggalkan tuanku bersendirian pergi. Bolehkah hamba pergi bersama?,” kata Dayang Seri dengan penuh mengharap.

“ Kerana Seri sahabat baik beta, beta benarkan Seri ikut sekali,”

“ Terima lasih tuanku,”

Buat bonda dan ayahanda yang disayangi,

Bonda, maafkan anakanda kerana pemergian anakanda dari istana ini tidak diberitahu. Anakanda mahu, bonda tidak perlulah bersedih dengan pemergian anakanda. Anakanda meninggalkan istana ini kerana mahu merantau. Anakanda harap bonda buat seketika, lupakan anakanda. InsyaAllah anakanda akan kembali lagi ke istana andai umur anakanda masih panjang.

Ayahanda, maafkan anakanda juga. Anakanda tak mampu menyintai Putera Mirwan Mizan dengan sepenuh hati. Maafkan anakanda kerana ayahanda terpaksa melupakan saja hasrat untuk mengahwini anakanda dengan Putera Mirwan Mizan kerana hubungan kami sudah sampai penghujungnya.

Katakan pada kakanda dan adinda bahawa anakanda mahu mengucapkan Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Semoga mereka hidup bahgia di samping orang yang tersayang, dan tidak seperti anakanda yang tidak ada sesiapa yang menyayangi lagi.

Warkah ini ditulis, bukan untuk diingati, namun untuk meminta maaf kepada bonda dan ayahanda yang tercinta…

Salam sayang,

Puteri Aisyah

Mata pena diletakkan setelah selesai menulis. Ketika menulis warkah itu, Puteri Aisyah kelihatan sentiasa mengalirkan air mata. Bagi Puteri Aisyah dia tidak sanggup meninggalkan ibu bapanya, namun ego telah menguasai dirinya. Dia tetap ingin pergi. Pergi meninggalkan keluarganya, istananya, dan bekas kekasihnya yang kini Puteri Aisyah berasa dendam dengan Putera Mirwan Mizan.

“ Tunggu kau, aku akan balas balik apa yang kau buat kat aku,” bentak Puteri Aisyah sambil menghentakkan tangannya ke meja tulis.

Malam telah menampakkan dirinya. Puteri Aisyah dan Dayang Seri Kekwa telah menyiapkan diri mereka dengan berpakaian menutupi seluruh badan dan memakai purdah. Hanya matanya sahaja yang kelihatan.

“ Tuanku sudah sedia?,” Tanya Dayang Seri.

Puteri Aisyah mengangguk dengan yakin. Dia sendiri sudah tekad untuk pergi dari istana itu. Setelah segala kelengkapan tersedia, Puteri Aisyah dan dayang Seri Kekwa menuju ke belakang istana. Kata Dayang Seri, dia telah berpakat dengan tukang masak istana yang kebetulan mengetahui tempat masuk rahsia dari tembok istana tersebut. Tukang masak itu juga berbesar hati mendermakan kudanya sendiri buat tungangan Puteri Aisyah dan Dayang Seri.

“ Pak Zren, ingat tau, biar pecah di perut jangan pecah di mulut,” kata Puteri Aisyah tegas.

“ Ya tuanku. Saya berpegang pada janji,”


Bersambung....

2 comments:

Aisyah Fiera :3 said...

cerpen bersiri dari sye..
bce dan tolong komen ya,,,,
utuk sye memperbetulkan perkataan2 itu ;)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

aisyah akak ada tag kamu utk join ni...
http://mysweetworld-didie.blogspot.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html